Print Document

Print Friendly and PDF

14 Feb 2013

25 PERSONALITI PALING HEBAT DI MALAYSIA (BAHAGIAN 1)

1. YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Tokoh ekonomi dan pendidikan yang aku anggap sebagai genius Melayu campuran Turki. Lahir 28. 1. 1922 di London. Pengasas TABUNG HAJI dan ANGKASA. Hebat dan sukar nak cari ganti. Kini dan selama-lamanya cuma bila aku menghadiri kursus haji di masjid Subang Jaya satu ketika dulu si penceramah (yang ibarat setitik air jika dibandingkan dengan lautan ilmu Ungku Aziz) terus mengecam hebat dan ‘menghukum’ si genius kerana enggan ke Mekah. Sedeh aku.






























2. Dato' Sharifah Aini binti Syed Jaafar yang lahir 2. 7. 1953 bagi aku merupakan penyanyi paling gemilang pernah di lahirkan di Malaysia dan bergelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Mula expose dengan memenangi juara menyanyi di Singapura tahun 1968 dan EMI ‘hijack’ dia menjadi recording artis tahun 1969 dengan Seri Dewi Malam. Mengisi ruang gossip di era internet masih dalam perancangan Allah SWT, aku masih ingat kisah ‘putus tunang’ dengan pilot/pramugara (?), berkahwin dan bercerai dengan tokoh musik, declared bangkrap dan akhir sekali perbicaraan sensasi menentang penyanyi sama hebat, Siti Nurhaliza. Apa pun seperti Ungku Abdul Aziz yang bertapak di Johor, Sharifah Aini tetap top of the top.





























3. Walaupun Dato' Haji Rahim Razali yang lahir di Batu Gajah, Perak pada 3.7.1939 ini seorang individu yang versatile sebagai pelakon filem, dramatis, pengacara sukan, pengarah, penerbit Filem, penerbit TV, jururunding skrip dan penulis terkenal di Malaysia, aku respect old boy Anderson School Ipoh (sekolah terbaik di dunia fana) ini sebagai pelakon, pengarah filem dan pengacara sukan. Ingat ketika dia mengulas hurdler Marina Chin terjatuh di larian 400 meter hurdles Sukan SEA 1977 dulu. Rahim terlalu emosional sehingga RTM terpaksa replay lebih 5 kali dan bernada sedeh walaupun emas tetap jatuh di tangan Malaysia – Lau Kiew-Ee (sehingga sekarang orang masih ingatkan Marina Chin menang Perak dan Lau terus lenyap dalam lipatan sejarah). Rahim juga aku suka ketika mengulas World Cup Soccer dan sentiasa merujuk kepada buku-buku asing sebagai ‘modal’ ketika mengulas. Ada seketika (mungkin jurukamera RTM yang berjaga waktu pagi nak joke) tertangkap waktu dia terlelap di kerusi. Apa pun Rahim juga top dengan filem-filem arahannya. Yang aku paling syok ialah Abang, Tsu Feh Sofiah dan Matinya Seorang Patriot. Lambang ego trip pegarahnya Rahim tetapi disulami a touch of genius yang sukar dicari ganti. Cuma penonton Melayu ketika itu lebih gemar dengan lawak Badul dan filem ringan-ringan yang memaparkan sexy berair burit para pelakon wanita Melayu ketika itu.



























4. Dr Kassim Ahmad. (Tarikh lahir carilah sendiri dalam internet – tetiba aku malas). Aku minat individu ini sejak zaman muda lagi. Memang ‘full of adventure’ si Kassim ini. Ketika itu aku pun terikut-ikut idealisme Marxisme-Leninisme yang di pelopori oleh Kassim melalui Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Beliau merupakan genius dalam bidangnya iaitu ‘sains politik’. Aku kagum dengan ulasan dia bahawa Hang Jebat sebenarnya hero (anti-hero?), aku mengikuti bagaimana dia hampir menang pilihanraya kecil Adun Merbok lama dahulu dan bagaimana ketika PAS dalam BN, PSRM Kassim Ahmad bertungkus lumus ingin memenangi Trengganu dan tewas di kesemua kerusi. Kesian. ISA bertahun-tahun tanpa bicara. Adventure Kassim Ahmad seterusnya berkisar di era ‘anti-hadis’ beliau. Teruk juga ulamak Pusat Islam berbahas dengan ilmu logik beliau. Hasilnya? Allah SWT sahaja yang tahu apa berlaku di Pusat Islam tahun 80an dulu. PSRM dari Malaya ke Malaysia. Aku confuse. Apa pun aku tetap respect individu Kassim Ahmad, amat sukar nak menggantikan orang terpelajar macam dia yang berpendidikan Singapore dan London di tahun 60an. Salute. Dalam era internet dan blog ini beliau boleh tulis ikut sukahati tanpa gangguan ‘ulamak-cerdek pandai’ Pusat Islam. Silakan ke blog ini dan fikir-fikirkan lah http://kassimahmad.blogspot.com/























5. Aku memang sanjung Bai bernama Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh yang lahir pada 28.6.1940 di Kedah. Seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang. Memang legenda dan akan sentiasa diingati sebagai tokoh politik yang mewarnai senario politik Malaysia sejak tahun 70an. Aku masih ingat ketika di tampar oleh seorang bomoh (arwah) sekitar 80an, arwah membela diri dengan mengatakan dia boleh melakukan tampar angin dari jauh dan Karpal menjawab ‘kalau awak ada hantu, akun punya hantu lagi besar’. Seperti Kassim Ahmad dia turut menjadi mangsa ISA. Karpal memang legend dalam politik Malaysia. Kalau panjang hayatnya aku pasti lama lagi kita akan mendengar antics si Karpal Singh – Bai tanpa serban.









Tiada ulasan: