Print Document

Print Friendly and PDF

23 Ogo 2012

TAMAR PUN BOLEH PERASAN


Di hujung 80an bapak mertuaku pergi ke Mekah. Haji. Bila dia kembali disamping souveniers lain di bawanya beneh tamar dan ditanam dihadapan rumahnya.  Sebelahnya surau kecil yang tak pernah miss azan lima waktu. Hampir 30 tahun kemudian pokok tamar ini dewasa.  Pernah ayah bertanya orang-orang RISDA bagaimana hendak menyuburkan pokok tamar ini.  Mereka nasihat diberikan baja kelapa sawit kerana jenis palma dan mungkin serasi. Ayahku pun mencuba.  Beberapa tahun dahulu pokok ini berbuah kali pertama tetapi habis dibelasah tikus dan burong.  Awal tahun ini sekali lagi pokok ini berputik tetapi belumlah masak penuh. (Mungkin tikus dan burong dah serik kerana kepahitannya). Ada yang dah gugur. Apa pun inilah kuasa Allah SWT. Kalau kerajaan Arab Saudi tahu mengenai perkara ini, pastinya mereka (yang tak pernah ada kerja kecuali menentukan kuota haji) dari kedutaan datang berkunjung seperti yang pernah berlaku di Hong Kong sehingga pohon tamar di pindahkan (kawasan asal untuk pembangunan) dan dibiayai oleh wang minyak Arab. Yang nyata, pokok ini perasan berada di Saudi Arabia sebab di'hiburkan' azan setiap waktu. (Cuma kalau dia tahu pembunoh tidak dipancung di Kelantan, seperti di Saudi, mungkin pokok ni refuse to berbuah). Kelantan pun memang kemarau sejak akhir-akhir ini dan sepanas Mekah. Kuasa Allah SWT juga menentukan hidup dan mati mahklukNya.  Pokok mangga sebelah tamar tersebut dah pun menemui ajalnya. Namun begitu, tamar ini terus membesar bersama kembarnya yang tumbuh disebelah. Jenis apa? Ajwa, Medjoul, walahuallam.  Apa pun yang nyata bukanlah species tamar Yahudi yang menjadi makanan para Rasul selain Rasulullah SAW yang gemarkan ajwa.

KALAU TAMAR PUN BOLEH PERASAN, APATAH LAGI MANUSIA, TERUTAMANYA YANG TELAH MELOMPAT PARTI/BELOT DAN PERASAN PARTI LAIN AKAN AMBIL BELIAU UNTUK JADI CALON PILIHANRAYA KE 13 NANTI. YANG PASTI CERDEK IALAH PARA PENGUNDI - INTAN, KACA, EMAS TULEN, EMAS SALUT PALSU ATAU PERAK DAN GANGSA YANG DIMENANGI CHONG WEI DAN PANDELELA, PASTI MENGENALI SIAPA UNTUK DIPILIH.  SETAKAT KATAK-KATAK BIARLAH MEREKA JAWAB DI AKHIRAT SETELAH MENDURHAKAI JANJI DENGAN PEMILIH MEREKA TAHUN 2008.  

Tiada ulasan: