Print Document

Print Friendly and PDF

11 Ogo 2012

I LOVE YOU PANDELELA RINONG PAMG


Headline di akhbar STAR pagi ini ialah kemenangan gangsa Pandelela dalam sukan diving.  Malaysia cipta sejarah selepas lebih separuh abad merdeka dan menjelang merdeka ke 55 kita finally menang pingat gangsa sukan olimpik. (Pingat Perak dah dua kali).  Empat tahun lagi di Rio mungkin Malaysia akan dapat emas pertama.  Syukur juga sehingga sekarang isu kemenangan anak Bidayuh dari Sarawak ini tidak dipolitikkan.  Tidak ada twitter bodoh haram jadah yang mempertikaikan atau memperlekehkan kemenangan Pandelela. (Cuma ada sial babi seorang tu yang nak kerat koneknya tetapi sudah mintak ampun dan quote Rasullulah SAW ampunkan umat) Syabas Pandelela. I love you so much.   Aku teringat juga Nurul Huda Abdullah yang suatu ketika dulu jaguh renang negara di sukan SEA dan Asia (pingat Perak sahaja).  Dalam beberapa sukan SEA dia mengumpul 22 pingat emas dan jauh lebih banyak dari perolehan jaguh Yahudi Amerika bernama Phelps yang hanya menang 19 emas. Syabas Nurul Huda.

Apapun, berbalik kepada Pandelela, aku suka sebab beberapa perkara. Pertama, dia rakyat Malaysia sejati. Tak perlu import dari negeri luar macam pemain-pemain ping pong negara jiran. Kedua, walapun coach import, mungkin ada 'ulamak' upahan akan mem'fatwa'kan harus. So I rest my case. Ketiga, Pandelela akan mengharumkan bukan sahaja Malaysia tetapi juga Sarawak kerana secara kebetulan ada tokoh politik pembangkang dari Semenanjung sedang melawat Sarawak sekarang dan impikan kejatuhan BN. Keempat, walaupun tak perlu berpuasa Pandelela tak pun kelihatan minum atau makan secara langsung macam Mamat memanah sorang tu sehingga terpaksa di bela oleh mufti upahan. Memanah bukanlah aktiviti yang memenatkan. Tahanlah minum tu. Inilah sebab celaka tak menang apa apa pingat memanah.

Buat Pandelela, harapnya improve lagilah performance anda.  Mungkin empat tahun lagi emas jadi idaman. Atau sekurang-kurangnya Perak macam Chong Wei. Dan Presiden serta Jawatankuasa Renang bolehlah kekal lama lagi. TAK PERLU LETAK JAWATAN ATAU UMUMKAN AKAN LETAK JAWATAN DAN MENGHARAP SEORANG SAHAJA RAKYAT KATA 'NO'.

Kejayaan Pandelela amat membanggakan aku.  Selain Menteri Sukan akan menyambut dia di KLIA selasa ini, why not include semua anggota kabinet BN, YDP Agong dan anggota-anggota Pakatan Rakyat turut serta.  Lagipun sekarang dah mood pilihanraya, lebih-lebih lagi Hari Raya Puasa.  tak perlu gaduh-gaduh sampai minta-minta maaf dan sebagainya.  Dan bagi Pandelela pula jangan terperangkap dengan glamour baru yang bakal diexperience.  Jangan kamu hanyut seperti kamu tidak lemas semasa menjunam ke kolam renang. Orang yang hendak memakai tengkolok atau iklan tudung bodoh SK ke kepala awak pasti ramai. AWAS. Apa pun I LOVE YOU Pandelela.



Tiada ulasan: