Print Document

Print Friendly and PDF

2 Ogo 2012

KISAH KUCING HITAM (REAL STORY - KISAH BENAR).

Bulan Ramadan ini tak baik berbohong. Kurus pahala puasa. (Macamana rupanya 'puasa gemuk'?). Ini cerita benar.


Sekitar 90han aku tinggal di Subang Jaya. Belakang rumah aku ada seekor kucing betina warna hitam. (Alley cat yang tidak ada tuan.  Bukan Alleycats David Arumugam dengan lagu Hingga Akhir Nanti serta rumah mendiang Loga terbakar di Penangbaru-baru ini).

Aku tau kucing ni berjantina betina kerana sepanjang tinggal di situ tiap empat lima bulan dia akan bunting. Bukan kerana dia berbuah dada pejal macam gadis Jawa/Boyan aku kenal. Mesti ramai yang tibai sebab anak-anak dia bermacam-macam fesyen. Belang, putih campur hitam, kuning dan lain-lain. Kira kucing 1Malaysia la dia ni.  Boleh kongkek ikut suka hati.  Kemutannya pasti tip top, takuk tiga kali.


Aku sanggup beli makanan kucing kat supermarket untuk kasi si Cintams (Nama manja yang aku berikan). Satu perkara unik si Cintams ni ialah taring kirinya terkeluar sedikit. Satu ketika aku duduk kat pintu belakang rumah dan Cintams mengiau-ngiau manja dan aku pun sengaja 'berborak' dengan dia. Aku tanya: Kau ni Cintams asyek ngongkek aje, mana anak-anak kau, aku nak tengok. Cintams menenung muka aku dan terus beredar. Yang menyeramkan ialah lima minit kemudian dia kembali membawa anak-anaknya, tiga ekor ketika itu. Macam dia faham cakap aku.  Jadi begitulah tiap-tiap hari, kalau ada kesempatan aku akan 'berborak kosong' dengan Cintams.  Walaupun sekali itu aje dia 'faham' cakap aku.


Pada awal 2000 aku berpindah ke Putrajaya, kira-kira 30 km dari rumah di Subang Jaya. Kira-kira 4-5 tahun aku tinggal di Putrajaya, suatu petang ketika balik pejabat, aku terperanjat melihat seekor kucing hitam datang mengesel-ngesel ke kaki aku. Teringat Cintams yang aku tinggalkan 4-5 tahun lalu di Subang Jaya. Adakah dia Cintams yang sama? Aku bedek-bedek mulutnya, taring kiri kucing ini pun terkeluar sedikit.  Seram aku buat kali kedua. Kali ini naik bulu roma dan bulu konek aku.  Kebetulan? Kuasa Allah SWT....Cintams (?) yang kaki kongkek ini mencari aku sejauh 30km. ????? Mungkinkah ini berlaku? Apa pun seminggu selepas itu aku balik beraya ke kampung. Selepas beraya aku balik ke Putrajaya dan tercium bau bangkai.  Rupa-rupanya Cintams (?) sudah mati.  Esoknya aku ambil cuti dan pagi-pagi aku kebumikan Cintams (?) di belakang rumah aku.  Setelah menimbus tanah 'kubur' Cintams (?) aku berdoa - agar dia tunggu aku di Syurga. Insya Allah. Aku cuba juga, tapi air mata tak menitis pun.  Sedeh hanya dalam hati dan buat anak mami Jalan Semangat yang dump aku macam sampah.


Itulah cerita benar Cintams ... persoalannya tidak mustahilkah seekor kucing mencari tuannya? Aku ada dengar cerita anjing mencari tuannya beratus-ratus kilometer.  Mungkin di kes 'panduan kuasa ghaib'. Aku juga sentiasa sedeh dengan robohnya Masjid Kucing yang pernah dibina Rasulullah SAW di Mekah? Nabi terakhir pun sayang kucing. Jadi setiap Ramadan aku akan teringatkan NOSTALGIA CINTAMS ... sekurang-kurangnya binatang lebih setia dari manusia walaupun kesetiaaan sang kucing pernah aku ragui (rujuk post terdahulu).


Manusia pula macam haram jadah tak pernah ada sifat setia.  Jauh sekali 'loyalty'..... terutama sekali puak-puak politicians yang belot walhal rakyat mengundi mereka atas tiket parti asal.... anak-anak haram jadah ini harapnya dilaknat Allah SWT hingga akhirat...amin.  Dan kubur mereka sentiasa dikencing kucing.


Long live my CINTAMS...telinga aku pun sekarang tumbuh bulu lebat...buat sedikit kajian...rupanya di dunia ini, hanya kucing sahaja binatang yang berbulu telinga dan 'seorang' lagi ialah aku ... PANGGIL BURONG.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kucing hitam yang copyright kat Siam pun mesti dihormati.