Print Document

Print Friendly and PDF

27 Ogo 2012

LAGU ITU KENANGAN..KEKAL HINGGA ABADI. (PART TWO)

Janji di tepati.  Ini bahagian dua lagu-lagu lama yang sentimental habis serta menjadi kenangan abadi yang tak lekang dek hujan dan luput dek panas.  Dalam banyak-banyak lagu Indonesia, termasuk Dapatkah (Kapankah) oleh kumpulan Mercy's,aku paling sayang dengan lagu Diam Diam Jatuh Cinta  versi Wiwiek Abidin dan juga D'llyod.  Memang sukar dilupa era dulu-dulu.  Seringkali jatuh cinta secara senyap-senyap dan tak berani berterus terang kerana 1. Mak tak kasi takut bunting anak orang 2. Takut kena reject kerana perempuan biasanya matured dulu dari lelaki.  Bulu mereka tumbuh lebat awal dari lelaki. 3. Dulu bukan zaman SMS, E-Mail, Twitter, Facebook dan sebagainya.  Nak ngorat kena direct approach.  Harap orang tengah kekadang orang tengah sapu/jilat dulu.   Jadi lagu ini lambang era itu. Hendak tapi takut.

 
 
 
 
2.  Kalau orang Malaysia selepas era pop yeh yeh mula meminati pop Indonesia, (70an) hanya di waktu Iklim mendendangkan lagu Suci Dalam Debu (1991) barulah ada sedikit appreciation oleh Indonesia terhadap lagu dari Malaysia.  Lagu ini bukan sahaja berhantu di Malaysia, malahan turut menghantui rakyat Indonesia dan Saleem terus meletup di Jakarta dengan lagu 'Tayamum'nya. Kalau tak silap aku satu lagi lagu lain yang turut menghantu-rayakan rakyat Indonesia ialah Isabella Search. Aku tak beberapa minat lagu ini walaupun model music video ketika itu, Julia Rais, fit to be a Queen. Apapun lagu ini mengingatkan aku betapa class struggle juga melibatkan cinta.  Mungkin si borjuis dengan si proletar.  

 
3.  Antara lagu Inggeris yang sentimental giler serta mengukir nostalgia silam ialah Feelings oleh Morris Albert yang kemudiannya melahirkan ratusan cover versions.  Satu lagi ialah You're My Everything yang mula aku dengar ditahun 1978.  Parti rumah kawan baik aku, LRMR yang aku sedari sudah kehabisan jodoh kerana bakal suami dia pun turut hadir.  Kemudian dia cuba gookan aku dengan sepupunya ZMZ, yang kemudiannya aku sedar 'bohsia' era 80an.  Apapun tiap kali aku dengar lagu ini aku pasti teringatkan LRMR dan ZMZ.
 
 
 
5. Kemudian aku jugak terhibur dan terlentuk dengan lagu-lagu Eddy Hamid yang begitu mengasyikkan. Memang terlena dibuatnya.  Banyak lagu dia tetapi aku paling syok dengan lagu ini ketika aku baik dengan seseorang di INTAN yang namanya sama dengan isteri aku. Allah SWT maha berkuasa.  Berkat doa aku suatu ketika dulu diberiNya dua orang wanita dengan nama yang sama. Malangnya, juga dengan hikmah Allah SWT, memang hampir-hampir menjadi.  Kalau tak akulah satu-satunya di dunia yang ada dua isteri dengan nama dan ejaan sama.  Cuma 'binti' aje lain.  AAH dan AB.  Lagu ketika menrindui seseorang...(sekarang sudah jadi Mak Jan SI AB) ... mungkinkah doa akan termakbul juga akhirnya?  Rindu Serindu-Rindunya oleh Spoon.
 
 
 


 (Nanti aku sambung dengan 5 lagi lagu yang reminds me of 3 international friends - Vietnam, Thailand dan Laos.  Semuga mereka diberi hidayat untuk memeluk Islam satu hari nanti).

Tiada ulasan: