Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Usman Awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usman Awang. Papar semua catatan

22 Ogo 2012

TERINGATKAN ARWAH USMAN AWANG.



Sajak Klasik KEKASIH oleh Arwah Usman Awang


Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.
Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.
Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.
Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.

Aku meminati serta mengkagumi Usman Awang sejak di bangku sekolah lagi.  Walaupun di jurusan sains aku tetap membaca buku-buku wajib Sastera Melayu SPM sekitar 70an ketika itu, terutamanya: Duri dan Api dan Tulang Tulang Berselerakan. Bila mula bertugas disekitar 80an aku akan membeli buku-buku beliau, koleksi cerpen dan puisi terbitan DBP. Ketika mendengar berita kematian beliau aku berada di luar negeri dan ketika pulang aku bertanya sepupu Usman Awang (belah ibu kawan sepejabat aku - juga sudah arwah) yang pergi ke tanah wakaf Kiara.  Katanya ramai hadir termasuk VIP haluan kiri dan kanan. Ramai haluan kiri.  Tetapi itulah serba serbi cerita bagaimana aku meminati arwah Usman Awang. Sepatutnya dia diberikan Hadiah Nobel untuk Literature.  Tetapi mungkin kurang sokongan kerajaan kerana fahaman kiri beliau. Wallahualam. Aku juga tujukan puisi ini kepada 'rakan lama Ipoh' yang tidak ada jodoh....semuga kesejahteraan mendampingimu selalu.  Bagiku...hanya 'syurga ilusi'....




19 Ogo 2009

MEMBACA BUKU - JADIKAN HOBI...






Kalau sesiapa ada duit lebih, belilah dua buku di atas yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara, arwah Usman Awang. Tulang-Tulang Berserakan memang best. Cerita perang zaman darurat. Aku baca buku ini ketika di tingkatan lima tahun 1973 - sudah 36 tahun yang lalu. Kalau baby ketika tu, sudah empat kali mengundi pilihanraya. Kalau mendaftar sebagai pengundi la. Mungkin jugak sudah berkahwin dua kali dan banyak kali bersetubuh.
Apa pun tujuan bukan untuk 'melariskan' buku-buku ini. Tak dapat upah pun dari MPH atau Amazon Books. Cuma aku admire arwah Usman Awang. Simple bahasa Melayu tetapi sungguh asyek membacanya...leftist? Lantakla, itu pemikiran yang dianuti arwah ketika itu. Zaman penuh pergolakan. Tapi yang pelik, buku yang aku beli dengan harga RM 6.00 tahun 1973 kini berharga RM 70.00 (kulit tebal). Dasyat punya inflasi....siapa dapat royalti dan honororium. Pasti waris-waris dia gamaknya ???
 
Apa pun kalau kesempatan dan ada wang lebih belilah buku-buku ini. Satu lagi, "Jiwa Hamba", merupakan koleksi sajak-sajak arwah. Best jugak walaupun sajak-sajak tersebut sudah lama di rakamkan. Ada yang lebih 50 tahun. Banyak diceritakan tantang arwah Usman Awang...kalau rajin cari lah dalam internet atau library. Pasti ada. Tak perlu aku ulang di sini. Yang aku nak cerita ialah dua kisah arwah yang mungkin tak pernah atau dah di lupakan oleh umum.
 
Pertama, kakak saya pernah bercerita bagaiamana kawan karib dia di UKM (batch-batch mula di tahun 1974 ke atas) membuat kajian mengenai kesusasteraan Melayu. Mungkin esei atau assignment wajib. Salah satu projek ialah temuduga Usman Awang. Ketika di temuduga, arwah memujuk mintak cium, sexual harassment ketika itu. Syukur dapat dielak. Begitulah perangai orang-orang seni. Tak perlulah dikupas lanjut peristiwa yang berlaku lebih 35 tahun lalu. Tapi yang nyata sahabat kakak saya tu tak ada sebab nak menipu.
 
Kedua, tahun 70an juga menyaksikan bagaimana Usman Awang dikritik hebat oleh PENA PATRIOT yang menerbitkan majalah TRUTH (ala PRAVDA Soviet Union). Akhirnya TRUTH diharamkan oleh PM Tun Razak dan Ghazali Shafie ketika itu. Memang TRUTH berbau Marxis-Leninisme dan mengeritik Usman Awang cara Marxis. Usman di tuduh menghasilkan karya 'doom and gloom' serta pro neo-colonialist. Amende? Lantaklah. Apa pun semua itu kini dalam lipatan sejarah yang sudah pun dilupakan masakini. Cuma si tuan punya TRUTH masih ada di UKM dan sedang aktif menulis artikel-artikel akademik berbau neo-Marxis. Dia pun aku admire kerana orang Trengganu jarang yang sebijak, se genius dia. Satu dalam sejuta.
 
Apapun kalau ada kesempatan milik lah buku-buku di atas atau pinjam aje kat library awam. Semuga ALLAH SWT mencucuri rahmat keatas roh Usman Awang. Kalau dia bukan bersifat 'leftist' pastinya kerajaan dah betungkus lumus memperjuangkan agar arwah memenangi Hadiah Nobel. Wallahualam. (Apology : foto-foto di atas di ambil dari website Usman Awang dan website MPH yang menjual buku-buku tersebut. Harap di halalkan).