Print Document

Print Friendly and PDF

13 Ogo 2012

MASJID PUTRA CANTIK, CUCU CICIT MAO CANTIK



Ahad 12 Ogos 2012 lalu aku sempat ke Masjid Putra.  Zohor.  Memang cantik masjid ini.  Pada pandangan aku tercantik di dunia. Ini pandangan peribadi yang positif. Tiga insiden berlaku. 1. Hujan lebat dan ribut taufan turun waktu itu.  Tempias dan hampir basah kuyup. 2. Ketika menantikan hujan reda sekeluarga muka ala-Arab juga melawat masjid tersebut.  Aku tanya mereka dari mana. Iran. Tak puasa dan makan kacang dan kuaci.  Mungkin Syiah membenarkan makan kuaci bulan Ramadan.  Tak hormat langsung.  No wonder terkena gempa bumi. 3. Ketika itu juga dua tiga bas penuh pengunjung dari China Komunis melawat masjid ini.  Pakaian serba pink disediakan guard masjid untuk tutup aurat.  Ada yang pakai short pants dan mini skirts.

Kaya-kaya pelancong China ini.  Kalau makan kat Restoren Haleem di bawah tu mesti order udang galah dua tiga ekor seorang.  Ratusan ringgit.  Kalau Pengerusi Mao Tse Tung masih hidup pasti terperanjat anjing dia.  Proletariat jadi kapitalis borjuis yang melancong.  Menyesal jugak Mao mengakibatkan terkorban jutaan China ketika revolusi kebudayaan kerana ingin menegakkan China berpandukan fahaman Maoisme. Dengan cara berpakaian pelancong ini ternyata tidak ada jiwa komunis dihati mereka.  Mao Tse Tung pasti menangis tetapi aku pula teringat ribuan askar Melayu yang terkorban dan cedera seumur hidup ketika darurat mempertahankan negara ini dari diganggu gugat fahaman suku sakat yang melawat Masjid Putra hari ini.  Dan teringat juga sayup-sayup askar-askar Melayu didendgangkan dengan lagu Selamat Tinggal Bungaku dan Perwira di perbatasan kerana bertugas di bulan Ramadan dan berhari raya di sempadan bersama jerangkap samar, serang hendap, siplis dan lain-lain.

Dan kepada pelancong Iran pulak, kalau Mao menangis Ayatollah Khomenie pun mampu menitiskan airmata darah melihat revolusinya sia-sia.     

Tiada ulasan: