Print Document

Print Friendly and PDF

1 Sep 2009

CERITA-CERITA RINGKAS 1.

Malas nak cerita panjang. Kenapa? Bulan puasa. Nanti tersalah umpat atau kata, kurus puasa. Silap haribulan terbatal terus. Lapar/dahaga begitu sahaja. Baru-baru ini ke Alamanda. Memang ramai manusia sebab weekend yang panjang dan menyambut 1Malaysia/52 tahun 'merdeka'. Yeah, merdeka dengan menonton filem Sarjan Hassan lakonan Arwah P.Ramlee ditayangkan dua kali hari itu (Prima dan RTM 2). Wow. Memang rekod dunia menonton bukan sahaja P.Ramlee, tetapi "James Bond/Intelligence - Holiday" menolong gerilya Melayu tanahair dari keganasan imperialisme Istana Jepun yang laknatullah. Macamlah Melayu tak berjuang bawah tanah ketika itu.

Di Putrajaya ada Capitol Hill sendiri. Atau Putra Hill kata mereka-mereka yang perasan. Bahasa Inggeris pun separuh masak nak mengaku Putra Hill. (Lihat Gambar Atas). Di sinilah 'dasar luar Malaysia' di ukir...hahaha...boleh ke kata 'ukir', lantaklah. Apa pun tempat ini jugak terlihat bertukar-tukarnya menteri luar. Macam tukar baju. Begitulah seriousnya Malaysia melihat dasar luarnya sejak 1957. Pak Lah pun pernah jadi Menteri Luar. Rais Yatim pun sebelum era Semangat 46 dan sesudah masuk balik UMNO. Macam-macam hal...cuma Anwar Ibrahim aje belum jadi Menteri Luar. Itulah dia Putra Hill...aku lebih nostalgic era Ghazali Shafie jadi Menteri Luar...full of substance...

Nanti kita ceritalah lagi tentang Putra Hill..banyak-banyak cerita nanti batal puasa...apa pun untuk pengetahuan Pak Duta-Pak Duta yang berasal dari Kelantan sesungguhnya merupakan yang terbaik dalam sejarah Putra Hill dari era belakang Dewan Bahasa Pustaka hingga la ni...Inggeris mereka special dan berbunyi Jerman. Top tetap top...

Tiada ulasan: