Print Document

Print Friendly and PDF

31 Jul 2012

TUGU PERINGATAN, KUALA LUMPUR.

Ini kawan baik aku. Tugu peringatan di KL. Teringat masa tugu ini di bom komunis satu ketika dulu. Fantastic si komunis. Begitu berani mengebom tugu yang sememangnya berdosa ini. Mujur waktu malam. Kalau tidak pasti ramai pengunjung terkorban. Tugu ini memang bersejarah. Wajah askar memang Mat Saleh. Lantaklah. Ada cerita di era sebelum Reformasi tercetus macamana seorang VVIP membawa rakannya dengan kereta round-round kubu ini sebelum mereka berliwatan. Hahahaha.  Betul ke atau hanya fitnah. Apa pun apakah tarikan kubu ini untuk mereka yang homosex? Apa pun kawan baik aku yang posing sakan depan kubu ini memang cantik...selamat berpuasa.

DOAKAN AKU SIHAT.

Kawan aku ni kuat berdoa. Berdoa. Berdoa. Berdoa. Semuga makbul.  Dia sekarang ada di Selatan Asia. Bertugas.  Semuga sihat sejahtera.  Bukan senang perempuan nak bertugas di rantau orang. Ada keluarga pulak tu. Suami terpaksa cuti tanpa gaji. Nak beli t-shirt Hard Rock Cafe pun kena mintak bini.  Silap-silap ego boleh 'memberontak'....harap tidaklah. Lelaki kalau memberontak selalu ada berbagai. 1. Simpan dalam hati dan terus sakit jantung. 2. Simpan perempuan, macam kawan yang bertugas di Jakarta.  Sampai bunting anak Indon dan terpaksa balik segera. 3. Simpan dendam dan bila balik Malaysia terus pelupoh bini sampai mati. (Pelupoh cakap Perak. Pukul) 4. Simpan doa dan terus doa.  Kalau ada unsur kezaliman (nak beli t-shirt kena tengking) maka isteri boleh kena kayap. Apa pun IMAN itu penting.  Mesti ada. Perempuan tak mampu bertugas kat luar negeri walaupun gaji dan elaun di tingkatkan seratus peratus berbanding lelaki. Mereka hanya emosi yang berpandu kepada .... doa, doa, doa.

MELAKA MEMANG BERSEJARAH.

Baru-baru ni aku sempat ke Melaka. Bertugas. (Bandar Hang Tuah dan Hang Jebat pernah bertarung mempertahankan feudalisme. Disamping mengidamkan kangkangan istimewa Hang Li Po dari China).  Terserempak lah berbagai bangunan lama termasuk gereja bersalib di atas. Pelik jugak.  Tak siapa berani politikkan isu SALIB di atas. Mungkin takut nanti pasukan Harimau Malaya tak akan sehebat Belanda.  Gereja Belanda ni memang menarik.  Merah macam warna Komunis. Berdekatan ada cendol istimewa (kononnya?) yang di kendali oleh mamak generasi ketiga. Datuk Nenek jual cendol dan boleh balik India dua tiga kali setahun. Bahagia hidup di Malaysia. Anugerah Allah SWT.  Berhampiran juga ada Hard Rock Cafe. Kedai barangan dah dibuka tetapi Cafenya belum kelihatan dan dalam pembinaan berhampiran (lain kali ke Melaka aku lampirkan gambar). Majulah Melaka (macam Pulau Pinang) kalau ada Hard Rock Cafe milik Yahudi ni. Jangan Melaka jadi macam Penang dalam PRU 13 dah le.  Kalaulah HRC ada kat Kota Baru....pastinya akulah yang pertama beli T-Shirt HRC KOTA BARU.  Nik Aziz pasti 'haramkan' sebarang unsur HRC. 

Jalan-jalan berhampiran ada 'lift berpusing' yang kalau naik dapat lihat permandangan kota Melaka. Ramai jugak pengunjung. Syabas. Kedai minuman berhampiran juga ok tapi janganlah order makanan yang di iklankan "special menu" hari ini. Aku order mi kari, pelayan kata tidak ada.  Celaka. Ngapa iklan. Inilah bodohnya seperti tololnya orang Melaka...ada kris Taming Sari pun masih dijajah sehingga salib lebih ketara sebagai bahan peninggalan sejarah. Maklumklah, Kelantan dan Perak ada Sultan.  Melaka ada Gabenor aje. Podah Cik...


Ada juga kapal lama di pamerkan di tengah pekan. Ngapa? Bodoh punya orang Melaka. Hablau betui.  Mungkin suruh peminat ekor menikam "3143" gamaknya atau pun buat pendatang Acheh nostalgiakan tsunami yang pernah melanda Acheh suatu ketika dulu. 

Apa pun Melaka memang best.  Dan kalau malam sempat ke Red Light Districtnya pasti terngaga melihat puluhan rumah Massage yang beroperasi...pasti ada urut sex.  Inilah hasil projek bekas CM Melaka yang kaki seks suatu ketika dulu.  Apa pun asam pedas dan seafood penambah gout masih lagi yang terbaik terdapat di Melaka. Sila berkunjung. Aku teringat malam New Year 2001 dulu.  A. Halim dengan Kisah dan Tauladan di Mahkota Parade dan Wati Borhan di ribanya.

MASJID HIJAU - MASJID PALING AKTIF DI SELANGOR.

Ini kubah Masjid Hijau di Bangi. Cantik, bersih dan pastinya kaya (derma orang ramai yang dermawan).  Tandasnya juga bersih serta ada kipas angin. Aku nantikan saat Masjid Hijau di hawa dinginkan. Pastinya lagi best. Walaupun suasana sekarang tidaklah panas kerana disejukkan oleh para malaikat, tetapi kalau berhawa dingin pastinya lebih selesa. (Dah tiga kali pastinya aku sebutkan). 

Pastinya keempat ialah Masjid ini merupakan masjid paling aktif di rantau Selangor.  Ada saja ceramah dari mereka yang bertaraf populis. Suatu ketika di jemput Badrulamin (sebelum tuduhan khalwat) mengimamkan Qiamullai.  Hampir 3,000 makmum hadir di pagi-pagi buta Hari Buruh 2011 itu. Baru-baru ini Ustaz "Rock & Roll" Azhar.  Juga ribuan yang hadir sampai tak tau mana nak park kereta. (Kalau lah Masjid Besi Putrajaya berani jemput Azhar di hari Jutaan Belia dulu pastinya - lagi pastinya -  tercapai usaha Najib jemput 1 juta belia tika itu).    
Apa pun, Masjid Hijau memang best. Dan akhirnya, pastinya setiap pengunjung tidak akan ghairah dengan wanita-wanita freehair bakal mengisi neraka.  Semua mesti bertudung litup seperti notis di sebelah. Jantan kaki seks tetapi tidak tinggal sembahyang pasti tidak ada peluang untuk steam konek.

Semuga Masjid Hijau tetap aktif seperti malam dia pelawa Hasan Ali berceramah tentang murtad sebelum esoknya dipecat oleh PAS. Ataupun ketika Sham Kamikaze berpeluang mempertahankan maruahnya dengan fitnah main dengan janda.  Apa pun aku sentiasa doakan Masjid Hijau (yang sentiasa ikhlas) ini kekal hingga kiamat. Amin.

MASJID AL FALAH, USJ 9 (THE BEST IN MALAYSIA)


Cari perbezaan gambar di atas dan di bawah.  Hampir sama? Tapi di atas daripada Masjid Nabawi di Madinah sementara di bawah di Masjid Al Falah USJ9 di Subang Jaya. Nak ambil berkat le gamaknya. Tapi setahu aku masjid Al Falah memang aktif dan kursus haji tiap-tiap tahun sentiasa menjadi tumpuan kerana di berikan oleh penceramah-penceramah handalan (bukan bertaraf Fadillah Kamsah yang BUKAN ulamak dan hanya menciplak Steven Covey). 

Carilah website masjid Al Falah dan pastinya kita dapat mengikuti aktiviti masjid tersebut. http://www.masjidalfalah.com/ Suatu kelebihan Al Falah ialah masjid ini sama seperti masjid Hassanah di Bangi (Masjid Hijau) mereka mempunyai contacts yang ramai dan termasuk penceramah luar negara. (Jangan sampai terperangkap dengan penceramah JI atau Al Qaeda sudahlah). Apa pun saya sentiasa berdoa agar Masjid Al Falah suatu hari nanti dapat membina tandas awam seperti di Nabawi menggantikan tandas sekarang yang agak daif tapi tetap bersih. Wassalam.

30 Jul 2012

BUKU TENTANG KATA-KATA YASMIN.


Allahyarham Yasmin memang prolifik. Berbakat dan merupakan pengarah generasi baru yang 'genius'.  Aku gemar akan kreativiti arwah.  Allah SWT Maha Penentu. Maha mengetahui segalanya. Pastinya kalau Yasmin masih bersama kita dah banyak lagi filem-filem kontroversi yang di arahkan beliau. Baru-baru ini ada sebuah buku yang ditujukan khas kepada arwah. Simple, lucu, sedeh dan membuatkan pembaca berfikir....style cover buku tersebut pun agak unik. Tetapi kalau buka simpan buka simpan berkali pasti akan terkoyak.  Bab ini yang mereka format cover ala-moden ini ternyata agak bodoh bin bangang....biarkanlah...belum lagi dibiarkan mereka memerintah Malaysia.

SITORA HARIMAU JADIAN.

Kalau ada yang kesempatan di bulan Ramadan ni, disamping berlegar-legar mencari makan untuk mentahkedarah bila maghrib nanti, singgah le ke kedai buku berhampiran - standard MPH (nothing less).  Look out for buku ni. Si Tora Harimau Jadian. Nukilan P. Ramlee.  Kalau ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya filem ini.  Ada beberapa kemungkinan.  Setelah di 'haramkan' oleh RTM yang sentiasa flip flop dan mengikuti arahan imam-imam 'for the sake' ketika itu, filem ini terus lesap. Kedua, mungkin ada orang-orang tertentu yang ingin buat jutaan ringgit dan akan muncul dengan filem yang hilang ini suatu hari nanti. Ketiga, orang-orang pendatang Kerinci yang terkenal dengan 'jelmaan harimau' telah merampas filem ini kerana terlalu banyak auta oleh P.Ramlee. Kelima, mungkin ada orang yang ingin berniaga kayu tas di Borneo dan gunakan filem ini untuk iklan suatu hari nanti. Boleh mencapai jutaan ringgit simpan kayu tas kat rumah kerana dipercayai anti-penyamun dan anti-pukau. Keempat (?) - ya, sengaja 'tersasul' sebab bulan puasa ni....kempat 'Harimau' tak layak jadi filem, macam harimau Malaya. Jepun dan Korea Selatan dan tiap kali layak ke Olimpik walhal Malaysia yang pernah menyingkirkan Korea untuk layak ke Munich dan Moscow suatu ketika dulu terus tenggelam dan lemas.  ... Apa pun belilah buku ini.