Print Document

Print Friendly and PDF

11 Sep 2012

THE 25 GREATEST MALAY MOVIES EVER PRODUCED.

Setiap manusia pasti sudah menonton wayang.  Samada di panggung atau di rumah melalui TV/Video/DVD.  Malahan aku dengar sepupu aku yang bertugas sebagai warden di wad gila Tanjung Rambutan memberitahu bahawa pesakit otak yang tidak merbahaya dibenarkan menonton wayang di compound hospital Taman Bahagia.  Mereka gemar menonton lawak Charlie Chaplin.  Sekarang pun kita boleh download wayang dan tonton melalui notebook atau PC. 

Wayang mampu menghiburkan. Wayang mampu mengkhayalkan.  Juga mampu menyampaikan ideologi, propaganda atau hasut-fitnah director/sutradara.  Sejak di sekolah menengah aku sudah menonton wayang.  Harga tiket 3rd class ketika itu, 65 sen.  Ketika si kapitalis haram jadah belum mampu mencipta ungkapan "ekonomi" atau "reserve" seats (RM 2.00) ketika itu.  Parking basikal 10 sen. Kacang atau kuaci 10 sen.  Hanya RM 1.00 untuk menonton.  Syurga.  Namun, ketika itu arwah ayah yang juga 'kaki wayang' memberitahu di zaman dia menonton hanya 2 sen.

Aku gemar jugak menonton wayang Melayu. Tetapi di era awal 70an filem Melayu sedang melalui zaman merosot pasca-Jalan Ampas dan zaman eksperimen dengan adegan cium dan sex ringan serta cerita kuno ala samurai Shintaro. Tetap hitam putih. Shaw dan Cathay setelah lama menghisap darah pengarah-pengarah Melayu masih enggan keluar modal untuk filem-filem warna warni. 

Sekali lagi, kalau disuruh senaraikan 25 wayang Melayu terbaik, aku pasti tidak semuanya akan sama. Apa pun, ini merupakan senarai the best 25 Malay movies ever made/produced.   Secara jujurnya, filem-filem ini semuanya aku pernah tonton.  Yang belum atau akan ditonton pastinya tidak tersenarai.  Filem-filem baru dan lama seperti Ombak Rindu, Bunohan, Hantu Kapcai dan lain-lain aku belum tonton. Apa pun harap kamu enjoy dan renung-renungkanlah. 


25.  XX-Ray 2. (1995) Arahan pengarah genius dan berbakat era moden, Aziz M. Osman.  Aku memang minat cerita 'time travel' (Contohnya : Siri Back to the Future) sebab kekadang berangan balik masa muda dan merubah keadaan.  Pertarungan Jebat-Tuah sekali lagi di filemkan.  Kali ini dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai Tuah berwajah tua dan muka macam orang selepas kena fitnah. Aziz memang kreatif dan permulaan movie dengan meteorite (taik bintang) digunakan untuk membuat keris Taming Sari, dikaitkan dengan kuasa UFO dan aliens. Versi Jebat lawan Tuah dengan stail kung fu juga kreatif (out of the box). Movie ini best dan kalau ada peluang tontonlah, terutama sekali watak evil sex Ida Nerina yang memang menggiurkan.  Mata petainya dan pertuturan slang anak-anak International School semestinya mantap. Tapi aku juga kagum dengan kecantikan 'ala-Salmah' di tahun 60an, iaitu Lidyawati.  Cantiknya gadis Melayu tanpa perlu sexy tetapi tetap sexy dan mampu keluarkan mazi.
24.  Cinta the Movie.  (2006). Sebuah movie yang menyajikan 5 buah kisah dan setiap watak ada kaitan tidak langsung antara satu dengan lain.  Kebijaksanaan  pengarah Khabir Bhatia.  Aku salut. Tidak perlu aku kupas setiap cerita tetapi cukup memberi pujian sepenuhnya kepada Fatimah Abu Bakar dan Rahim Razali yang begitu 'touching' walaupun kita sudah dihidangkan dengan lakonan Rahim sejak di bangku sekolah lagi (Ingat drama Jejak Bakti yang berlatar belakangkan lagu He Ain't Heavy?  Ramai dari kamu masih dalam buah pelir ayah-ayah kamu.) sejak menjadi host acara sukan RTM. (Tetapi aku tak syok lah menonton watak jahat pro-syaitan dia dalam Tanah Kubur musim baru. Dan cuba mencabul Normah Damanhuri.  Sex tua).  Tetapi kata orang, kalau timbul watak benci terhadap 'crook' dalam filem memang berkesanlah lakonannya. Macam benci aku kepada arwah Salleh Kamil satu ketika dulu-dulu.  Pada tahun 2008 Khabir mengarahkan SEPI.  Rangkaian tiga cerita cinta tetapi ternyata tidak sehebat CINTA, mungkin gangguan Afdlin Shauki yang aku benci.


23.  Labu Labi merupakan filem komedi arahan 'tidak ada ganti' P. Ramlee yang terbaik pernah aku tonton.  Aku nonton di panggung ketika itu bersama abang aku.  Seronoknya kalau ada orang bawa kita nonton ketika itu.  Lawak-lawak dalam Labu-Labi memang sehingga kini aku tidak akan jemu - ketika jadi Tarzan, M.Zain melaung ala-Tarzan dan terus berkata "ai...macam orang bang - azan".  Lucu tengok Tarzan makan belacan. Itulah P. Ramlee.  Apa pun filem tahun 1962 (Separuh Abad usia) ini turut menyindir bangsa Melayu yang kuat angan-angan dan gemar ke bomoh untuk menyelesaikan masaalah.  Koboi dan John Wayne/Jesse James pula melambangkan mentaliti Melayu yang baru 5 tahun merdeka ketika itu.  Namun, angan-angan, guna bomoh, cantas ala-koboi masih wujud setelah 55 tahun merdeka.  Apa pun, Mariani (heroine) memang cantik serta simbol keayuan gadis Melayu yang sesungguhnya kekal kehari ini. 

22.  Setahun selepas merdeka (1958) P. Ramlee dan Lamberto Avellana (?) mengarahkan filem ini.  Yang menarik tentang filem ini ialah 'bantuan' intelligence Mat Salleh selaku gerilya anti-Jepun.  Pemikiran James Bond dalam kepala otak P.Ramlee lahir jauh sebelum Dr. No lahir pada tahun 1962. Bantuan kaum China sebagai informer anti-Jepun. Perpaduan 11 tahun sebelum tercetus 13 Mei.  Dengki Melayu dan melayu belot yang kekal sehingga ke saat ini.  Dengki Jins dengan P Ramlee dan sikap Salleh Kamil menolong musuh. Bijak P Ramlee mengarah filem klasik Sargeant Hassan sehingga wayang ini ditayangkan setiap musim Merdeka. Mungkin tidak realistik mengambil Omar Rojik sebagai chief Jepun jahat tetapi cukup untuk membenci bangsa jahanam yang pernah menyusah rakyat Malaya selama 3 tahun 8 bulan mengikut memori arwah Mak dan Ayah aku yang tidak luput dek hujan. Boikot SOGO dan Aji No Motodan doakan agar mereka terkena tsunami sepanjang tahun. 
 
21.  Ada yang mengatakan filem Azura ini sebagai 'cult movie' cinta anak-anak muda ketika mula ditayangkan pada tahun 1984 ini.  Ketika itu, aku masih teringat bagaimana shooting awal di sekolah berhampiran UiTM di Shah Alam. Nostalgia sungguh. Bagiku lakonan A.Galak paling mantap.  Garang.  Serious dan lambang borjuis/feudal Melayu yang inginkan harta kekal dalam keluarga. Sementara Jamal dan Ojie pula merupakan pelakon anugerah Allah SWT yang diberiNya tiga perkara utama; paras rupa menawan, suara merdu dan bakat berlakon yang mantap.  Syukur.  Tetapi satu unsur yang tidak dapat lari dari filem-filem arahan Deddy M. Borhan ini ialah lagu-lagu menarik dan menjadi siulan hingga 100 tahun lagi.  Apa pun, tema utama Deddy ialah "clash of classes within the Malaysian society"...proletariat lawan borjuis dan dijadikan escapisme anak-anak muda ketika itu dan kini yang idamkan air burit anak orang-orang kaya.

20.  Mungkin kerana imperialis Anglo melarang Melayu mengarah filem berunsur horror atau yang berunsur hantu-hantu Melayu, hanya pada tahun 1957 baru wujud cerita Hantu Jerangkong arahan K.M. Basker. Tahun Merdeka.  Coincident? Tetapi aku rasa imperialis Inggeris takut orang Melayu yang disogok cerita hantu akan terfikir melahirkan pengundi hantu. Inggeris takut dengan kebangkitan PAS di Gunung Semanggol (Hubaya Hubaya) maka pastinya mereka takut PAS belajar teknik pengundi hantu dan memenangi pilihanraya 1955 dan 1959.  Inggeris memang 'thinking beyond' ketika itu. Jadi lahirlah filem ini yang pernah 'di'haramkan' atau mungkin masih di'haramkan' oleh RTM kerana berunsur tahyul. Ampu dan bodeklah for the sake untuk naik pangkat. Tontonlah Zainon yang melambangkan wajah seram Melayu ala-Kelantan di Youtube.
19.  Sayang Anakku Sayang. Aku bersyukur kerana disebabkan ekonomi Malaysia semakin teguh dan mantap di pertengahan 70an (dibawah Barisan Nasional ciptaan arwah Bapak Najib pastinya) maka wujudlah filem warna warni ini di tahun 1976.  Filem pulak eksperimen muzikal arahan legenda Jamil Sulong. Lakonan utama seniwati dari Perak, Noor Azizah, heroine era pasca-Jalan Ampas yang setanding dengan Sarimah, Mariani dan Saloma. Yes.  Noor Azizah merupakan simbol seks Melayu era 70an. Mandi dalam filem-filem arahan Jins Shamsuddin.  Ramai terlior.  Tetapi filem ini tak perlu cameo seperti yang sering dilakukannya tetapi merupakan filem pertama lakonan mantap Aziz M Osman yang diberi award pelakon kanak-kanak terbaik di Asia Film Festival ke 22 di Seoul tahun 1976. Taraf P.Ramlee.  Yang hanya 14 tahun kemudian berjaya mengarah filem Fenomena.  Memang berbakat anak arwah M.Osman (Suzanna) ni.  Syabas.


18. Pada tahun 2003 muncul sebuah filem boxoffice di Thailand yang mencapai taraf antarabangsa.  Ketika itu aku rajin subscribe Astro Showcase dan filem Fan Chan (Gadisku) ini dialih ke bahasa Indonesia dengan lagu-lagu latar samaada digubah khas ikut terjemahan asal bahasa Thai atau digunakan lagu Indonesia sendiri - lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G Ade. Sungguh seronok menonton cerita yang belatar belakangkan  luar bandar Thailand di tahun 80an sehingga aku sanggup menonton berkali-kali sepanjang bulan setiap kali diulang tayang di Astro Showcase.  Tiga tahun kemudian (2006) muncul pula cerita Tentang Bulan yang juga aku tonton melalui Astro Showcase. Filemnya juga nostalgik masa muda dan menyelitkan watak tok mudim (orang Siam tak bersunat dan pasti tak ada watak ini).  Tetapi beberapa babak ternyata diciplak oleh pengarah Ahmad Idham dari Fan Chan macam babak dalam bathtub walaupun filem Thai nyata lebih berani.  Disamping palagiarisme ini, aku tetap puji Ahmad Idham dan kemudiannya Tentang Bulan dijadikan siri TV.  Nasihat: kreativiti penting dan cuba jangan plagiat hak orang lain.  Zaman teknologi moden serba canggih ini kita tidak mudah terlepas seperti terlepasnya lagu Tak Mengapa dendangan Orkes Nirwana yang disadur dari lagu Barat.  Begitu juga Suddenly You Love Me (Termeloes) yang diambil Zurah sebagai Keindahan Pantai.




17. Bukit Kepong(1982) arahan Jins Shamsuddin juga merupakan filem klasik bersemangat patriotik.  Walaupun berakhir dengan 'kejayaan' komunis membakar stesen polis di Bukit Kepong dan baru-baru ini menjadi isu politik di Malaysia kerana ada yang memperlekehkan perjuangan keakhir hayat pasukan polis melawan serangan komunis, filem ini, dengan ucapan PM pertama diawal filem terus ditayangkan menjelang Merdeka 31 Ogos.  Tetapi dengan 'kejayaan' komunis dalam filem ini jelas menggambarkan bahawa pertentangan di musim dharurat dulu adalah krisis ideologi nasionalis lawan komunis.  Bukan China lawan Melayu.  Itu gamaknya mengapa filem ini jarang ditayangkan di TV sejak akhir-akhir ini.  (Masih ramai kaki bodek yang tidak professional di RTM) Tetapi untuk mengarah sebuah filem yang memerlukan prop besar balai polis (mungkin termasuk jamban tenggong sekali hangus) yang kemudian di bakar, aku salut Jins Shamsuddin dan semuga dianugerah kesihatan untuk mengarah filem Birch - Maharaja Lela yang pernah dijanjikannya dulu.

16. KL Gangster (2011) pula merupakan filem generasi pengarah era baru yang aku gelar gen-y yang "lain" cara berfikir mereka. Dialog pun lain sehinggakan penonton merasakan Bahasa Melayu standard adalah sedemikian.  Lain sebab, bahan rujukan serta filem-filem barat dan Asia Timur yang boleh mereka sandarkan juga banyak. Asalkan jangan ceduk bulat-bulat sudah le. Sesiapa yang menonton KL Gangster pasti merasakan seolah-olah KL penuh dengan Gangster yang sanggup berbunuh, bertempur dengan pedang samurai dan kejar-mengejar sekitar KL - Pekeliling, Chow Kit dan Pasar Borong.  Seperkara mengenai filem ini ialah dasar muhibbah tetap ada di mana kepala gangster Melayu berkahwin dengan amoi China (watak tidak muncul). Apa pun 'action pack' wayang ini tidak terdapat atau terfikir dalam filem-filem terdahulu. Darah memancut dan sebagainya.  Diharap KL Gangster II bakal happening. Cuma jangan tunjuk scene merogol beramai-ramai di tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman,KL sudahle.

15. Disamping Labu Labi sewaktu era studio di Singapura, Do Re Mi (1966) merupakan kejayaan P. Ramlee selepas berpindah ke KL. Ceritanya jauh lebih simple dari Labu Labi, mungkin menjimatkan kos, tetapi lawaknya tetap unggul dan tidak boleh ditandingi oleh Bapak Segala Maharaja Dewa Lawak sekalipun. Kalau di ulang sejuta kali sekalipun akan ketawa. Do Re Mi memaparkan marhen kosmopolitan mencari makan di kota.  Sekali lagi P Ramlee mendahului zamannya dengan 'video clipping' jual ubat yang begitu bercirikan MTV.  Syabas juga kerana membawa unsur harmoni antara kaum 3 tahun sebelum 13 Mei 1969. Seolah-olah P. Ramlee boleh membaca future seperti dia membaca tahap mana UMNO sebenarnya dalam Pendekar Bujang Lapok. Nostradamus pengarah filem Melayu.   

14. Aku pilih Bujang Lapok (1957) lebih baik sedikit dari Do Re Mi kerana Do Re Mi diarah zaman P Ramlee kurang budget dan dianggap oleh tauke-tauke lamanya sebagai 'kehabaisan modal' serta era studio Jalan Ampang yang 'marang sekeper' selepas 'penghijrahan' P. Ramlee ke KL. Tidak perlulah kita ceritakan panjang lebar peristiwa 'penganiayaan' yang di alami P Ramlee ini.  Cukup sekadar memberi amaran diharap tidak berlaku lagi dimasa akan datang. Bayangkan Melayu Penang terpaksa 'berhijrah' ke mainland  kerana 'dihalau' oleh kesempitan ekonomi, menyesal tak sudah mengalahkan Ibrahim Saad satu ketika dulu. 

Cerita Bujang Lapok ini, seperti Do Re Mi menceritakan tiga sahabat yang mengharung hidup sebagai marhaen kota untuk survival. Escapisme kedua-dua filem ini ialah, hidup secara 'halal' di kota masih boleh dilakukan tanpa menjadi gangster. Samseng. Scene paling touching ialah apabila P. Ramlee mengekori wanita yang pau dia dan mendapati dia terdesak dalam hidup tetapi tidak mau jual burit atau membiarkan burit dijilat. Tipu tetap tipu. "Inilah sandiwara dunia". 

13.  Satu ketika dulu aku begitu meminati Sheila Majid yang pada penampilan awal begitu cute dengan lagu Pengemis Mudanya. Cantik dan ada aura gadis Jazz yang dipenuhi sex.  Watak Sheila dalam Ali Setan hanya sedetik cuma tetapi aku sanggup ke panggung dua kali menonton Ali Setan walaupun kisah Azmil mengorat Ojie dalam keretapi dan berunsur multiracial dengan adanya students berbagai kaum adalah ciri utama filem Melayu sejak era P Ramlee lagi.  Romance antara Azmil dan Ojie juga mengnostalgiakan zaman students.  Cameo Sujiah Salleh, pensyarah yang pernah mengajar aku erti berkomunikasi juga menjadikan filem ini memorable. Apa pun aku salut Izi Yahya yang pastinya berwatakan crook yang dibenci.  Malangnya Allah SWT lebih sayangkan dia.  Al Fatihah. Dan kepada Azmil pulak watak "Setan" yang dipegangnya tetap mengekorinya selepas dia 'berhijrah' dan mulut celupar - susah kalau kita tak tau apa yang akan berlaku di masa akan datang. Apa pun, Ali Setan (1986) memaparkan keunikan arahan Jins Shamsuddin yang selandasan dengan Pengarah agong Jepun Akira Kurosawa.


12. Tuah arahan Anwardi Jamil Sulong dalam tahun 1989 juga menjadi kegemaran aku disebabkan tiga perkara. 1. bertemakan 'pengembaraan waktu' (time travel) seperti XX Ray yang aku minat 2 (juga menceritakan hikayat anti-feudal Jebat yang tewas dengan kaki ampu bodek Tuah) diarah oleh product mantap Mass Communication UiTM, Shah Alam. Batch ke 8. 1979-1982. 3. kuah tumpah ke nasi. Anwardi juga merupakan anak Jamil Sulong yang aku sanjung sejak dulu-dulu lagi.  Apatah lagi primadona ibunya, Rosnani. Jamal Abdillah membawa kelainan kepada watak Hang Tuah (sebagai orang pernah stoned) sementara diserikan oleh Erma Fatimah yang cantik dan lawa. Soal aku, mengapa Anwardi terus menyepi (correct me please).  Kalau ada sequel cerita Tuah melawat Melaka era sekarang dan terus terpikat dengan Hard Rock Cafe yang akan dibuka atau China Dolls yang jauh lebih cantik dari Hang Li Po menjual puki di Jonkers' Street pasti terkejut beruk penonton.  Atau terus kena censor oleh penapis kaki ampu.

11.  Filem melodrama extreme P Ramlee, Ibu Mertuaku (1962) merupakan salah satu filem serious P Ramlee yang aku sanggup ulang tengok berkali-kali.  Secara jujur, aku paling minat beberapa babak yang akan aku replay beberapa kali. Watak ketika P Ramlee mendoakan agar Chombi (nama yang dikaitkan dengan gadis mamak Penang) dan Maminya sihat sejahtera sehingga sanggup 'replace' dengan nyawa dia sendiri.  Doa style P Ramlee yang tidak pernah shoot scene sembahyang di tikar sembahyang. Ini original namanya.  (Atau azan stail P Ramlee dalam Semerah Padi) Babak kedua ialah ketika P Ramlee pulang bekerja buroh dan melihat ibu mertua memelok isterinya yang sedang menangis dan dialog pertama P Ramlee ialah "Mak bila sampai".  Typical Melayu terhadap Mak mertua. Ikhlas? Biasanya tak ikhlas. Tak sama mak sendiri. Dan scene paling top ialah di kubur apabila ibu mertuaku dihamun bagaikan 'haiwan'.  Saborlah bro, kan hari raya dan di kubur.  Terkejut penghuni kubur macam dalam Pendekar Bujang Lapok baru kau tau.  Apapun, moral dari cerita yang aku tonton sejak bujang ini ialah, ibu mertua tidak akan sama dengan ibu sendiri,watak hitam ibu mertua menular dari hikayat lama, novel ke filem ke kehidupan seharian. Pemuzik professional mampu kaya raya (Lihat Anakku Sazali) tetapi kalau hendak ambil hati mak mertua dan ikut cakap bini yang sudah disetubuhi, pasti melarat kehidupannya. Pertentangan kelas dalam filem ini adalah ibarat Singapura dan Pulau Pinang ketika itu walaupun sekarang sudah hampir berulang - hidup Barisan Nasional.  Plot paling bodoh ialah membutakan mata sendiri.  Patutnya Kassim Selamat @ Osman Jailani terus belah dan bawa Zaiton untuk melihat pepet dia.  Satu lagi scene yang patut dicensor ialah si-buta ketika famous dalam bilik hotel asyek hisap rokok.


10. Anakku Sazali (1956) arahan Phani Majumdar merupakan satu lagi melodrama lakonan  P Ramlee yang extreme.  Sedeh, lawak, lagu-lagu retro yang terbaik, gembira, masyarakat Melayu yang masih pilih siapa menantu yang boleh sex dengan anak-anak mereka dan main muzik boleh kaya raya. Anakku Sazali juga melambangkan harapan rakyat proletariat ketika Malaya masih belum merdeka dan boleh ‘maju’ jika ada bakat yang boleh bertanding dengan bangsa lain. 
Ada tiga scenes cerita ini yang aku paling syok.  Pertama, bagaimana Sazali merosakan anak Nordin Ahmad (yang masih membayangkan istana pasir dengan P. Ramlee) kawan baik P. Ramlee, sehingga membunuh diri kerana mengandung akibat ditibai tanpa kondom di era itu.  Kedua, video MTV Joget Si Pinang Muda antara P Ramlee dan Zaiton.  Memang klasik dan mengasyikkan.  Tidak terfikir untuk pengarah sekarang dapat berbuat demikian termasuk video lagu Kosong Kosong Najwa.  Ketiga, Sazali jadi gangster yang terkenal seluruh pulau Singapura dan digeruni (termasuk kongsi gelap China ketika itu?) dan mempunyai sidekick pendek (Arwah Ibrahim Pendek) yang juga samseng kecil dan kawan baik Sazali sejak kecil (kesetiaan ala-gangster Tamil dan China).  Bezanya gangster Melayu ketika itu berkuasa di Singapura, 'gangster Melayu' sekarang asal dari Singapura dan ‘cari makan’ dengan berlakon di Malaysia.   
9.  Jogho (2006) merupakan filem pengarah berbakat besar (cuma orang tak berani sponsor kerana begitu knotroversi), U Wei Haji Shaari. Dari novel Juara oleh S. Othman Kelantan.  Aku suka filem ini kerana pertama kali dapat “feel” bagaimana rakyat Selatan Thailand berlaga lembu dan berjudi.  Bagaimana, berlaku sabotaj ke atas lembu-lembu rivals.  Filem ini juga ada menayangkan babak bagaimana rakyat Muslim selatan Thailand meminta agar polis Thai (Buddha) tidak mencampuri hal masyarakat Melayu di sana – “Ini hal ehwal Melayu” dan polis Thai terpaksa akur. Khalid Salleh memang setaraf dengan P.Ramlee.  Sayang juga dia kini hanya menghost siri misteri dan hantu raya di Astro. Apa pun, aku ingat menonton Jogho di Kota Baru, panggung wayang sebelah Hotel Riverview.  Panggung ini sudah pun dirobohkan tetapi atas 'prime land' mudah banjir.  Ketika itu sudah ada lampu putih dipasang dan panggung tidak gelap 100%.  Kerajaan PAS takut suami isteri bersetubuh dalam gelap gamaknya.  Aku nonton dengan bini aku, memang 'irritating' habis dengan lampu putih itu.  Inilah "Islamic" yang tidak menentu.  Kalau ada berani haramkan terus wayang gambar.  Keluarkan fatwa.  Hidup BN Kelantan. 


8. Filem Embun yang diarah oleh pengarah wanita berbakat, Erma Fatimah di tahun 2002 merupakan filem perang Jepun yang klasik dan boleh menimbulkan rasa syukur penonton Hiroshima dan Nagasaki dilanyak dengan bom atom. Jepun memang kejam dan apa yang ditonjolkan dalam filem ini ialah sebahagian dari kezaliman tersebut.  Kalau ditayangkan 100% pasti kena censor oleh penapis-penapis yang semakin pro-Jepun serta tidak melalui era 3 tahun 8 bulan itu dan juga kerana terlalu banyak mentahkedarah Aji No Moto dan nonton Ultraman sejak kecil. Simbolik cerita ini ialah Umie yang membunuh Izi dengan sepit rambut yang tajam. Simbol kekuatan bangsa Melayu melawan penjajahan asing dan kali ini imperlialisme Jepun yang tidak mengenal manusia atau binatang. Babak tentera lepas merogol Umie Aida - best katanya - memang aku setuju.  Burit gadis melayu sememangnya best tidak ada tolok bandingnya.  (Special mention filem Paloh arahan Adman Salleh setahun kemudian yang 'adil' terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya serta romen musim darurat antara Nam Ron dan Janet Khoo dalam bilik hotel tanpa pencegah maksiat yang gemuk makan ubi kayu colek kopi o).

7. Castello arahan Badarudin Azmi (Jurukamera yang paling aku respect - kalaulah aku boleh belajar teknik fotografi dengan dia satu hari nanti. Amin) dalam tahun 2006.  Filem ini ada sedikit persamaan dengan KL Gangster dan Jogho. Castello merupakan genre awal filem Melayu yang berani membincangkan tema gangsterime - kekadang ketahap bahaya 'glorifying gangsterism'. Macam Godfather yang pernah diharamkan oleh pihak kaki ampu penapis filem satu ketika dulu.  Tetapi ditayang di panggung kem-kem tentera sebagai semangat menentang komunis ketika itu.  Double standard yang jelas lagi nyata. Castello juga belatarbelakangkan Selatan Thailand iaitu Sungai Golok yang notorius dengan bebagai kemungkaran. Aku suka watak Rosyam Nor yang setanding dengan Nicholas Page di Barat. Kalaulah Badarudin menjadikan Castello berwatak anti-hero (macam Chow Yeun Fatt dalam filem-filem gangsternya)  dan memenangkan gangster Rosyam, aku pasti filem ini akan diharamkan di Malaysia.

6. Aku suka cerita Permintaan Terakhir ini kerana diselitkan babak teater Romeo Juliet dalam bahasa Melayu.  Itulah kelebihan pengarah legenda Jamil Sulong.  Mungkin babak ini untuk mempromosi teater sebagai alternatif kepada wayang gambar ketika itu. Ceritanya simple aje tetang penyakit terminal dan akan mati. Tema ini sering diulang-ulang dalam filem filem dulu dan sekarang. Cuma filem P Ramlee tidak pernah menyelitkan bab sakit terminal ini.  Mungkin baginya filem untuk enjoy. Bukan memikirkan sakit. (I stand corrected). Tetapi sesuatu yang menarik mengenai filem 1975 ini ialah dimana Ogie (Fauziah Ahmad Daud) mula berlakon.  Lainnya menjadi sejarah dan watak ayah-ibu Ojie ialah arwah-arwah Ahmad Daud dan Saadiah.  Kedua-duanya pelakon diminati ramai diera mereka. Al-Fatihah. 
5. Rock. Filem-filem arahan Mamat Khalid mempunyai ciri lawak yang tersendiri dan original. (Walaupun Yob Perak Bias) Filem tahun 2005 ini jarang ditayang di TV tempatan, mungkin tidak mahu 'mencubit' kaki ampu penapis kerana ada diselitkan unsur 'Malaikat Maut'. (Sama juga dengan mereka di RTM yang pernah mengharamkan lagu El-Suraya, Selimut Putih di tahun 60an dulu), Apa yang 'menakutkan' pasti diharamkan kerana mereka belum ready menghadapi kenyataan. Aku suka cerita ini kerana Mamat menyelitkan unsur flashback seorang pegawai pejabat post yang bekas rockers. Juga melambangkan 'kelemahan' Pejabat Pos yang tidak mampu menghantar 100% surat, pasti tersangkut.  Disamping itu, diselitkan lagu paling menyeramkan bulu kemaluan aku, Dari Sinar Mata oleh Bumiputra Rockers yang sehingga sekarang masih popular. Syabas Mamat Khalid.  Kalau aku orang kuat Academy Award aku pasti berikan Academy Award anugerah filem asing kepada Rock dan Mamat Khalid. Tidak ada ura-ura nak buat Rock 2 juga di Ipoh selepas pilihanraya 13 lihat apa jadi kepada Nizar Jamaluddin? Jadi MB lagi ke dia?  Boleh tempek rock China...Shanghai Beach.


4.  Seperti dalam ruangan background aku.  Yang inspire aku buat blog tak serupanya ini ialah arwah Jasmin.  Selepas P Ramlee dan child genius, Aziz M. Osman, aku respect sama Jasmin sehingga kematian diumur muda dia terus mendetik jantungku untuk buat blog macam orang lain. Filem Talentime (2009) bagiku satu-satu filem yang terbaik dan diarah lama sebelum konsep 1Malaysia dicipta untuk memenangi pilihanraya ke 13.  Cerita Talentime ini bagiku paling multiracial pernah diterbitkan sejak alongs China, Melayu dan India berjumpa dengan P.Ramlee yang 'mati' dalam Do Re Mi. Ada tiga perkara yang paling aku respect mengenai filem Talentime ini. 1. Propkan Sekolah Anderson dengan pokok palma tegak megah bagaikan tegaknya batang kolonialis Inggeris yang 'mencipta' sekolah ini di tahun 1909. 2.  Propkan 'coolie line' di Ipoh.  Rumah kayu yang membangkitkan nostalgia silam dengan lagu Dam Dam Dum Hari Raya sebelum bunyi mercun di 'haramkan' akibat para politikus pukimak yang mengwujudkan 13 Mei 1969. 3. Retorika muhibbah yang 'mungkin' berlaku di Malaysia.  Idaman arwah Yasmin. Kalau tidak diganggu politikus yang ada vested interest. Scene India OKU cintakan gadis Melayu, genius mathematic Melayu yang berentap dengan genius China (lambang takue lombong bijih timah di Ipoh) dan akhir berpeluk kerana disatukan oleh muzik. Wow.  Just Wow! Prejudis India Hindu dan India Muslim di Malaysia yang semenangnya dah lama wujud tetapi di pendamkan. 



3. Leftenan Adnan yang ditayangkan sempena Merdeka 2000 merupakan satu lagi kegeniusan Aziz M. Osman. Walaupun ini merupakan satu lagi filem anti-Jepun dan memaparkan patriotisme askar Melayu, filem ini tetap unggul dan penuh memori. Publisiti awal filem ini ialah bagaimana Aziz menyingkir Azrie Iskandar dan menggantikan dengan Hairie Othman separuh jalan. Terpaksa re-shoot beberapa babak.  Itulah geniusnya seorang pengarah yang pastinya teliti dengan setiap yang diarah. Babak 'propaganda' yang diselitkan dalam filem ini juga menarik, bila General Jepun memuji Leftenan Adnan setelah mati dengan meluahkan 'pandangan' kalau setiap askar Jepun bersemangat macam arwah pastinya Jepun tidak tewas perang.  Tetapi aku yakin Leftenan Adnan tidak mengetahui bahawa bom atom akan menghapuskan Nagasaki dan Hiroshima. Lagi satu yang aku suka ialah babak camera trick Aziz M Osman yang begitu real menonjolkan orang dipancung pedang samurai Jepun. Pastinya di censor oleh pemgampu.


2.  Man Laksa. Seperti Rock, filem Man Laksa ini juga merupakan hasil kreativiti Mamat Khalid dari Sungai Rokam Ipoh. Kampung asal rumah murah boyan-boyan yang anak gadis bertetek pejal.  Ceritanya begitu simple dimana berkisar semalam konsert di kampung.  Sekali lagi mamat tidak lari dari unsur pro-Peraknya.  Sepatutnya istana Perak dah lama anugerah dia DPMP bergelar Dato. Mungkin dengan anugerah ini akan terlepas Perak dari jatuh ke tangan (dendam) pembangkang pilihanraya ke 13 nanti.  Mamat Khalid juga merupakan kartunis Lat di layar Perak dan dari Perak. Aku kagum Mamat berjaya menyelitkan watak penyanyi yang terus ingin berbogel di pentas. Watak selamba dengan lagu selamba ini begitu klasik sekali dan sukar di tiru oleh mana-mana pengarah muda di Malaysia.  Lucah yang tidak straight forward, bagaimana seorang gadis berbisik kepada Saedon Dengki bagaimana dia belum dibayar kerana ........... pastinya hisap konek atau sex.  Apa pun Mamat Khalid memang best dan looking forward filem-filem dia yang ada unsur muzikal. Apa pun tribute untuk orang Bagan Datuk, Dato M. Daud Kilau yang diberi ruang khas. Hidup Perak, terus kekal pimpinan MB Zambry. 

1. Sepet. 2004. Anggap filem Sepet, bukan Pepet, sebagai yang terbaik dalam sejarah perfileman Malaysia. Arahan arwah Yasmin Ahmad ini mengambil Ipoh sebagai platform.  Seperti Mamat Khalid, Ipoh dan Kinta Valley tetap top. Sepet meneroka realiti masyarakat berbilang kaum Malaysia melalui perspektif arwah Yasmin.  Bakat pelakon wanita Sharifah Amami sememangnya terserlah. Menghidupkan filem ini. Pandangan Melayu terhadap China dan sebaliknya China terhadap Melayu pun dipaparkan secara bersahaja dan jujur walaupun tidak lah extreme kerana takut nanti diharamkan pihak pembodek.  Memang kononnya 9 babak di'sunting' dan diharamkan tayangannya.  Apa pun masalah lertentanganmasyarakat berkelas tidak ditonjol dalam filem ini.  Sepet lebih merupakan cubaan menunjukkan bahawa mix marriage is possible in Malaysia dan pengarah juga ingin mempromosi kahwin campur di 1Malaysia.  Bagi aku, Yasmin serta lain-lain pengarah filem Melayu yang aku sebut di atas adalah yang terbaik di Malaysia serta mampu bersaing dengan pengarah antarabangsa.  Cuma di Malaysia perlu berhati-hati kerana takut di tapis.  Imagine Silbi oleh Aziz M Osman pernah di haramkan kerana terbaliknya Iblis. Kesian dengan mentaliti 'selimut putih' mereka yang selalu flip flop dengan cara menapis......

Bersama ini aku nak salute kepada Yasmin Ahmad serta semua pengarah-pengarah filem Melayu. Blog ini juga aku tujukan khas untuk Yasmin Ahmad Arwah. You are always on my mind....



Tiada ulasan: