Print Document

Print Friendly and PDF

7 Ogo 2012

RAPAT SETIA DALAM KENANGAN - KEMANA PERGINYA KAWAN LAMA? (PART ONE)

(Edited version to cover the identities of my dear friends).

Rapat Setia merupakan kawasan perumahan bercirikan Syarikat Koperasi Melayu (100% Bumiputera) yang suatu ketika dulu (era Bapak Mertua Rosmah Mansor) sebuah syarikat perumahan kooperasi terbesar di Asia Tenggara.

(Logo Syarikat ini yang direkacipta di Greentown lepas 13 Mei 69 dulu masih lagi digunakan. Nostalgia aku.) Ketika itu syarikat ini menjadi modal kerajaan Perikatan/BN dibawah bapak Najib pasca 13 Mei 1969.

Dulu kawasan perumahan Rapat Setia ini dianggap elit (jika di bandingkan dengan kawasan perumahan berhampiran yang di diami kaum proletar seperti Sungai Rokam dan Kampung Melayu Airport. Kalau tak kerana kartunis negara, LAT dibesarkan di situ pastinya kawasan Sungai Rokam baik sikit dari rumah murah setinggan dan dikuasai keluarga-keluarga Boyan lumba kuda yang sanggup membelasah sesiapa yang cuba mengorat gadis-gadis Boyan yang tetek pejal).  Rapat Setia digelar tempat kakitangan kerajaan pecen menetap.






Bila aku tengok gambar-gambar yang aku ambil daripada internet ini memang 'sebak' di dada.  (Harap diizinkan).  Kebanyakkan rumah-rumah dah jadi rumah wakaf madrasah, homestay, di jual sebagai bunglow mewah atau ada yang terbiar begitu sahaja dan ditumbuhi lalang dan didiami ular tedung senduk.  (Adik beradik Ular Tudung Senduk yang kaki hisap konek).
Apakan daya, dah resam, generasi sekarang (waris) merantau ke bandar-bandar besar. Mereka pastinya enggan tinggal di kawasan arwah mak-ayah mereka pernah pecen. Maka banyaklah rumah di Rapat Setia tertinggal begitu sahaja.  Hilang glamour elit borjuis suatu ketika di tahun 70an dan awal 80an.



Tetapi apa yang aku nak luahkan disini ialah kemanakah kawan-kawan yang pernah gelak ketawa dan gaduh-gaduh kecil suatu ketika dulu?  Ada yang dah di panggil Allah SWT dan ramai yang yatim piatu dan seperti aku, menggangap Rapat Setia hanya tempat jatuh yang perlu dikenang.



Aku ingat seorang B***** yang kaki bola. Kita panggil 'Polong' dan ligat macam polong. Dia juga yang pertama bergirlfriend ke hulu ke hilir ketika itu.  Kami hanya merenung, mengumpat dan menitis airliur kerana tidak berpeluang macam dia. Apit sana, apit sini. Cium-raba dalam bas. Wow. Dengar cerita mereka berkahwin, cuma jodoh tak panjang macam film star Melayu.  Ada seorang lagi kawan nama M*****. Juga terror.  Duduk dengan nenek yang tercantik di Rapat Setia dengan kebaya sempitnya.  M***** ni merantau dari Kelantan.  Memang gedebe. Tapi tetap kawan kerana dia perantau yang baru ke Rapat Setia dan perlukan kawan.  Suka mengorat dan kiss and tell.  Betul atau tidak adventure dia dalam panggung wayang, kami tak kisah. Melopong mendengar dan tegang juga batang. Menitik air liur bergelen-gelen.  Nak buat tak berani.  Dengar M**** bertugas Unit Khas PDRM.  Macam dalam cerita Gerak Khas.  Syukurlah kalau yang dibelasah orang jahat dan Mat-Mat Indon/Bangla yang kuat merompak.



Seorang lagi kawan nama dia A****.  Sekarang orang kuat Pejabat/Jabatan (?) Perikanan.  Settle di negeri Lim Guan Eng. Megah dengan 'mendeling'nya dan gemar mengutuk sesiapa Melayu Malaysia (termasuk aku) yang tidak ada roots Indon sebagai sakai.  Aku tertawakan aje sebab orang mendeling ini memang berpegang dengan konsep isi dengan kuku. Kalau berkawan memang sanggup mati atas nama friendship - walaupun aku selalu usik dia asal-usul Batak makan katak..tetapi kami tetap berkawan. A**** seperti B***** Polong juga ada makwe sekampung.  (S***** anak K****  Orang Kampar).  Juga kehulu kehilir tapi tak ada jodoh. (Mungkin konflik Mendeling vs Kampar, Banjar, Rawa dll) Peliknya, (kuasa Allah SWT), kedua-duanya berkahwin hari yang sama - A**** dengan H***** dan S***** dengan H******.  Kuasa Allah SWT memang HEBAT. Masing-masing tetap panggil spouses masing-masing N** dan M**. Amin. 

Seorang lagi A**** memang Perak totok. Puasa seminggu sebab jadi PTD dan ditugaskan ke Wisma Putra. Tetapi di awal 80an dia meninggal akibat accident di Seremban. Al Fatihah. Kalau masih hidup sudah pasti TYT Duta di mana-mana. Kuasa Allah SWT. Ingat lagi tiap kali hari raya selepas dia arwah, mak ayah (sudah pun berjumpa A**** di akhirat) dia akan mencium aku. (Teringat anak mereka gamaknya walaupun A**** hensem lagi.  Dan aku teringat the best lontong arwah Mak A**** sediakan di Hari Raya pertama).

Seorang lagi kawan, Z***** yang kini orang kuat Telekom. Kesian dia 3rd grader waktu SPM tapi bertungkus lumus selepas tu, masuk engineering UiTM dan terus belajar di luar negeri - Carbondale.  Jadi jurutera eletrik yang membangun atas titik peluh dan kerajinan. Kalau semua Melayu macam Z*****, aku pasti tidak ada competition dengan bangsa lain di Malaya dan Malaysia.  Melayu malas dan mudah lupa.



Aku juga teringatkan C** ** Manager MAS di Calcutta, Phuket dan Brunei.  Sekarang di KL. Baik orangnya dan artis yang boleh melukis watercolor dengan sempurna. Dia akan melukis gambar-gambar kekawan baik aku ketika itu. (Ada 3 - LRMR, NH dan FJ).  Malangnya arwah emak telah mengoyak semua gambar-gambar yang dishellac rapi itu kerana dah lama arwah emak geram dan anggap 'haram' diletak kat dinding bilik. Kalau tidak dah jadi antik lukisan itu.

Ada beberapa kawan baik juniors - A*** yang mirip Mat Sentol.  M** T*** (sekarang - dulu kita gelar dia M** T***). M*** N***** yang sanggup berbuka puasa kalau dibelikan air tebu. Y** C**** yang obssess dengan radio frequency tinggi.  R*** A******* yang 'mencipta' parcel A Putrajaya dan Istana Keadilan juga di Putrajaya. Kaya raya sebab masih mengekalkan sikap haji bakhilnya.  Aku bersyukur kerana Allah SWT telah menemukan kami (R***, M*** dan M** T***) di Mekah musim haji 2011. Semuga kami di anugerah Haji Mabrur. Unik dan menarik bila Rapat Setia friends berkumpul di D' Saji dan pekena teh tarik berhampiran Masjidilharam.





Kemanakah perginya mereka?  Sahabat yang pernah mengisi ruang hidupku di tahun 70an.  (Era 'kencing malam' kerana mimpikan kekawan wanita).



Mana menghilangnya S*** F***** yang ramai adik-kakak comel-comel. (Sharifahs manis), M** S**** yang sanggup pecut 130km sejam di Rapat Setia (yang juga ada dua orang kakak manis. L**** Z***** (yang ada adik-adik lawa anak-anak M** C** J** parti disko dan ayah mereka  Z****** senyum). M****** dan S**** dalam ingatan sokmo.

Kemanakah menghilangnya M** T*** (rumah sebelah M** S****) yang cool naik basikal secara slow. Masih hidupkah ayahnya yang garang dan riuh kedengaran marahnya ke rumah saya. Dimanakah adiknya yang lawa Chinese look. (lupa nama). Sedeh mengenangkan semua kawan-kawan ku di Rapat Setia. Nanti aku sambung lagi. M****, adiknya arwah N****, H***** (B**) mantan tauke Protasco, P*** sepupu R***, J*** Melayu Insuran, A* kaki buat anak, S********* & D****** Mendeling, K**** A***T*** bukan Hang, D** P*****,  B***** menantu M****, M** A**** askar pencen anak arwah Mat Isa, B**** kelentong dan ramai lagi.  Semua penghuni tempat unik bernama RAPAT SETIA, IPOH. I luv u all.

Tiada ulasan: