Print Document

Print Friendly and PDF

13 Ogo 2012

5 S MASJID PUTRA




Syukur. Masjid Putra di Putrajaya mengamalkan konsep 5S.  Dalam website Masjid terindah di dunia ini ada diberitakan mengenai Bengkel 5S yang dikendalikan oleh Ustaz Zamzuri (ILIM) - siapa mamat ni? - pada Januari 2012.

Amendenya 5S ni? Kearah Pengsijilan Amalan. Macam ISO la tu. (Gamaknya?) Mana originalnya.  Modify dari ISO. (Macam motivator Melayu yang berselindung disebalik Islam tanpa tauliah Ulamak menciplak dari Steven Coveydalam ceramahnya.) Melayu mana pernah ada originality. Ceduk sini, ceduk sana. Claim milik sendiri. Kalau ada menentang guna bomoh atau upah samseng balun pengeritik. Cuba think out of the box sekali-sekala.

Ikut pemidang di luar masjid 5S stands for Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Tak perlulah aku tafsirkan apa maknanya kelima-lima S ni. Mesti positif maksudnya. Kalau tengok sudut positif semua boleh faham atau guna lojik. Tapi kalau nak negatif dan fikiran kurang sihat - Sisih = sisih mereka yang mengeritik pengedalian petadbiran masjid. Susun = susun database mengenai 'penentang-penentang' ini dan guna "Ulamak" upahan menghentam mereka serta mengeluarkan tafsir-tafsir (fatwa-fatwa)untuk kepentingan mereka. Sapu = sapu bersih duit tabung masjid dan guna kroni untuk kontrak menyediakan masakan bulan puasa dan lain-lain.  Yang bukan sahaja kurang lazat tetapi boleh sakit perut. Seragam = seragamkan semua yang dilakukan untuk kepentingan sendiri dan jangan sekali terkeluar dari Barisan clique yang sedia ada. Kalau tidak dilantik meroyanlah macam yang berlaku di Surau Presint 16 apabila soorang Dato Ketua Superlink (nak bezakan power dia dengan rumah-rumah semi-detached dan bunglow yang didiami oleh kakitangan kerajaan) dan akhir sekali, sentiasa amal= obviouslah, sentiasa amalkan keempat-empat S di atas tanpa unsur belot.

Betul ke 5S effective? Wallahualam.  Apa yang mereka lupa ialah S for SAMPAH yang berSEPAH SENTIASA SAHAJA SELERAK di SEKITAR Masjid.   

Tiada ulasan: