Print Document

Print Friendly and PDF

6 Ogo 2012

A TRIBUTE TO MASJID RAPAT SETIA, IPOH - (TINGGAL KENANGAN).

Ini masjid utama di Rapat Setia, Ipoh. Walaupun banyak masjid serta surau dibina selepas kawasan perumahan ini meluas di tahun 90han keatas, masjid Sultan Yusuff inilah yang wujud sejak Rapat Setia kawasan lama terlaksana. Masjid ini nostalgia dan gambar diatas 'diambil dari blog khas masjid ini.  Sungguh rajin pengendali blog ini. Semuga mendapat ganjaran postif dari Allah SWT. http://www.masjidsultanyussuf.com/ 

(Aku minta izin dari jurufoto masjid ini.  Suatu hari nanti aku akan ganti dgn gambar aku sendiri kalau ada kesempatan berkunjung ke Rapat Setia.  Aku kini dah yatim piatu).

Bagiku masjid ini penuh nostalgia.  Di tahun 70an majlis berbuka puasa (makan free) hanya diadakan empat kali sepanjang Ramadan. Pada setiap petang khamis malam jumaat.  Tak sabar menantikan saat-saat seminggu sekali itu.  Jemaah tak ramai jadi hidangan memang mencukupi.  Makanan tak le lazat mana tetapi nikmat selera makan dengan kekawan dan adik beradik memang lebih dari mengadakan seks dengan sepuluh janda. Ketika itu tak guna caterer.  Hanya dimasak oleh isteri-isteri jawatankuasa masjid.  Home cooking. Tak ada complaint. Kalau ketika itu dah ada caterer pasti banyak penipuan - sakit perut, food poisoning, makanan basi, guna air paip tak masak dan sebagainya asalkan untung dan hasil kroni masjid. Ketika itu, makanan memang dijamin bersih.  Utamanya, menyelerakan.

Yang lagi best ialah curi-curi hisap rokok selepas berbuka. Juga 'nikmat' walaupun haram.  Ketika itu fatwa 2002 belum dikeluarkan dan TV masih menyiarkan iklan rokok Du Maurier dan 'sumber inspirasi'.  Masjid ini juga banyak berubah dan warna sekarang memang 'horror'.  Mungkin selesa dimata malaikat. Dulu kuning muda yang nyaman. Tak taulah AJK mana yang mencadangkan warna tersebut. Pengecat kroni jugak gamaknya? Apapun kali terakhir aku sembahyang jumaat di masjid ini dah fully aircond.  Sesuatu yang tak terfikir akan berlaku di tahun 70an dulu. Walaupun ketika itu panas, masjid ini tetap menggiurkan bagai di taman raudah.

Pernah juga seketika aku sembahyang raya kat masjid ini dan imamnya, ketika selepas qamat mempelawa jemaah masuk saf, dengan bangga memulakan ucapan dengan nada riak  supaya para jemaah sekelian ikut KEPIMPINAN dia.  Akhirnya,di rakaat pertama terlupa tasbih terus Fatihah, surah dan rokok.  Celaka betul.  Inilah kalau diberkan Cikgu / Gurubesar pencen jadi imam. Tak bertauliah langsung. Lepas tu, boleh tersenyum bangga dalam 'guilty'.  Tak minta maaf pun anak arwah D********* ini. Besar dosa dia sebenarnya tapi dah lama aku maafkan. Waktu emak aku meninggal dalam tahun 2008 dia lah yang datang berkunjung ke rumah mengetuai tahlil arwah emak aku.  Jadi aku dah maafkan dalam diam. 

Masjid ini juga bernostalgiakan tempat kami bermain ping pong tiap-tiap weekend ketika cuti sekolah.  Riuh hebuh dan yang 'menyedihkan' ketika terkenang kini ialah bila masuk waktu sembahyang kami terus beredar.  Kalaulah dari dulu di practice berjemaah pasti menimbun pahala. 

Tetapi tidak lupa juga ketika bermain ping pong kami melihat gadis-gadis rapat Setia yang terkenal cantik lalu lalang dengan basikal chooper kegemaran ketika itu.  Mana perginya mereka ??? - mungkin dah beranak pinak, dah jadi nenek, dah menjanda dan ramai juga anak dara tua kerana terlalu memilih sebab burit perasan mahal. LRMR, S***** (Mem), A***** Cina, N*** (Sepakat Road), A*** (adik LRMR), A*****, L*** Mokhtar, M****** Mak Cik J**, Dr N*****, M****** N. Itam Pajar, adik beradik S******* 1 dan 2 (keturunan Syed ada dua keluarga) dan ramai lagi dah lupa nama. I love you all.  Jodoh memang ditangan Tuhan.  Memang tak ada jodoh dengan gadis Rapat Setia...mungkin mereka tak appreciate kehenseman PANGGIL BURONG atau aku tak pandai menggayat dan hanyut dengan ideal Marxisme-Leninisme-Maoisme 70an.  

Tiada ulasan: