Print Document

Print Friendly and PDF

22 Ogo 2012

TERINGATKAN ARWAH USMAN AWANG.



Sajak Klasik KEKASIH oleh Arwah Usman Awang


Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.
Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.
Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.
Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.

Aku meminati serta mengkagumi Usman Awang sejak di bangku sekolah lagi.  Walaupun di jurusan sains aku tetap membaca buku-buku wajib Sastera Melayu SPM sekitar 70an ketika itu, terutamanya: Duri dan Api dan Tulang Tulang Berselerakan. Bila mula bertugas disekitar 80an aku akan membeli buku-buku beliau, koleksi cerpen dan puisi terbitan DBP. Ketika mendengar berita kematian beliau aku berada di luar negeri dan ketika pulang aku bertanya sepupu Usman Awang (belah ibu kawan sepejabat aku - juga sudah arwah) yang pergi ke tanah wakaf Kiara.  Katanya ramai hadir termasuk VIP haluan kiri dan kanan. Ramai haluan kiri.  Tetapi itulah serba serbi cerita bagaimana aku meminati arwah Usman Awang. Sepatutnya dia diberikan Hadiah Nobel untuk Literature.  Tetapi mungkin kurang sokongan kerajaan kerana fahaman kiri beliau. Wallahualam. Aku juga tujukan puisi ini kepada 'rakan lama Ipoh' yang tidak ada jodoh....semuga kesejahteraan mendampingimu selalu.  Bagiku...hanya 'syurga ilusi'....




Tiada ulasan: