Print Document

Print Friendly and PDF

13 Nov 2009

PENSEL 2B..KENANGAN SILAM.

Pensel 2B meninggalkan kenangan silam yang mendalam bagi diri aku. Aku teringat tahun 1967 ketika aku di darjah lima di Ipoh. Kementerian Pelajaran (?) - mungkin lain namanya ketika itu - menjadikan Peperiksaan Penilaian pertama dalam sejarah compulsory.  Aku jadi mangsa.  Batch aku yang sekarang dah berumur 53 tahun pastinya teringat macamana 'teknologi komputer' digunakan untuk memeriksa kertas jawapan. Mungkin mereka dah pun lupa cerita lama ini.  Maklumlah, terlalu busy dengan kehidupan.  membersar di Ipoh memang banyak ragam. 

Menggunakan pensel 2B.  Ketika diumumkan komputer hanya boleh membaca jawapan objektif dari pensel jenis 2B'utoh' ini, maka aku dan arwah ayah terus ke kedai peralatan menulis di pekan baru Ipoh bagi membeli pensel 2B.  Malangnya taukeh China yang menjual juga turut terperangkap dan tidak memesan stok....ketika itu pun dasar kerajaan bercelaru serta tak tentu arah.  Mungkin atas desakan politik sebelum 13 Mei ketika itu ??? Perancangan tidak di susun rapi seperti yang di ajar oleh imperialis inggeris...apa pun 31 Ogos tahun itu kita gah dengan sambutan sepuluh tahun merdeka dan peperiksaan pun dah mula di jawab oleh komputer yang pastinya bernilai jutaan ringgit yang ditempah oleh kementerian. Apa pun tahun itu menjadi titik sejarah peperiksaan penilaian darjah lima.  Aku lulus cemerlang dan malangnya Malay College Kuala tidak menerima murid tingkatan satu tahun 1969.  (Satu lagi dasar bodoh yang membodohkan lagikan Kolej berkeaan dan sehingga kini ada batch lopong kerana dasar tersebut di rombak balik beberapa tahun kemudian). Aku mengaji di sekolah yang jauh lebih hebat dari Kolek...iaitu Anderson School Ipoh yang tahun ini menyambut 100 tahun usia. Begitulah dasar berubah-ubah...dan apabila kerajaan memasuhkan peperiksaan darjah lima di pertengahan 80han, aku turut bersedeh kerana teringat bagaimana arwah ayah excited mencari pensel 2B di pekan Ipoh, 42 tahun yang lalu.  Tamat la juga satu dasar pelajaran kerajaan ketika itu.  Mengapa darjah lima, mengapa tidak darjah enam ??? hanya puki mak-puki mak yang membuat dasar itu tahu ketika itu.  Yang lalu tidak akan berulang.  Manala tahu, mungkin nanti ada pulak yang mahukan darjah tiga ambil peperiksaan subject nuclear physic di Malaysia.  Pengsan orang Kelantanyang rata-rata otak sastera dan dikir barat.  Kini kerajaan yang menukar ke peperiksaan penilaian darjah 6 masih kekal hingga sekarang.  Yang sama ialah sistem objektif dan pensel 2B macam 'batang dalam seluar' masih menjadi alat penting dalam kehidupan kita.

Tiada ulasan: