Print Document

Print Friendly and PDF

23 Ogo 2012

ADA HATI NAK MEMERINTAH?

Baru-baru ini balik ke "Serambi Mekah".  Wow. Suasana macam nak pilihanraya esok.  Ratusan ribu bendera parti-parti politik yang berhasrat memerintah Kelantan kelihatan dimerata  tempat.  Paling obvious bendera PAS, BN dan UMNO.  Sekali-sekala ada juga bendera PKR. (Mungkin kalau di Kelantan sekadar menyelit "unsafe seats" dan kalau menang pun "offfer" diri jutaan ringgit lalu lompat katak dan keluarkan kenyataan 'menyesal' menyertai PKR dan berbaik-baik dengan PAS. Bersama jutaan alasan munafik).

Tetapi yang sedehnya, bendera yang tercacak sejak dua tahun lalu semakin daif kelihatan.  Hidup segan mampus tak mahu.  Sedeh jugak melihatnya, orang putih kata "eyesore".  (Menyakitkan mata dan mungkin "heart sore" - menyakitkan hati). Upah budak-budak dadah mencacak bendera-bendera ini, inilah jadinya.  Asalkan cacak. Kalau diarah cacak kat jubor anjing pun akan mereka lakukan. Bodoh dan tak ikut kesopanan langsung.  Ada sampai ke atas pokok tinggi. Kalau jatuh macamana?  Lebih baik putus jari main mercun seperti yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak Pantai Timur. Ada juga machoismenya. 

Inikah caranya nak memerintah.  Samalah tu, PAS atau UMNO semua haprak. Bendera cabuk dan dah reput tidak diganti. Mungkin, wang untuk ganti sudah disonglap awal lagi. Cuba kita tegor mereka ni.  Pasti 1. kita tidak dihiraukan. Ego bagaikan  iblis. 2. kita dicemuh. Nasib tak baik dipukul dan mungkin dibunuh. 3. dimaki hamun termasuk mak-bapak kita dan mungkin kucing kesayangan atau burong dalam sangkar dibakar hidup-hidup. 4. jatuh hukum serta fatwa mereka lakukan perkara harus, kita menegur perkara haram dan halal darah kita. Soalnya, inikah caranya nak memerintah, negeri dan negara. Hancur rakyat, hancur pengundi.

Tiada ulasan: