Print Document

Print Friendly and PDF

1 Nov 2012

SIMPAN BARANG LAMA - MISTERI ABADI

Ini cerita 'benar'.  Cerita aku. Antara yang paling aku takut dalam dunia ini ialah mati lemas (itu sebab sehingga sekarang lebih baik cuba hafal Jus Amma dari belajar berenang), penyakit kanser usus dan prostat, syirik (tiada maaf bagimu - terus to HELL) dan affair dengan janda yang berpengalaman (dia pulak ajar kita macamana nak bersetubuh).  Tapi sejak kebelakangan ini aku juga takut dengan tiga barang peninggalan arwah ayah aku yang aku simpan elok-elok dalam kotak.  Aku takut 'memuja' barangan itu kerana takut nanti jadi syirik. Ada orang kata barang-barang ini ada penunggu.  Pasti bukan Malaikat tetapi makhluk lagi satu - Jin.  Menaip ini pun sudah seram bulu tengkok dan bulu kote aku.

Ceritanya begini:

Arwah ayah aku suka simpan barang antik. Tetapi dia bukanlah fanatik dan sanggup belanja ribuan RM membeli barangan tersebut seperti kawan pejabat aku yang sudah ada satu muzium kecil membeli kesemua barang lama seluruh dunia.  Bagi ayah aku, barang-barang ini diberi oleh rakan-rakan karibnya lama dahulu.  Simpanlah dalam almari berkunci di rumah dan sesekali akan ditayangkan kepada anak-anaknya.  Cuma abang dan adik (arwah) aku saja yang berminat.  Aku dan kakak tak berminat langsung.  Kakak aku sekolah agama dan tau hukum hakam syirik dan taksub buta dengan barang-barang ini. Aku ingat beberapa tahun dahulu arwah adik aku 'mengambil' sebilah keris Minangkabau pemberian kerajaan Indonesia kerana peranan arwah ayah mengkebumikan Halim Perdukusomo di Lumut waktu WW II dulu (apa di buat pilot Indon terbang di ruang udara Malaya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu). 

Selepas 'mengambil' keris ini dari bilik arwah ayah tanpa pengetahuan ibu, kononnya adik aku ini mula mengasam limaukan keris ini dengan kemeyan 13 Mei (kemeyan special untuk signal Melayu di Perak datang berkumpul kalau diserang China).  Akhirnya, keris ini lesap dan adik aku pun meninggal pada tahun 1997.  Ada kawan-kawan arwah bercerita (mungkin auta) bagaimana orang tua berjanggut putih datang ke kubur arwah adik di Melaka selepas di kebumikan.  Wallah hu Alam.

Tetapi ada sebilah lagi keris yang ditinggal arwah ayah.  Bersalut kain putih dan masih ada bekas darah orang yang dibunuh.  Keris ini disorok oleh ibu kerana abang dan adik ingin memilikinya ketika ibu masih hidup. (Mungkin nak mintak nombor ekor) Ayah pernah bercerita (mungkin juga auta) bahawa datuk dia pernah membunuh panglima-panglima China di Parit dan Bota Kanan ketika komunis menyembelih Melayu zaman dahulu dan keris ini juga pernah menikam buah pelir seorang pahlawan China yang kebal.  Dan hanya lut kalau pelirnya ditikam.  Wallah hu Alam.  Apa pun kesan darah memang ada dan sejak aku menyimpan 'harta pusaka' ini aku tidak pernah membuka kain putihnya lagi dan kali terakhir aku melihat keris ini secara 'bogel' ialah tahuh 2008 ketika aku jadi yatim piatu dengan pemergian bonda tersayang.

(Begini lah rupa kerisnya walaupun bukan original kerana aku takut nak tangkap gambar sebenar)

Benarkah keris yang aku warisi dari arwah ayah yang pernah membunuh panglima China di Parit dan Bota Kanan ini mempunyai 'kuasa misteri' atau hanya besi karat yang sepatutnya dicampak ke lautan dalam?  Atau merupakan peninggalan secebis sejarah silam hubungan Sino-Malay di Malaya? Apa pun aku takut syirik.  itu aje.

Mungkin ada politician yang mahu menang pilihanraya ingin memiliki keris ini.  Terutama kalau ditentangnya calon China kerana sudah ramai panglima China tumpas (termasuk yang kebal) dengan keris ini. In fact, abang aku pernah meminta keris ini di tahun 2009 kerana di kawasannya ada pilihanraya kecil dan dia inginkan keris untuk memenangkan kawannya yang menjadi calon BN.  Aku hanya ketawa besar dan marah bukan main lagi abang aku tu.  Seorang doktor yang aku selamatkan dari syirik.  Mujurlah kawan dia menang pilihanraya tersebut dan sudah pun jadi ADUN.  (Mungkin keris boleh mambantunya merampas deposit penentang dia dalam pilihanraya akan datang atau bagi aku : kerana kekuatan BN yang memeritah sejak 1957 dan tidak perlu keris untuk membantu.  Cukup sekadar simbol Keris di bendera UMNO yang hebat).

2.  Barang kedua yang ditinggal ayah ialah Kayu Tas.  Kononnya arwah ayah bercerita (ini mungkin benar dan tidak ada unsur auta mengenai asal usul kayu ini) bagaimana seorang askar Melayu yang bertugas di Sarawak pulang bercuti dan menghadiahkan ayah kayu tas ini.  Dia terhutang budi kerana ayah aku 'menyelamatkan' dia (bukan dari dibunuh komunis) dari berkahwin dengan anak saudara ayah aku yang 'tidak berapa molek' perangainya. Arwah emak aku menggelar dia 'jalang jinak'. (Untuk makluman, askar tersebut mati terkena jerangkap samar NKCP - North Kalimantan Communist Party beberapa tahun selepas memberi kayu tas itu.  Sementara sepupu ayah masih ada di Bagan Serai dan sudah berusia lebih 70 tahun. Settled down dengan konduktor KTM - arwah - dan jadi orang baik-baik). Kayu tas ini kononnya kayu tas jantan dan ditakuti harimau dan binatang buas serta serangga bisa.  Aku tidak akan berani uji dengan masuk kandang harimau.  Upah sejuta pun aku tak mahu.  Ayah pernah membawa aku menonton sarkas India di tahun 70an.  Ketika itu Royal India Circus setiap tahun datang ke Ipoh membuat show.  Harga tiket ketika itu 50 sen dan RM 1.00 sahaja dan persembahan sungguh professional terutama flying trapeze tanpa jaring penyelamat. 

Satu hari aku dan adik ikut arwah ayah ke sarkas itu dan kami duduk di seat hadapan macam VIP.  Ayah membawa kayu tas ini dan ketika Harimau Bengal yang besar-besar membuat show tetiba semua tidak keruan dan terus duduk atau masuk balik ke kandang tidak mau buat show.  Penonton mulai resah dan ada yang mula 'boo'.  Ayah hanya tersenyum sementara kayu tas yang 'menyamar macam tongkat' digosoknya.  Betul ke? Atau ada sebab lain harimau-harimau itu (8 ekor semuanya) enggan berlakon hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Show harimau merupakan climax sarkas ini dan penganjur terpaksa memulangkan balik RM 3.00 kepada ayah dan semua penonton lain.  Tetapi selepas itu ayah tidak lagi berani 'menganiaya' sarkas atau membawa kayu tersebut ketika melawat zoo.  Aku pulak pernah melambai-lambai kayu tersebut terhadap kucing-kucing liar belakang rumah, tetapi tidak jadi apa-apa pun. Mungkinkah kucing tidak sama dengan harimau.  Atau peristiwa di Royal India Circus itu hanya kebetulan dan harimau-harimau itu masuk musim mengawan? Sekarang kayu ini aku bungkus dengan kertas surat khabar lama.  (Aku guna akhbar HARAKAH - HUDUD DAN SEBAT - mungkin sebagai pendinding sebarang kemungkinan). (Ini pun gambar kayu tas dari internet). Aku juga teringat cerita Si Tora P. Ramlee yang hilang filemnya entah kemana, bagaimana hero guna kayu tas untuk berlawan dengan harimau jadian.

3.  Barang terakhir peninggalan arwah ayah ialah songkok lama yang tetap berbau harum. Pelik sejuta pelik. Arwah ayah pernah becerita (yang ini aku 50-50 sebab ada yang aku tengok dengan mata kepala dan selebihnya aku berharap tidak ada usnur kelentong).  Di kampung Tebing Tinggi Ipoh disekitar 60-70an ada kedai runcit yang dikendali oleh seorang Mendeling Sumatra bernama Alias.  Aku panggil dia Pak Lias. Pak Lias bagi aku kapitalis yang mahir berniaga dan kedai runcitnya merupakan yang paling laku dikampung itu.  Satu hari ketika aku berkunjung ke rumah Opah belah arwah ayah, kedai runcit Pak Lias hiruk pikok dengan tetamu dan beberapa kereta dari Kedutaan Indonesia.  Aku sempat menjengok di atas kedai itu dan kelihatan seorang tokoh semacam Adam Malik (Pemangku Presiden Indonesia di era pasca Konfrontasi).  Arwah ayah terus memberitahu bahawa Pak Lias adalah sepupu Adam Malik.

To 'cut long story short', Adam Malik memberi Pak Lias dua buah songkok kegemaranya.  Satu songkok milik dia dan satu lagi .... jeng,jeng, jeng ... nanti aku sambung cerita.  Kononya, songkok Adam Malik dan 'sebuah' lagi itu adalah songkok-songkok hikmat. Wallah hu Alam.  (Tetapi di tahun 80an apablia aku terbaca dan follow cerita Mona Fandey maka aku yakin lah bahawa orang Indonesia memang percaya dengan hikmat songkok di kepala). Kebal, popular, penunduk, jauhi musuh, dan mungkin macam kayu tas, harimau pun lari lintang pukang.  Atau semakin tegang konek ketika sex. Pak Lias memang rapat dengan arwah ayah aku dan jirannya arwah Opah aku. Maka dia menyerah songkok satu lagi kepada ayah aku.  Mungkin kerana pemilik songkok ini 'lain dari yang lain' maka Pak Lias enggan menyimpannya dan beranggapan ayah aku mampu 'control' ketika menyimpan songkok 'ajaib' ini.  Ayah aku memberitahu aku, songkok ini milik DN Aidiet, tokoh komunis Indonesia yang jauhhhhh lebih hebat dari Chin Peng atau Rashid Maidin.  Cuma kedai Mydin aje yang mampu menandingi pemimpin Indonesia ini kerana semakin ramai mengambil pekerja Indonesia. Songkok ini bercorak Aceh yang kononya diberi kepada Adam Malik oleh DN Aidiet kerana komunis tidak suka pakai songkok.  

Pak Lias turut memberitahu ayah aku, songkok ini sama hebat dengan Songkok Sukarno kerana ada 'kuasa luar biasa'.  Selepas membaca pembicaraan Mona Fandey di Pahang sekitar 80an baru aku teringat akan songkok DN Aidiet ini.  Ketika aku diberi songkok ini bersama kayu tas dan keris hitam 'berdarah' aku cuba memakainya ketika berjemaah maghrib satu hari. Pertama,  songkok ini berbau harum macam minyak attar walaupun aku sedar songkok biasanya berbau hapak kerana sering kering dengan air solat dikepala. Kedua, pada hari pertama akau memakai songkok 'misteri' ini dari maghrib hingga isyak, aku mimpi didatangi seorang tua berjubah merah yang mengatakan songkok ini boleh mendatangkan kemewahan.  Aku seram sejuk dan kecut telor celah kangkang. Ketiga selepas peritiwa ini (tahun 2010) aku terus menyimpan songkok 'keramat' ini dalam kotak simpan songkok dan letak bersama barangan peninggalan arwah ayah yang lain.

Adakah songkok ini benar-benar milik DN Aidiet? Apakah aura special songkok ini, sehingga ketika aku memakainya ke masjid seluruh jemaah datang bersalam dengan aku sambil senyum (nasib baik bukan di ketika sembahyang Juma'at di masjid utama, kerana pasti aku overshadow PM sendiri bila ribuah jemaah datang bersalam dengan aku) ? Benarkah ada penunggu songkok ini kerana ketika aku decide nak simpan dalam kotak aku sering diganggu oleh si jubah merah dalam mimpi? (Hanya setelah aku minta sembahyang hajat dan membungkus kotak songkok dengan kain merah - mungkin warna komunis ? - baru episod 'pengunjung mimpi' ini tamat). 

(Gambar DN Aidiet dan jenis Songkok Acheh). - Semuga Allah SWT mencucuri rahmat kepada tokoh Indon yang aku hormati ini.  Walaupun dia berideologikan komunisme.

Jadi persoalan yang timbul ialah bagaimana aku mampu menyimpan semua barangan 'misteri' ini.  Aku yakin (bukan auta) kalau kita ingin percaya perkara-perkara aneh dan tak masuk akal yang mampu di lakukan oleh barang-barang ini, pastinya akan berlaku. Mungkin songkok ini boleh digunakan oleh tokoh-tokoh politik yang berhasrat menjadi 'winnable' candidate di PRU 13 yang akan datang. In fact, kalau Karpal Singh yang tidak ada serban, atau Lim Kita Siang nak try pun pasti mereka menang dan calon BN hilang deposit. Tapi kalau mereka offer pun aku tak kasi.  Maybe aku beri mereka keris bunuh China itu.

Aku prefer kasi songkok ini kapada calon Melayu, terutama yang gerenti tewas kerana asyek lompat parti.  Beri dia songkok ini, tanding kawasan Parlimen agar boleh gedebe di Parlimen bertumbuk dengan pembangkang, agaknya tewas lah semua yang menentang dia.  Kayu tas pula aku gunakan untuk menakutkan harimau di zoo negara.....tapi yang nyata aku TAKUT syirik dan aku pasti akan simpan dalam kotak khas di bilek stor rumah aku.  Biarlah, kalau orang kata semua barangan boleh jadi pelaris restoren, mengeraskan konek macam kayu hutan, menjadi ketua kampung yang dihormati dan diberikan anak-anak dara untuk dinikahi dan disetubuhi, atau apa saja. Aku tak mau layan. Nak guna songkok sembahyang Juma'at dan hari Raya pun aku cuak...apa pun semua barangan ini akan kekal hingga kiamat dan sesungguhnya yang berkuasa di mukabumi ini hanyalah ALLAH SWT.