Bukan ingin bercerita atau mentafsir 786 yang sering digunakan oleh kaum Mamak di seluruh dunia tetapi hanya ingin menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Jika sesuatu di buat berulang kali dan dianggap 'norms' pastinya akan menjadi ikutan. Halal atau haram perkara lain, Halal boleh jadi haram dan haram boleh dihalalkan.
2. Yang mencipta pastinya kreatif dan ini juga anugerah Allah SWT. Tidak boleh disangkal. Cuma popular atau sebaliknya. Setiap manusia ada bakat mencipta. 786 begitu popular sehingga ketika aku di London (tempat Prince Charles pernah bersetubuh dengan "mendiang" Diana) pun banyak restoren Indian Muslim menggunakan 786 di papan tanda restoren mereka.
3. Mungkin setiap manusia berniaga inginkan barangan mereka laris dan 786 mungkin dirasakan mampu melariskan. Aku pernah bertanya kawan bertugas di JPJ, nombor 786 ini merupakan nombor rizab yang mahal biddingnya. Jadi kalau dimulakan sesuatu 'kepercayaan' bahawa sesuatu itu boleh membawa untung (good luck) maka semua orang pasti percaya serta yakin.
4. Perkiraan 768 samada betul atau khurafat semuanya terpulang kepada individu. Tetapi kalau masih popular maka sifat manusia ialah apabila yakin sesuatu maka itulah yang jadi ikutan. Kalau menyokong sesebuah parti politik, letak manusia sifat anjing sebagai calon pun pasti menang. Lepas menang YB melompat parti dan memberi sejuta alasan kecuali jutaan RM yang disogok kepadanya pun orang akan percaya. Babi. Sial.
Itulah 'cerita' 786. Yang percaya terus percaya dan yang menolaknya sebagai khurafat akan sentiasa berbuat demikian. Bagiku restoren mamak yang 'beramal' kepada 786 akan terus melambangkan kuasa kapitalis kaum mamak yang sanggup 'tutup kedai' ketika sembahyang Hari Raya sahaja dan seterusnya 24 jam sehari termasuk Sabtu dan Ahad. Kalau seluruh tuan punya restoren mamak di Malaysia bergabung dan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya up for sale, aku pasti mereka akan dengan mudah membelinya dan dijadikan Bistro 24 jam menjual beriani paling mahal di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan