Print Document

Print Friendly and PDF

28 Sep 2012

ADA DUIT, ADA MASA, BELI DAN BACALAH ...

'Today is budget day'. Macam-macam 'rumours' mengenai belanjawan 2013 ini. Semuanya menarik dan semua berharap agar dapat menafaat.  Yang risau akan turut risau.  Kawan yang suka jual-beli rumah 'kecil-kecilan' semakin gelisah.  Walaupun melibatkan tiga buah rumah teres, keuntungan yang di harapkan mencecah RM 1.5 juta. Kalau budget 2013 'affordable housing' lingkuplah kawan ku ini.  Apa pun harga buku tetap ditahap yang sama.  Buku Melayu tetap sederhana, sementara buku import tetap mahal.  Kalaulah buku-buku di duty free kan pasti murah harganya.  Kalau di subsidized, lagi murah. Pasti menang BN dalam pilihanraya akan datang. Ada seorang kawan, gila gamaknya, mengharapkan 6 bulan bonus macam Petronas, harga kereta turun higga Mercedes 200 yang baru bernilai RM 70,000, petrol 50 sen seliter dan murah dari Arab Saudi dan gaji graduan bermula dengan RM 5,000. Jika berlaku samada Malaysia muflis atau semua pengundi nampak dacing. 

Kalau berkesempatan tu cari dan beli buku-buku ini. Nak buat ulasan panjang aku malaslah.  Lagipun aku belum baca semua secara teliti.  Tetapi aku yakin buku-buku ini menarik.

 1.  Walaupun Sasterawan Negara ini menjadi kontroversial kerana terlibat dalam Bersih, aku tetap admire dia. Masih hebat menulis walaupun kekadang tidak tercapai otak kita apa yang dimaksudkan dia dalam penulisannya.  Tetapi buku ini kira down to earth dan dalamkan feel Malaya era hampir dan selepas merdeka. Macam masuk time-tunnel ke zaman itu, atau macam masih lagi di Malaya zaman ini kerana tidak banyak yang diceritakan berubah realitinya.  Hidup Pak Samad dan semuga apa yang kau idamkan dimakbul Allah SWT.
2. Anwar Ridahwan juga sama hebatnya dengan Pak Samad dan seorang lagi Sasterawan Negara.  Cuma hebatnya ialah dia Yob Perak. Penyeberang Sempadan ni macam Diari harian/memoir dia dan juga sama hebat dengan Pak Samad cuma tidak kedengaran dia terlibat dalam politik tanahair (I stand corrected) tapi yang aku boleh analisa dia seorang yang 'tetap pendirian' dan 'loyal'. B.A. Masters dan Phd di Universiti Malaya dan bertugas pun hingga pencen tahun 2005 di DBP.  Syabas, Anwar harap banyak lagi novel, cerpen dan karya awak.   


 3. M. Quraish Shihab ini penulis agama Islam dari Sulawesi Selatan Indonesia dan muda dari Pak Samad. Merupakan penulis buku agama Islam yang prolifik di Indonesia.  Banyak buku dia.  Tengok link ini untuk latarbelakang lanjut.
Muhammad Quraish Shihab
 4. Untuk santai-santai dan membiarkan minda berfikir, bacalah buku ini.  Pastinya cerita-cerita penuh misteri tetapi berunsur keIslaman.  Pasti bermotifkan dakwah Islam. (Kalau kita baca buku-buku misteri Barat mengenai cerita-cerita pelik pastinya motif mereka untuk menyebar fahaman agama mereka). Buku yang bakal membuka minda kita untuk berfikir ini di nukil oleh Ustaz Dr Haji Zahazan.  Yang berwajah mamak tetapi perwatakan baik.
 5.  Tetapi kalau kamu inginkan padangan penulis Barat mengenai Arab Spring dan Islam, bacalah Rock the Casbah ni yang ditulis oleh wartawan Robin B. Wright.  Bahasa simple bukan academic yang sukar difahami. Kekadang berunsur sensasi dan kekadang berunsur lawak (Awas : mungkin untuk perli Islam).  Apapun yang penting ialah pembaca dapat mentelaah perspective Islam dan Arab Spring dari sudut Barat. Berat sebelah atau sebaliknya, biarlah pembaca adili.
6.  Cerita mengenai peninju Muhammad Ali sekali lagi dibukukan. Kali ini di edit oleh David West.  Banyak buku di tulis mengenai Muhammad Ali dan ini merupakan yang terbaru. (Februari 2012). David West mengumpulkan tulisan dan pandang ramai pakar mengenai Ali dalam buku ini.  Ada yang lucu, ada yang bersimpati dengan Ali, ada pujian, ada juga kritikan dan sebagainya.  Tidak banyak background mengenai David West, tetapi yang nyata dia merupakan pengumpul bahan-bahan yang ditulis oleh orang lain. Apa pun aku masih ingat ketika Muhammad Ali bertinju dengan Joe Bugner mempertahankan kejuaraan dia di Kuala Lumpur pada  30 Jun 1975.  Nostalgic kerana 1. pertandingan dimulakan tengah panas pukul 9.00 pagi kerana inginkan terus menerus prime time di Barat. 2. Sehingga menimbulkan skandal Bank Rakyat kemudiannya dan kejatuhan hero aku Datuk Haru Idris (Arwah) 3. membuktikan bahawa Malaysia memang boleh, membawa Muhammad Ali bertinju di Kuala Lumpur, walaupun tidak menguntungkan. 4. Lihat dikaca TV bagaimana Muhammad Ali sembhayang Jumaat berjemaah di Masjid Negara ???? apa pun dia mengiktiraf Islam sebagai agama yang dipercayainya. Beli dan bacalah buku ini.

7.  Lastly, buku Langit Terbuka yang merupakan triologi tiga buah buku oleh pendakwah / politician paling cantik di Malaysia, Dr. Mashitah Ibrahim. Dalam kesibukan dia dengan tugasan Timabalan Menteri, aku kagum sempat dia mengarang buku-buku ini. Bukan satu tetapi tiga.  Tahun sudah aku sempat ke Masjid Putra kerana kursus Perdana Haji dan dia dijemput memberi ucapan.  Masih seorang public speaker yang baik serta genius.  What if saya ialah, kalau Dr Mashitah tidak masuk politik dan masih menjadi pakar motivasi terbaik di Malaysia, aku pasti dia tetapi yang terbaik dan pastinya 'winnable' dihati rakyat/orang ramai...dari Malaysia, ke Brunei, ke Singapura dan mungkin di seluruh Indonesia.

Beli dan bacalah buku-buku diatas aku yakin (bukan jamin) kamu semua akan berpuas hati.

26 Sep 2012

PANTUN KAWANKU BALIK OPIS

















CORAK BATIK NAMPAK DI AWAN
TANDA HARI NAK HUJAN RINTIK
SUNGGUH CANTIK WAJAHMU KAWAN
TEPAT 4.30 KAU PUN BALIK 


















BADAN RAMPING MAKAN JAMU
TIAP MALAM TIDUR MENGIRING
BAU MASAM DITENGKUK KAMU
KERJA KUAT SAMPAI PENING

















KE SIAM BELAJAR ILMU KEBAL
KALAU DISERANG MUDAH DITEPIS
RINDU PADAMU TETAP MENEBAL
MELIHAT KAWANKU BALIK OPIS




















DARI REMBAU PERGI JELEBU
SINGGAH DI PASAR MEMBELI GANJA
KAWAN KU MANJA RAHSIA SERIBU
ADA DUIT DIA BELANJA

MY BELOVED BRUNEI

Kali terakhir aku ke Brunei adalah tiga tahun yang lalu. Memang aku rindu dengan negara aman damai ini.  Berkat kepimpinan Baginda Sultan, Yang Mulia.  Ketika aku ke Brunei, makanan memang first class.  Tidak ada tolok bandingnya.  Pentingnya kebersihan para peniaga makanan.  No wonder tidak ada masalah ‘taun’ di Brunei. Aku memang saying Brunei.  Kalau ada peluang memang aku akan kesana lagi, tetapi apakan daya, ekonomi dan ruang waktu tidak mengizinkan. Disamping itu, kawan baik aku semuanya sudah pulang ke Semenanjung Tanah Melayu. Ada seorang ’Azah’ di ‘Kementerian Luar’, tetapi dia terlalu cantik buat aku. (Mami Jarum Number One in the World). Lambang keayuan gadis Brunei yang sememangnya bertaraf Miss Universe.  Aku juga rindukan beras Brunei yang diimport khas untuk rakyatnya.  Beras Siam yang bermutu tinggi serta sesuai dengan selera orang melayu.  Tidak terlalu berkanji, tidak terlalu lembek. Just nice. Apa pun, kalau ada sponsor, aku ingin ke Bandar Seri Bengawan.  Cintaku hanya pada negara Brunei Darussalam.  Long Live the Sultan and the people of Brunei. AMIN.




BLOOMING FLOWERS, BUNGA KEMBANG WANGI



Bunga itu hadiah Allah SWT kepada umat manusia.  Bunga membawa ketenangan fikiran.  Bunga menghilangkan stress.  Bunga juga lambang kapitalisme kerana olrang boleh buat duit menjual bunga.  Bunga juga lambing kasih saying – ada seorang kawan menghadiahkan 100 kuntum ros sebagai hantaran kahwin. Hebat romantis dan kepinginkan burit si girlfriend.  Malangnya putus tunang.

Bunga ada berbagai warna dan menyejukkan mata memandang. Tidak ada bunga yang tidak cantik. Bunga dicipta penuh keindahan.  Aku paling gemar bunga ros atau bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya.  Apa pun bunga itu anugerah Allah SWT.  Jangan disalahgunakan.   Kumbang gilakan bunga, seperti jantan gilakan betina. Itu resam dunia…



ULAMAK BERKELAYAKAN, PERASAN ULAMAK

Ini pandangan peribadai aku.  Mungkin betul atau sebaliknya.  Hanya Allah SWT yang tahu dan boleh mengadilinya.  Manusia hanya boleh 'berfikir' dan meluahkan apa yang mereka fikirkan.  Betul bagi si-A mungkin salah bagi si-B.  Atau 'tidak tahu' bagi si-C.

Bagi aku, itulah resam manusia sehingga kiamat. Kalau kamu burong hitam, cara berfikir adalah sama.  Cari makan dan buat anak. Membiak. Burong asal azali tidak percaya pada manusia.  Liar. Wild.

Manusia Melayu ramai yang suka berdakwah.  Tetapi kalau nak cakap tentang Islam WAJIB ada ilmu dan berkelayakan untuk berdakwah.  Macam Ustaz dan Ustazah yang aku 'pinjam' gambar-gambar mereka.  Begitu juga yang ingin mengajar Al-Quran.  Mesti ada qualification.

Kalau tidak ada kelayakan janganlah nak cakap tentang agama. Kalau asal-usul 'pakar' motivasi, jangan sekali-kali selitkan unsur agama dan berdakwah seperti ustaz-ustazah. Motivasi ala-sekular yang memisahkan agama pun kekadang mampu memberi kebaikan.  Jangan sekali-kali bercerita tentang agama. Kutip hadis, sini, kutip ayat quran sana.  Sebut aje anti-Iblis, anti-Setan kira dah boleh jadi Ustaz-Ustazah. Ini boleh mengelirukan penonton dan pendengar. 'Menyamar' sebenarnya adalah sifat Setan.



Aku cukup benci mereka yang ketandusan modal mencampur-adukkan motivasi sekular dengan agama yang terang-terang mereka tidak layak.  Tapi macam aku tafsirkan earlier tadi. Hanya Allah SWT yang mengetahui dan dapat mengadili.  Bagi aku pulak, sekadar memberi pandangan. Tidak ada salahnya.

Aku respect Tok Guru Nik Aziz.  Satu-satunya MB yang mampu mentafsir Juz Ama secara impromptu setiap kuliah subuh.  Tanpa campur aduk politik.  Hanya kisah-kisah era Rasullulah SAW.  Hanya musuh-musuh yang dipengaruhi setan akan terasa tersindir dan ingin mencabar melalui Akta Hasutan.  Aku turut respect Ustaz Azhar Trengganu.  Frank, funny and prcise. Genius membuat orang ketawa walaupun sindirannya pedas. Ustazah Fatimah Zahra yang mempunyai 'kisah' tersendiri dalam politik Kelantan juga aku respect. Mother tounge Arab tetapi mampu berdakwah dalam bahasa Melayu.  Cuma ada satu 'babak' apabila dia disoal oleh dua orang 'penonton' wanita Melayu yang tetiba menggunakan bahasa Melayu tinggi.  Kalau ikhlas tak apa.  Kalau tujuan memalukan memang hampehla 'betina' tu.

Qariah Sharifah juga menarik dan menawan. Cantik macam penyanyi AF4 Salima dari Ipoh. Solid. Aku kagum bagaiamana markah johan musabaqahnya lebih tinggi dari johan qari.  Ramai yang dengki, terutama lelaki-jantan yang tidak sanggup melihat lelaki 'tewas' dengan kaum Hawa.
Ustaz Don memang aku kagum.  Naik mendadak kerana ada aura macam Mawi.  Harap tidak merudum turun secepat dia naik. 

Semuga mereka yang berdakwah ini diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT.  Banyak pahala mereka kalau ikhlas dan meluahkan apa yang benar serta secara berani.  janga selindung-lindung kerana ingin cari makan lalu takut kepada kebenaran.

Yang cantik macam Dr Mashitah, honestly, aku lebih 'sayang' kamu ketika jadi penceramah agama-motivasi.  Tetapi namun begitu, 'sayang' sekarang ialah kerana aku pasti kamu akan menjadi 'winnable' candidate yang bakal menambah Ulamak dalam UMNO dan BN.

Kesimpulaannya, berhati-hatilah kalau nak bercakap tetang Islam kalau audiencenya ramai. Di rumah sebagai bapa kepada anak-anak dan isteri tak apalah.  Kalau di TV atau Radio cuba nak 'menasihati' orang ramai dengan quote agama Islam, janganlah.  Nanti 'sesat' dibuatnya. Kalau latar belakang ada cerita 'negative' cuba nak membeli kereta bebas cukai ikut pinu belakang. Hentikanlah.

Jangan jadi ulamak perasan.  Biarlah setakat ulamak berkelayakan.  Perasan itu merbahaya. Cantik itu pemberian Allah SWT. Beryukurlah.



25 Sep 2012

KEK, MEMBUANG MASA (เสียเวลา) DAN KETEPIKAN TUGAS.

Ada beratus cara nak 'escape' tugas. Ada secara 'official' yang menguntungkan.  Ada secara tidak resmi yang kalau kantoi memang parah.  Yang 'official' kira dijemput ke majlis makan-makan waktu pejabat.  Capacity sebagai ex-boss atau ex-pegawai bahagian yang menjemput. Atau meronda dengan kot-kot hapak.  Nampak 'official'.

'Escape' tugas memang best. 'Relax'. Dapat borak-borak. Dapat 'fantasize' dengan anak-anak buah atau 'fellow officers'. Nasib lagi baik dapat gesel-gesel tanpa dituduh melakukan 'sexual harassment'. Atau dalam lain perkataan 'dengan rela hati'. Memang boleh berair kalau semua direlakan.
Satu kegemaran 'buang masa official' ini ialah memotong kek.  Tiap bulan pasti ada yang menyambut harijadi.  Maka jamuan di adakan.  Kalau Bermula pukul 11.30 - pasti selesai 2.30. Tolak lunch hour 1.00 - 2.00, kira 'termakan' masa pejabat selama 2 jam. Lama tu. Kalau diadakan 11 kali setahun (tolak Ramadan yang bakal diganti dengan open house Syawal yang bakal menelan berjam-jam lagi working hours) dah kira 22 jam rugi.  'Big boss' yang mengizinkan acara akan 'defensive, kata tak apa, belum sampai 24 jam.  Kalau terus bantah, pasti akan di mark dan hidup akan menyeksakan.  Golongan sial haram jadah ni bukan kira, tidak akan mengerti erti kemanusiaan.  Mereka berselindung disebalik pangkat dan ampu-bodek.  Yang pastinya walaupun graduate, otak analisa tidak ada.
Itulah cerita kek. Bukan sahaja buang duit, tetapi termasuk buang waktu pejabat, utamanya, ketepikan tugas penting. Makan, makan, makan.  Ramai kawan dah cucuk 'insulin' kerana kencing manis sehingga kencing yang 'pekat' pun tidak mampu.  Tetapi kalau ramai macam ni di pejabat, aku pasti kurang atau sifar terus gangguan seksual.  Kerana ramai tidak bernafsu kalau terkena kencing manis.  Semuga era kek di waktu pejabat dihentikan. Nak buat acara buatlah di luar waktu pejabat dan tempat, lebih sesuai tanpa sisa makanan menjadi habuan tikus iblis di opis.




Di luar pejabat lebih santai dan menjurus ke arah 'rela sex' dan tidak ada paksa-paksa. Lebih santai serta lebih gembira.  Tidak ada unsur kosong-kosong Najwa.




24 Sep 2012

BOWLING BOLEH BUAT DUIT?

Dalam banyak sukan santai-santai aku paling minat dengan bowling (bukan bolen). Pertama, tidak akan memenatkan seperti badminton, tennis dan skuasy.  Biasanya paling banyak kita main tiga round aje.  Mahal.
Kedua, untuk sosial memang best. Tak perlu penat lelah. Hentam aje dengan bola. Ketiga, boleh 'lepas geram' dan bayangkan muka orang dibenci kat hujung lorong.  Pasti strike. Keempat, aku kagum dengan Shalin Zulkifli. Satu-satunya tokoh sukan Melayu yang bertaraf dunia.  Sehebat Lee Chong Wei dan Nicol David.

(Shalin bagi aku paling hebat ketika menewaskan lelaki di Amerika satu ketika dulu.  Sehingga terkebil-kebil lawannya ditewaskan wanita.)

Hebatke main bowling ini.  Aku kasi tribute kepada Federal Bowl di Ipoh.  Tempat aku mula main bowling (izin dalam paksa sebab ikut kawan) dengan kawan-kawan kampung. Dapat menewaskan separuh dari mereka yang sudah bermain banyak kali.  Terkebil-kebil juga macam yang ditewaskan oleh Shalin. Kata orang main bowling boleh dapat duit.  Aku sendiri tengok beberapa kali ibu-bapa membawa anak-anak mereka, siap dengan coach professional bermain bowling. Memang dengan teknik yang betul budak-budak tu boleh strike memanjang.
Bowling memang boleh kaya.  Kalau kena tempatnya dan displin practice-practice-practice dengan tekun. Lapangan bowling di kompleks membeli belah memang bersuasana ceria.  Menjerit-jerit dan bertepuk sorak dan hi-five selalu. Tempat ini juga bermulanya
'affairs' kalau bermain dengan 'illicit partners'.

Dalam keadaan ini duit pasti habis. Kalau dapat 'strike' lain berbaloi jugak. (LRMR dalam ingatan.  Subang Summit tahun 2001.)


EMPAT BUAH FILEM MENARIK, TEMA SAMA.

Kalau kamu tak ada kerja lain, pertama carilah DVD atau download filem-filem ini. The End of the Affair, Random Hearts, April Snow dan In the Mood for Love. Kedua, ambil satu hari suntuk yang benar-benar free.  Tontonlah kesemua secara serentak.  Marathon. Cara begini dapat menimbulkan impact kepada kamu.

Pembahagian masa, hitung panjang 2 jam setiap filem. Mula 10-12 pagi. Rehat 12-2 tengahari. 2-4 Filem Kedua. Rehat 4-5. 5-7 Filem Ketiga. Rehat 7-9. 9-11 Filem Keempat. Ketika rehat, makan dan minum lah apa yang patut, jangan sampai kebulur.  Kecing dan berak secukupnya.  Takut nanti terkena sembelit.  Fokus penting. Serapkan setiap ''storyline' dalam filem-filem ini. Tetapi jangan tinggal sembahyang setiap waktu.  Filem ke mana, neraka menanti.

1.THE END OF THE AFFAIR. Filem 1999 ini diambil dari buku Graham Greene.  Novelis terkenal. Diarah oleh Neil Jordan, filem yang berlatar belakangkan London ketika Perang Dunia Kedua ini, mengisahkan affair (hubungan sulit) antara seorang penulis, Maurice Bendrix (Ralph Fiennes) dan Sarah Miles (Julianne Moore) yang berstatus isteri orang dan suaminya Henry Miles (Stephen Rea).  Henry diceritakan dalam filem ini bermasalah 'mati pucuk' - kote tak naik. Ketika 'affair' ini akan tamat, dialog menarik ialah "LOVE DOESN'T END, JUST BECAUSE WE DON'T SEE EACH OTHER.".    
Filem ini menarik kerana membawa 'message' wanita akan mengadakan 'hubungan sulit' dengan lelaki lain jika suami mereka dingin dan 'affair' boleh dilakukan bila-bila masa.  Maka awas lah.  Kalau rasa 'lemah' makanlah viagra atau cialis.

Lagi satu yang ingin disampaikan oleh Graham Greene ialah bagaimana watak 'hero' yang akhirnya percayakan kewujudan Tuhan dengan 'berdoa' diakhir filem agar Tuhan tinggalkan dia bersendirian dan ini menunjukkan watak utama mengakui kewujudan Tuhan.  Tetapi yang utama, filem ini mengisahkan hal ehwal 'hubungan sulit' seorang isteri orang.  (Sama seperti yang pernah dilalui SAS, RI, NG, NS dan SNSS).





2.  RANDOM HEARTS.  Filem tahun 1999 (secara kebetulan sama tahun dengan filem di atas) ini juga memaparkan tema 'affair' atau hubungan sulit yang melibatkan orang-orang yang sudah berkahwin. Pengarah Sydney Pollack mengambil hero Indiana Jones, Harrison Ford selaku hero. Heroin disamping dia dan menjadi gomolan dan dicium rakus ialah Kristin Scott Thomas yang cantik, ayu dan ada mirip Eja, pelakon kita sendiri. Secara ringkas dipadankan dari novel Warren Adler yang sama tajuknya serta mengisahkan bagaimana seorang pegawai polis dan seorang ahli kongres menyiasat pasangan masing-masing mempunyai 'affair' - hubungan sulit apabila kedua-duanya mati dalam kemalangan udara yang sama. Filem ini tidaklah box office tetapi aku masih meminatinya.  Menceritakan khayalan penulis yang befikiran 'what if' - dalam hal ini 'affair' mungkin akan berlaku dimana-mana, pada sesiapa sahaja dan tidak mengenal jantina. Asalkan ada 'kemaluan' berfungsi, pasti on. Dan 'dendam' boleh mendesak hati manusia untuk melakukan perbuatan yang sama. Tetapi satu lagi 'what if' pasti wujud jika tidak ada kemalangan udara dan affair berterusan.  Kalau kantoi, pasti 'perang besar' dan lebih dasyat dari kemalangan udara.   



Akhirnya, filem ini juga menonjolkan bahawa, wanita sama sahaja dengan lelaki.  Sanggup 'balas dendam' melalui perbuatan songsang bernama 'affair' jika kepercayaan mereka digugat. Pengkhianatan tidak akan diterima oleh sesiapa bergelar manusia.  Manusia hanya tahu 'mengkhianat' tetapi jangan di 'khianat'.

Seperkara mengenai Random Hearts ialah bakal pemimpin, yang menghadapi pilihanraya, paling ditakutinya ialah skandal terutama yang melibatkan sex dan ini bakal menentukan dia 'winnable' atau sebaliknya.  Tanpa perlu makan harta anak yatim.... 

3. APRIL SNOW. Bagi aku
filem tahun 2005 ini merupakan sesuatu yang klasik dan melibatkan pelakon lelaki Bae Yong-Joon yang merupakan fenomena seperti Mawi di Malaysia suatu ketika dulu.

Seperti Random Hearts, April Snow juga mengisahkan 'affair' yang wujud akibat 'affair' asal yang melibatkan pasangan masing-masing. Seperti Random Hearts, April Snow juga menyaksikan bagaimana manusia berhadapan dengan CINTA, PENGKHIANATAN dan RASA BERSALAH. Dalam kedua-dua filem ini, message yang ingin disampaikan ialah 'membalas dendam' sebagai alternatif serta 'grand finale' setiap manusia.

Dalam bahasa Korea, filem ini berjudul "Oechul" atau "bersiar-siar" tetapi April Snow lebih realistik.  Jarang sekali salji turun pada bulan April di Korea.  Sesuatu yang jarang berlaku tetapi boleh terjadi.  Kalau ada pengarah bodoh di Malaysia buat tajuk 'Salji di Ipoh' - ke Tanjung Rambutan lah jawabnya. Memang mustahil sehingga kiamat. Kecuali ada agenda khas nak 'putihkan' suasana gelap MBnya.

Filem ini berkisar di pekan kecil Samcheok, dimana In Su (Bae) dan heroin, Seo-Young
(Son Ye-jin) bertemu kerana pasangan masing-masing masuk hospital kerana cedera parah dalam kemalangan. Dalam hal ini, kedua-duanya dalam kenderaan yang sama. 'Affair' yang kantoi dengan kemalangan.  Kalau terus gol macam Random Hearts tak ape juga, ini terpaksa mengharung derita 'recovery' di hospital. Si suami meninggal sementara si isteri survived. 

Ketika menantikan kedua-dua suami dan isteri mereka sembuh, hero dan heroine asyek terserempak dalam pekan 'kecil' dan hospitial 'kecil' di Samcheok. Akhirnya, yang agak jarang berlaku, berlaku. Mereka adakan 'affair' (hubungan sulit) sehingga ke atas katil. Cerita bertemakan
'affair' ini hanya menimbulkan fantasi 'what if' dikalangan penonton. Tetapi aku bertanya, kalau wajah salah seorang hodoh macam jin juling, pasti 'affair' tidak akan berlaku dalam realiti sebenar.  Apa pun message dalam filem ini, sama seperti Random Hearts, ialah manusia dipengaruhi dengan 'dendam'. Dan perkara-perkara pelik pasti berlaku jika manusia berdendam. Headline akhbar hari ini ialah mengenai 2.9 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kali dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang.  Apa kata mereka mengundi dengan perasaan 'dendam'? Hancur negara pastinya. 





















4. IN THE MOOD FOR LOVE. Ini pula merupakan filem Hong Kong yang pernah bertanding di Cannes Film Festival, 2000.  Cerita berlaku di Hong Kong tahun 1962.  Chow Mo-Wan (Tony Leung), seorang wartawan, (adakah para penulis gemar dengan affairs ???) menyewa di apartment sebuah bangunan bersama heroine, Su Li-Zhen (Maggie Cheung). Watak Su ialah Setiausaha syarikat perkapalan.  Mereka tinggal bersebelahan dan 'secara kebetulan' sering ditinggalkan oleh pasangan masing-masing yang kononnya bertugas 'outstation'.

Akibat 'kesunyian' ditinggal pasangan masing-masing mereka menjadi 'akrab' dan sekali lagi, seperti filem-filem terdahulu, 'affair' berlaku - hubungan sulit yang dipenuhi dengan adegan-adegan misteri dimana kedua-dua hanya mengesyakki pasangan masing-masing ada 'affair'. Akhirnya filem ini tidak langsung menunjukan wajah kedua-dua suami-isteri mereka (hanya melalui suara latar.) Cerita hanya berkisar disekitar 'syak' yang boleh melibatkan 'dendam'. Walaupun filem ini berjalan agak perlahan, pengarah, Wong Kar-Wai ini mengarah dengan penuh teliti dan menggunakan teknik pengambaran yang 'magnificent' tanpa perlu menyelitkan sex melampau sudah cukup menyetimkan penonton dengan aura sex dan 'jantina ekstrim' kedua-dua hero dan heroine.  Amoi seksi dengan cheongsam sesungguhnya boleh menegangkan konek penonton.

Pengarah berjaya dengan 'cock teasing' tanpa perlu babak-babak sex dan ciuman dasyat seperti dalam tiga filem terawal. Tetapi tetap menaikkan syahwat penonton.

Dari keempat-empat filem di atas dapat disimpulkan bahawa dalam suasana realiti sebenar - perasaan cinta manusia sesama manusia (berlainan jenis pastinya) tidak boleh kita ketepikan sama sekali.  Affairs ada dimana-mana dan boleh berlaku bila-bila masa dan detik.  Mungkin sebab dendam, mungkin sebab mereka yang terlibat kawan lama yang 'ditemui' semula melalui facebook, mungkin takdirnya nak jadi demikian sebagai ujian Allah SWT, mungkin terpengaruh setelah menonton keempat-empat filem di atas. Atau mungkin sengaja nak syok-syok ingin merasa burit atau batang lain. Aku ilham kan posting blog kali ini setelah seorang kawan lama, seorang haji baru saja kahwin dengan awek lama. Setelah 3 tahun membujang dan syok sendiri setelah bekas isterinya 'lari' dengan awek lamanya. Inilah lumrah alam dan berhati-hatilah kalau berlaku insiden yang sama dalam kehidupan kamu. Imagine apa akan terjadi kalau bersama tetiba heart attack di bilik-bilik 335, 235 dan 914 di Shah Motel atau Concorde Hotel. Nahas....