Print Document

Print Friendly and PDF

6 Sep 2012

GIMIK JUALAN, GIMIK KAPITALIS.

Tujuan aku menulis ini bukan untuk mengiklan Carrefour.  Jauh sekali untuk mengutuk Hypermarket Perancis ini. Tetapi ingin menceritakan kisah kreativiti orang Perancis menjual barangan.  Aku masih ingat satu ketika dulu, berlakunya perang harga antara Carrefour (sehingga kini belum mampu pronounce perkataan ini), Giant dan Tesco.  Tiap-tiap hari ada senarai perbandingan harga di Carrefour yang membezakan harga mereka dengan Giant dan Tesco. Giant dan Tesco pun enggan berdiam diri dan lawan balik.  Tetapi bila hadir Mydin semua terus senyap sunyi. The power of Mamak memang great.  I love the 768 geng.

Tetapi yang paling kreatif aku rasa ialah Carrefour 'berani' gerenti harga barangan terpilihnya lebih murah dari tempat lain. TETAPI PASTI ADA *TERMS AND CONDITION APPLY. Apakah terma itu? Tetapi kalau Carrefour sanggup bayar 5 kali ganda PERBEZAAN HARGA yang dimaksudkan pasti ada syarat yang ketat. Contohnya berapa lama setelah barangan dibeli pembeli boleh menuntut refund? Kalau seminggu ok, kalau 24 jam.  Jual puki lagi menguntungkan. Congak : katakanlah kita dapat beli 6 tin 100 plus dengan harga RM 6.00  (Beza 60 sen dari Carrefour) di tempat lain. 1.  Carrefour kena refund RM 3.00.  Kita ada 12 tin 100 Plus untuk di minum. Buncit perut atau terus kencing manis. 2. Pastinya resit pembelian diperlukan.  Mungkin 6 tin tu pun terpaksa di bawa sebagai bahan bukti. 3. Mereka akan siasat pulak expiry date, halal haram, buatan dalam atau luar negeri (100 Plus di Golok mungkin lebih murah)
 4.  Menelefon tempat kita membeli. Bertanya itu dan ini dan mungkin ada pegawai penyiasat akan berkunjung ke tempat kita membeli barangan itu.  5. Hanya buat dunno yang pastinya merbahaya kerana akan ada 'smart guy' yang menyaman Carrefour dan berentap dengan peguam Perancis ala-Scorpene. Bawak aje Karpal Singh pasti terkencing Carrefour dan lawan pulak dengan peguam hudud. 6. Mungkin di paksa subpena ke Paris dan kita tak ada duit untuk menghadiri mahkamah di sana dan takut pulak dengan keselamatan kita. 7.  1,001 macam terma dan syarat yang dikenakan.

Lihat link ini:http://www.scribd.com/doc/59660852/Background-of-the-Carrefour   kepada yang tidak ada kerja dan ingin tahu mengenai Carrefour yang wujud sejak Malaysia Merdeka 1957 dan pernah memberi gaji kepada penyanyi sensasi Mawi.

Apa pun semuanya adalah gimik kapitalis Perancis. Tetapi kalau betul barangan terpilih ini murah...tidak ada salahnya.  Yang untung para pengguna yang terpaksa mengharung lautan inflasi sekarang ini. Di Perancis, Carrefour juga ada memilik kiosk minyak dan mereka ini juga ada menjual pentrol 'cheapest price guaranteed' dan kalau Carrefour Malaysia diberi peluang sama seperti di Perancis aku pasti Petronas bungkus dan tutup kedai atau Mydin akan lawan dengan petrol tanpa plumbum Mydin Kutty. Best dunia kapitalis ni. Kepada Carrefour, dulu guna 'lowest price', sekarang tukar kepada 'cheapest price'.  Banyak bezanya. Lowest ertinya terendah, jadi kalau Carrefour jual RM 1.00, mesti TIDAK ADA yang jual 99 sen. Cheapest ertinya termurah.  Kalau Carrefour kata RM 1.00 itu 'termurah', definisi murah bagi individu mungkin berbeza. Mungkin aku rasakan 99 sen masih 'mahal' di tempat lain.  Bijak le orang Perancis ni.  Malahan aku pernah berkunjung ke Carrefour Paris dan kagum dengan set up Hypermarketnya.  Sama seperti di Malaysia terutama sekalai tempat membayar.  Seolah-olah ada kontrak dengan para Jin Pelaris. Apa pun Carrefour (tolak pekerja Indonesia, Bangladesh dan lain-lain non-Malaysian) turut menyumbang employment kepada pekerja Malaysia.  Kurangkan pengganguran dan pelacuran dikalangan gadis-gadis yang bertugas di Carrefour. Hidup Barisan Nasional.

Tiada ulasan: