Print Document

Print Friendly and PDF

23 Ogo 2012

KANTIN SEKOLAH ANDERSON DALAM INGATAN

Gambar lama kantin di Sekolah Anderson Ipoh ini menggamit memori yang mustahil aku lupakan.  Suasana masa rehat ketika itu amat menyenangkan. Apatah lagi berteduh di bawah pokok Flame of the Forest yang amat sukar terdapat sekarang. Semua ditembang oleh Majlis Bandaran yang rasuah.  Jambatan dalam foto memisahkan kawasan kantin dan kawasan 'no food allowed' serta dikawal oleh prefect/ pengawal murid.  Aku yang 'revolusioner' ketika itu anggap mereka ini 'anjing' sekolah yang reaksioner. Memang benci habis.  Ingat ketika ditingkat 6 Rendah seorang guru Benggali (Bahasa Inggeris) yang aku hormati offer aku jawatan prefect. Aku tolak dengan mengatakan 'I hate prefects, Sir'.  Terkejut beruk Benggali ini (Mr Wryam Singh Malhi).  Tolak secara gentleman dan dia terima secara gentleman.  Walaupun dari raut wajahnya aku tahu dia nak marah.  Kalau terkena Cikgu Melayu pastinya aku kena sepak kerana bersikap "kurang ajar". Cikgu Anderson berbangsa Melayu lah yang paling angkuh ketika itu. Terutama sekali yang menjadi ahli GPMS. Kononnya berjuang untuk kepentingan Melayu.  Tetapi nyata tak ikhlas dan hanya kepingin burit anggota GPMS wanita. Fantasizing their bushy cunts. Ketika itu tak ramai cikgu Melayu yang graduan universiti.  Ada sekerat dua yang bukan dari maktab pasti bongkak, sombong dan haram jadah. Ada seekor tu kalau nak tangkap pesalah dalam darjah guna kertas undi rahsia. Maka mudahle sesiapa letak nama sesiapa yang mereka tak suka. Memang babi si Bond Anderson ni. Ada kes budak-budak Form Six tulis keluhan dalam Straits Times kerana kelewatan menerima biasiswa, si Bond inilah yang sibuk 'menyiasat' siapa yang menulis.  Cara yang sama ala-Mossad Yahudi. Melalui surat 'layang' tanpa nama.  Ada seorang lagi kaki tempeleng untuk mendisiplin. Tapi akhirnya 'insaf' kerana anak lelaki kesayangan dia dua kali gagal SRP kerana fail Mathematics ketika itu dan akhirnya masuk sekolah Vokesional di depan Anderson. Hina dan memalukan beliau. Apa pun berbalik cerita kantin. Ketika itu memang milik China dan kami tak begitu hiraukan halal atau haram.  Walaupun ustaz mengesahkan halal kami memang belasah aje, tanpa was-was.  Mi kari tersedap di dunia dengan fishball dan fish cake yang lazat (entah apa yang dicampur) di kantin sekolah Anderson dalam kenangan. Tak akan berulang balik masa itu.  Satu laluan dalam kehidupan. Cuma, kalau diberi peluang sekalipun balik ke zaman 60-70an di Anderson, aku tak akan jadi prefect - masih aku anggap anjing sekolah.  Apa pun aku kena tribute dan salut buat arwah Puteri Asmah yang mengajar Bahasa Malaysia dengan sabar ketika aku tingkatan 5.  Sabar kerana karangan aku ketika itu semua berbau komunis/sosialis dan entah apa-apa (macam luahan dalam blog ini).  Pening dia.  Tapi akhirnya aku dapat A1 dalam BM 1973. Syukur.  Aku salut Cikgu Puteri Asmah semuga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.  Bahasa penulisan aku dalam blog Panggil Burong ini adalah hasil didik dialah. Tidak termasuk bab maki hamun yang aku belajar dari Cikgu Nadzar yang juga mengajar BM ketika aku tingkatan 3. Juga salut kepada beliau yang masih sihat. http://andersonians-arts.blogspot.com/2011/05/paul-meets-cikgu-mohd-nadzar-in-ss2.html

Tiada ulasan: