Print Document

Print Friendly and PDF

19 Jun 2014

25 PERSONALITI PALING HEBAT DI MALAYSIA (BAHAGIAN 3)

10. MAWI.  Biarlah umum mengatakan hamba Allah ini sudah tidak laku lagi.  Bagi aku perkataan FENOMENA “best describes him”.  Teringat tahun 2005 ketika Mawi muncul. Satu era yang tidak akan aku lupakan. Akademi Fantasia siri ketiga dan minggu AF3 datang ke Putrajaya, hanya ketika Ustaz Azhar Idrus mengadakan ceramah PAS menjelang pilihanraya 2013 sahaja dapat menandingi pesembahan dan bilangan penonton datang menyaksikan Mawi di Putrajaya dalam tahun 2005.  


MAWI, IKIN DAN JUNIOR
INA - BEKAS TUNANG MAWI


Banyak menggamit memori.  Teringat seorang jejaka yang kata omputeh dari “humble beginning” berasal dari Kulai, Johor dan lahir Ogos 1981 ini menjadi FENOMENA dengan undangan ke show show pentas oleh ratusan jemputan. Teringat bagaimana UMNO heret ke hulu ke hilir seolah-olah dia mampu meraut undi.  Teringat juga Titah Sultan Johor agar Mawi jangan putus tunang dengan Diana.  Macamana TV “berlawan” siaran antara siaran langsung perkahwinan Siti Nurhaliza dengan “forum” Mawi-Diana. Siaran langsung Mawi kahwin Ikin. Dasyat-dasyat. Teringat juga bagaimana artis-artis lain yang mengutuk dan memprelekeh Mawi kerana anggap dia competitor dan dengan sifat syaitan dirasuk iblis begitu juga ruangan chat ASTRO yang begitu popular member komen negative-positive mengenai Mawi dan bagaimana misteri seorang AIDIET dengan “memuja” Mawi menggunakan note ke 13 yang disuarakan oleh Mawi.  Apapun Mawi tetap dalam ingatan dan AF tidak lagi serancak ketika Mawi menerajui juara siri ketiga itu.  Mungkin Mawi tidak sehebat suara Nabi Daud tetapi FENOMENA Mawi tahun 2005 tetap ku kenang.

Kekadang terfikir "what if" dalam hati nakal aku. Apa kata Mawi tak putus tunang dengan Ina dan meneruskan berkahwin dengan Ina.  Berapa anak mereka? Dapat ke Mawi Dato negeri Johor kerana tidak engkar titah Sultan.  Kind of wonder and hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.















11.  DR. ZETI AKHTAR AZIZ.  Like father, like daughter.   Ungku Aziz terror Zeti pun terror.  Ada seorang kawan sampai anak perempuan dia pun dinamakan Zeti.  Tapi tak le sehebat Gabenot Bank Negara sejak tahun 2000 ini. Dah lama tengok duit kita ditandatangani oleh Zeti. Memang payah nak “jaga” wang Malaysia.  Dipinjam dari sebuah blog. Sumbangan Zeti:
·                      She had successfully play a vital role in the development and implementation of monetary policy and at the same time ensure the financial system stability of Malaysia
·                     Able to handle the transformation of country's financial system in order to be the strongest and respected financial system and increase the contribution of small and medium enterprises(SMEs) in Malaysia
·                     Actively persistence shape the future of financial cooperation in Asia and become the most important person to emerge economics in international level
·                     Promote the regional integration by be a leader in Pasukan Petugas Mesyuarat Eksekutif Bank Pusat Asia Pasifik Timur (EMEAP) on discussing the regional cooperation among Asian central banks
 ·                     Actively involved in the development of Islamic finance until more than 100 institution either domestic and international stage in Malaysia
·                     Islamic banking increase highly by three times to 21 percent.

Apapun semuga lebih ramai wanita “Melayu” menjadi tokoh seperti Zeti.  Apa pun bukan sahaja anak, aku akan cari jugak bini bernama Zeti.




















13.  NOOR AZIZAH.  Antara pelakon melayu yang muncul pertengahan 60an yang paling aku minati ialah seniwati Noor Azizah. Orang Perak. Memang cantik dan muka “gadis Melayu”.  Mula berlakon dalam filem Dayang Senandong ketika berumur 19 tahun.  Banyak jugak gossip mengenai beliau tapi tak perlulah diceritakan disini.  Apa pun walaupun lakonan Noor Azizah biasa-biasa aje aku suka dengan sopan gadis Melayu dia. Terutama bersama Arwah Ed Osmera dalam Kembang Layu yang banyak di censor sebab ketika itu (1970) sedang experiment dengan filem unsur sex. Ada kawan kata dia ada kaitan dengan Sungai Rokam, Ipoh.  (Kampong Boyan – Laobe).  Apa pun tetap meminati beliau.  Semuga berlakon semula hendaknya macam watak Puan Zaiton dalam filem Soal Hati Erra Fazira. Best.


(SUNGAI ROKAM YANG SENTIASA DALAM KENANGAN. ARWAH MAK SAUDARA DAN SEPUPUKU PERNAH MENETAP DI SANA.)




Tiada ulasan: