Print Document

Print Friendly and PDF

26 Nov 2009

NOTIS NOTIS NOTIS...

Notis ada dimana-mana. Hidup mesti ada 'peraturan'.  Tetapi kalau yang mengarahkan notis ini dinaikkan, sendiri tidak berperaturan...apakan daya. Memang dasar gampang berayut.  Cuba lihat notis yang menyuruh atau menyeru atau memaksa orang ramai menjaga kebersihan.  Notis itu sendiri kotor dan berdebu.  memang haram jadah mana yang meletak notis ini ??? Pastinya adakaitan dengan kerajaan Pakatan Rakyat kerana notis ini di dapati di Selangor. Zaman BN dulu semua bersih...babi betul.

'Berhenti' juga merupakan notis biasa yang ada di mana.  Berhenti disini biasanya di simpang empat atau di traffic light.  Tetapi apakan daya kalau pemandu enggan berhenti ??? Pasti berlaku kemalangan atau kena 'saman' oleh Polis Traffic yang kesemuanya bersopan santun mengeluarkan saman.

Dalam kederaan seperti bas dan van pasti terdapat notis 'emergency door'.  Tempat keluar kalau berlaku kemalangan atau kecelakaan.  Emergency Door atau Emergency Exit merupakan keperluan wajib setiap kenderaan besar di Malaysia.  Tetapi apa akan jadi kalau tidak sempat di buka ketika kenderaan terbakar.  Pastinya ramai terkorban. Tuduh menuduh akan berlaku dan akhirnya ramai mati katak ... die like frogs ... frog yang melompat parti pun harus mampus digelek keretapi.

Notis akan bersama kita sampai 2012 (kalau benar tarikh ini berlaku kiamat)...kalau tak, pastinya notis akan menjadi sebahagian kehidupan kita hingga akhir hayat.

23 Nov 2009

BEAUTIFUL BRUNEI...ISLAMIC SERENITY.

Kalau  kamu berkunjung ke Bandar Seri Begawan di Brunei pastinya terpegun dengan ketenangan kota tersebut. Aman, damai dan utamanya beriman.  Sembahyang berjemaah di mana-mana masjid di ibukota dan pastinya khusyuk di'buai' bacaan para hafiz yang terpelajar.  Ini semua berkat DYMM Sultan Brunei yang sememangnya pemimpin yang beriman dan berlandaskan Islam sejati.  Paling lazat ialah makanan di Brunei.  Semuanya sedap-sedap dan berasnya murah.  Baru-baru ini ada kawan bercerita tentang Titah Sultan dan berjaya mengeluarkan/menuai beras pertamanya.  Untuk masa depan Brunei yang walaupun kecil di peta tetapi luas untuk sawah bendang untuk satu hari nanti mengeluarkan beras cukup untuk penduduknya dan mungkin untuk di eksport.  Syabas Brunei...Beautiful serta beriman.  Semuga Allah SWT memberkati negara kecil ini dengan penuh rahmat. Amin

20 Nov 2009

BRUNEI INDAH..LAUT BRUNEI UTARA.

Kalau kamu berkunjung ke Brunei Darussalam jangan lupa pergi ke Empire Hotel.  Menarik dan 'spectacular'. Tempat main golf dan bersantai.  Memang besar dan bertaraf 7 bintang serta berhadapan dengan Laut China Selatan.  Sepatutnya diberi nama Laut Brunei Utara. Brunei sudah pun kaya dengan kepimpinan DYMM Sultan ketika China masih bangsat dengan revolusi kebudayaan yang menelan korban jutaan.  Apa pun aku bukan nak cakap mengenai politik dan ideologi bodoh komunisme, tetapi hanya nak cerita tentang Brunei Indah. Memang cantik dan di Empire Hotel terdapat Duyung Dalam Tanah...berenang ke arah laut. Memang cantik. Kalau tak percaya datanglah ke Brunei...negeri aman dan beriman.  Duyung dalam tanah ini simbolik kecantikan wanita-wanita Brunei yang pastinya licin serta beriman.

13 Nov 2009

PENSEL 2B..KENANGAN SILAM.

Pensel 2B meninggalkan kenangan silam yang mendalam bagi diri aku. Aku teringat tahun 1967 ketika aku di darjah lima di Ipoh. Kementerian Pelajaran (?) - mungkin lain namanya ketika itu - menjadikan Peperiksaan Penilaian pertama dalam sejarah compulsory.  Aku jadi mangsa.  Batch aku yang sekarang dah berumur 53 tahun pastinya teringat macamana 'teknologi komputer' digunakan untuk memeriksa kertas jawapan. Mungkin mereka dah pun lupa cerita lama ini.  Maklumlah, terlalu busy dengan kehidupan.  membersar di Ipoh memang banyak ragam. 

Menggunakan pensel 2B.  Ketika diumumkan komputer hanya boleh membaca jawapan objektif dari pensel jenis 2B'utoh' ini, maka aku dan arwah ayah terus ke kedai peralatan menulis di pekan baru Ipoh bagi membeli pensel 2B.  Malangnya taukeh China yang menjual juga turut terperangkap dan tidak memesan stok....ketika itu pun dasar kerajaan bercelaru serta tak tentu arah.  Mungkin atas desakan politik sebelum 13 Mei ketika itu ??? Perancangan tidak di susun rapi seperti yang di ajar oleh imperialis inggeris...apa pun 31 Ogos tahun itu kita gah dengan sambutan sepuluh tahun merdeka dan peperiksaan pun dah mula di jawab oleh komputer yang pastinya bernilai jutaan ringgit yang ditempah oleh kementerian. Apa pun tahun itu menjadi titik sejarah peperiksaan penilaian darjah lima.  Aku lulus cemerlang dan malangnya Malay College Kuala tidak menerima murid tingkatan satu tahun 1969.  (Satu lagi dasar bodoh yang membodohkan lagikan Kolej berkeaan dan sehingga kini ada batch lopong kerana dasar tersebut di rombak balik beberapa tahun kemudian). Aku mengaji di sekolah yang jauh lebih hebat dari Kolek...iaitu Anderson School Ipoh yang tahun ini menyambut 100 tahun usia. Begitulah dasar berubah-ubah...dan apabila kerajaan memasuhkan peperiksaan darjah lima di pertengahan 80han, aku turut bersedeh kerana teringat bagaimana arwah ayah excited mencari pensel 2B di pekan Ipoh, 42 tahun yang lalu.  Tamat la juga satu dasar pelajaran kerajaan ketika itu.  Mengapa darjah lima, mengapa tidak darjah enam ??? hanya puki mak-puki mak yang membuat dasar itu tahu ketika itu.  Yang lalu tidak akan berulang.  Manala tahu, mungkin nanti ada pulak yang mahukan darjah tiga ambil peperiksaan subject nuclear physic di Malaysia.  Pengsan orang Kelantanyang rata-rata otak sastera dan dikir barat.  Kini kerajaan yang menukar ke peperiksaan penilaian darjah 6 masih kekal hingga sekarang.  Yang sama ialah sistem objektif dan pensel 2B macam 'batang dalam seluar' masih menjadi alat penting dalam kehidupan kita.