Print Document

Print Friendly and PDF

31 Ogo 2012

MERDEKA AKBAR 2012

Setiap kali datang 31 Ogos selepas 1957, kerajaan dan rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan.  Cuti awam dan perarakan pasti dilakukan.  Sama ada di Dataran Merdeka atau di tempat lain. Hari Merdeka memang penuh bermakna.  Terutama kepada kerajaan Malaysia. Tahun ini Hari Merdeka jatuh pada hari mulia, hari Jumaat. Syukur.  Mengapa tidak diarah para ulamak atau tok guru tafsir untuk declare Merdeka pada setiap hari Jumaat sebagai Merdeka Akbar seperti Haji Akbar. Baru best. Reka aje, pahala berlipat ganda, wajibkan kenduri besar-besaran dan sebagainya.

Sebenarnya 31 Ogos 1957 jatuh pada hari Sabtu. Hanya pada merdeka 1962, iaitu 5 tahun kemudian, Merdeka Akbar di sambut pada hari Jumaat. Sejak 1962, Malaysia menyambut hanya 7 kali lagi Merdeka Akbar (1973, 1979, 1984, 1990, 2001, 2007 dan tahun ini) dari 55 kali Merdeka disambut. Aku bersyukur dapat menyambut Merdeka Akbar pada tahun ini di dataran merdeka.  Diarah oleh bos-bos di pejabat untuk mengikutinya.  Kalau tidak mereka merdeka/bebas untuk mengambil tindakan disiplin. Bangga kerana memang unik. Unik kerana berbilang kaum.  Unik kerana buat pertama kali Ketua-ketua Jabatan turut berarak membawa bendera.  Berpeluh-peluh mereka dengan baju yang dikhaskan untuk mereka.  Unik kerana tidak ada insiden-insiden buruk. Unik kerana warna-warninya mengalahkan filem Hindi. Terkawal dan selamat.  Syabas PDRM.  Syabas Special Branch. Syabas rakyat Malaysia yang berdisiplin. Syabas kepada konduktor bendera yang berjam-jam melambai jalur gemilang agar di follow oleh mereka yang terlibat.

Sekali lagi aku bangga kerana kita menyambut Merdeka Akbar dan hanya pada tahun 2018 baru kita berpeluang sekali lagi menyambiut Merdeka Akbar. Aku sempat berJumaat dan khutbah juga menceritakan wajibnya bersifat patriotik.  Sayangkan negara. Dan cherish merdeka yang dinikmati.  Syabas Imam yang membaca khutbah itu. Sepatutnya dikaitkanlah Merdeka dan Jumaat yang Akbar tahun ini. 

Tahun 2018, Malaysia akan menyambut Merdeka Akbar ke 61.  Aku yakin Rosmah dan Najib akan menyambutnya dengan penuh janji-janji baru yang ditepati. Syukur. Allah hu Akbar. Malamnya akan berlaku Twitter dua billion.  Rekod baru dunia. Dan Sasterwan Negara, A. Samad Said akan tetap mencuba membaca puisi merdeka dia di dataran merdeka dan dihalang PDRM dan Venus Williams akan tetap tewas round kedua/ketiga terbuka tennis US.  Apapun, aku doakan tiap-tiap 31 Ogos sehingga tahun keramat 2018 diperkukuhkan dengan unity rakyat Malaysia di bawah panji-panji Barisan Nasional.  Hidup UMNO. Insya' Allah.  Sambutlah dengan laungan Merdeka Akbar, Merdeka Akbar, Merdeka Akbar 61 kali. I LOVE MALAYSIA.








Tiada ulasan: