Print Document

Print Friendly and PDF

23 Ogo 2012

MEMINATI SESEORANG

Meminati atau menyayangi seseorang adalah sifat semulajadi setiap manusia.  Kalau tidak ada perasaan ini mungkin kita dicap gila atau ada perasaan dendam yang sentiasa membara dalam diri sehingga hilang fokus untuk menyintai orang lain. Ataupun perasan terlalu pandai, terlalu berpangkat tinggi, ataupun kerana frust kurang sifat semula jadi seperti dilahirkan pendek dan sebagainya.  Ada orang pernah tanya aku, siapa paling kamu minati.  Kalau di berikan top 1,000 pasti sukar berubah (atau sukar memenuhi 1,000 orang) berbanding dengan top 10 atau top 5.  Top 6 aku (seperti foto-foto sebelah dan di bawah) pasti berubah-ubah kalau ditanya tahun hadapan atau minggu hadapan.  Apa pun here goes...setuju atau tidak, ada aku kisah ??? Masing-masing ada taste masing-masing. masing-masing ada fantasy masing-masing.  Masin, masam, bacing, manis-manis tawar adalah cita rasa lidah kita.

1. Abby Abadi. Yang sibuk dengan cerita perceraian, khalwat bekas suami, hijrah masuk PAS, Gerak Khas, dan sebagainya.  Apa pun bagiku dia cantik.  Menarik walaupun 'janda'.  Contoh primadona Melayu ala-Umi Kalthum di era 50-60an dulu (untungnya arwah Roomai Noor ketika itu).  Kesian aku baca kena hentam dengan teruk oleh akhbar Utusan dalam artikel ruangan hiburan.  Apapun aku tetap minat. Cantik dan harum baunya.

2. Aishah.  Juga sibuk diperkatakan kerana ber'hijrah'.  Ngapa la nak sibuk dia berhijrah.  Malaysia kan demokrasi. Ya tak ya jugak, yang menghentam pun berdasarkan demokrasi. Tapi ada keluar Astro baru-baru ini. Dah 'neutralised' kut?  Apa pun aku minat Aishah kerana jarang penyanyi Melayu (perempuan pulak tu) adventure di luar Malaysia.  Ingat lagi Fan Club yang diwakilinya tahun 80an kemudian meletup dengan Janji Manismu Adam Ahmad.  Dan tiap hari raya pasti 'mengalir air konek' mendengar Pulanglah dendangan Aishah. You are the best...






3.  Scha. Entah mengapa aku minat sungguh pelakon ini, selain Abby yang cantik, dia pun cantik bagiku. Ada aura. Untung suaminya sekarang. Dapat mintak every night. (Yang rugi bekas suami Abby). Semuga terus berlakon. Watak baik, komedi, gangster atau pelacur, aku pasti tonton. Good luck and good health.


















4.  Walaupun aku tetap sayang Ella, tetapi aku tetap meminati dan love Shima.  Dua-dua anak didik LORD.  Legenda rocker dari Kelantan yang seiring (cuma tidak begitu disanjung) dengan Man Kidal dan Hilary Search. Shima bagiku legenda rockers wanita melayu.  Teringat lagu Setelah Aku Kau Miliki (yang dimerdukan lagi dengan suara jantan oleh Saleem Ganja kemudian) dan  Teringin.  Memang terror si Black Belt ini.  Cantik macam Abby, Scha dan Aishah.  I love you all...untung suami-suami dia.











5. Ustaz Azhar. Ini pun aku minat.  Tak pernah ada kesempatan mendengar ceramah dia secara live. Terlewat waktu kat Masjid Hijau dan Masjid Puchong (setelah di tukar venue dari PICC, Putrajaya kerana tidak sesuai dengan tema sejuta belia Najib tahun ini).  Memang dia berbakat dan boleh impromtu lawak sambil berdakwah. Motivasi dia tulen dan tidak berselindung di sebalik Islam macam Mamat seorang tu yang bukan bertaraf Ustaz tetapi sekular menyamar Ustaz Steven Covey.  Semuga tetap berkonsepkan rock Islam dan berhobikan Camera DSLR ala Yuna.

 6. (Nama Biarlah Rahsia). Cinta hingga akhir zamanku. Pandai menyanyi, menari, mengajar (mendidik), melukis, jasmani (exercise), memasak, murah hati dan lain-lain yang positif. Jodoh ditangan Allah SWT dan kalau diizinkanNya tidak akan kemana. Lagu dalam kenangan : You're My Everything dendangan Santa Esmeralda.  Telok Batik dalam kenangan. I still love you.  Untung suami awak.




(Kepada pemilik foto-foto di atas, aku minta izin.  Halalkan).

Tiada ulasan: