Print Document

Print Friendly and PDF

28 Ogo 2012

AF DAN GADIS-GADIS MANIS. (TINGGAL KENANGAN)

Aku masih ingat selepas Fenomena Asia Tenggara, Mawi menjuarai AF3 dalam tahun 2005 lalu, dua orang berpendapat bahawa itulah klimaksnya Akademi Fantasia.  Kawan aku (arwah) dari Johor Baru dan M.Nasir bertanya : Adakah AF selepas Mawi?  Aku termenung sejenak dan tidak begitu yakin dengan pandangan tersebut.  Bagi aku, AF dan 'life would continue' after Mawi. Tetapi apabila Faizal Senyum Sokmo AF4 dari negeri mercun putus jari menang AF 2006 aku semakin pudar dengan AF.  Sehinggalah seterusnya, aku hanya mengikuti ketika grand finals sahaja. Dan terus reminisced Mawi the Great.  (Dengan 13th Notenya yang sering aku 'bincangkan' dalam ruangan chat.  Banyak juga kredit aku habis ketika itu). Tetapi dalam mengimbau nostalgia Mawi dan AF, aku kena salut beberapa peserta wanitanya yang menarik-tetarik dan best-best.  Selain Heliza AF5 mata petai dan Farhan AF4 suara blues ada beberapa yang worth mentioning yang aku cinta dan sanjung. Antaranya:

1.  Salima AF4.  Wanita pertama bertudung sebelum Heliza.  Manis dan pentingnya, voluptious (montok & mengghairahkan).  Paling untung suami dia.  Pasti macam kata juara Maharaja Lawak Mega - Beranak 6 bulan sekali pun sanggup.  Suara quite ok tetapi mungkin kurang mendapat sambutan dari penonton. Terutama dari Perak.  Mungkin ketika itu Minah bertudung belum boleh diterima dan hanya bertuah ketika Heliza bertanding.  Dengar ada album Kisah Kasih terbitan 2008. Well done dan harap Salima success.  Jangan downkan orang Perak. I love you.



Bagiku, kedua-duanya menarik dan aku sayang.  Why? Kerana mereka menutup aurat.  (Correct me kalau ada yang tutup aurat di AF selepas Heliza dan Salima). 

2.  Farah AF2 Breep-Breep.  Ketika itu free hair. Aku admire dia sebab dia ada disiplin anak Melayu yang turut kata Mak-Ayah.  Dulu sering melihat dia lunch dengan Mak-Ayah di sekitar Putrajaya.  Memang cantik dan untung suami dia. Ketika menjadi host Makanan Halal Nusantara memang professional. Aku suka kerana setiap yang dimentah kedarah adalah 'sedap'. Bertahun-tahun aku duduk di Laos dan Thailand, aku tahulah, tak semua makanan yang dipelahap Farah itu 'sedap'.  Skrip kata 'sedap', makan 'sedap' lah jadinya.  Apapun aku respect si Farah yang ada kesopanan artis Melayu yang aku idealkan.  Semuga popular ke anak cucu. I love you. 



3. Saida.  Ketika era isteri orang dan mak janda tua dibenarkan bertanding aku paling sayang Saida AF6, kakak Siti Nurhaliza yang juga cantik, menarik dan tetarik.  Walaupun tidak dapat bertahan kerana mungkin tidak sepopular Siti tetapi dia berjaya lahirkan impact yang dasyat.  Cantik kau Saida dan I love you so much. Rugi kalau 'dilepaskan' suami. 






4.  Tiga gadis Non Malay yang aku paling sayang ialah Marsha (AF3), Linda (AF2) dan Karen (AF4). Marsha dan Linda merupakan beauties Malaysia Timur sementara Karen pula beauty Pantai Timur.  Apa pun mereka mempunyai followers tersendiri walaupun Linda dan Marsha ke finals sementara Karen separuh jalan.  Kehadiran mereka melambangkan keunikan 1Malaysia yang Barisan Nasional dah lama impikan.  Hidup UMNO.  Semuga gelombang biru melanda negeri Karen kali ini. Dan pembangkang jangan harap nak conquer Malaysia Timur.  Pantang aku. Ketiga-tiga mereka juga lambang ketiak masam-masam lazat.


5.  Apapun , hanya selepas hampir lima tahun AF bermula barulah menang wanita.  Bernama Mila, sememangnya dia layak.  Cantek molek dan menawan.  Simbol fantasy para 'sugar daddy' dan syukur Mila bukan type jadi anak ikan.  Aku memang sayang Mila.  Dan setiap kali keluar dalam iklan supplements memang cantik walaupun 'kecil'.  Kecil si Mila ini semangnya mengasyikkan.  I love her dan selalu menonton betapa professionalnya dia ketika beraksi di pentas secara live.  Kepada para 'sugar daddies' hopefuls - dream on. Tak kan dapat punya. Untung bakal suami awak.

Tetapi kalaulah Abby Abadi masuk AF.  Aku pasti berhabisan kredit untuk mengundi dia.  Sememangnya cantik.  Gambar dari Utusan yang nak disamannya.  Cantik Abby, janganlah sia-siakan bakat (dan kecantikan, keayuan) awak dengan berpolitik. I love you.

   

Tiada ulasan: