Print Document

Print Friendly and PDF

31 Jul 2009

BURONG JENIS KUAT SEKS


Gambar Kiri : Merpati di Mekah. Pun jenis kuat sex dan mudah membiak. Gambar Bawah : Robin yang kepala sex segala burong dengan si jantan mempunyai 30 bini.)

(Gambar kiri gagak : aku minta halal dari diniemustapa.blogspot.com kerana meminjam gambar gagak dari blog dia. Tak sempat nak tangkap gambar original gagak, semuga dihalalkan.)








Dua jenis burong yang aku paling respect. Burong atap (?) atau ciak (?) tapi yang pastinya orang Barat gelar Robin. Burong ini ada dimana-mana. Sewaktu berkunjung ke Rabat, Morocco tahun 2007 banyak burong ini terdapat di Hilton Rabat. Puluhan malahan ratusan pada satu-satu ketika. Dikatakan si jantan Robin memang kaki sex dan banyak bini. Wow sampai 30 ekor bini. Bestnya. Kote mesti jenis cepat tegang dan keras. Apa pun burong ini tak pupus kecuali terkena penyakit berunsur virus – macam virus babi – dan terus lenyap atau menjadi binatang kawalan. Satu lagi ialah kalau ada si cerdek pandai mencipta minyak urut dari burong ini yang boleh mengeraskan batang. Pasti burong ini menjadi tangkapan untuk tujuan commercial.

Burong kedua yang aku respect ialah gagak. Pun ada dimana-mana seluruh dunia dan tidak akan pupus. Pastinya burong ini jugak kuat sex macam Robin. Masa berkursus di Jerman tahun 2003 sempat melihat ribuan burong gagak kat padang bola di Munich. Yang menarik ialah apabila badan burong ini dipenuhi salji putih. Satu kejadian Allah SWT yang amat mengkagumkan. Putih dan hitam macam tahi cicak. Masa di Tokyo tahun 2007 pun burong ini jelas kelihatan di kota Tokyo. Tapi bezanya saiz burong gagak di Jepun jauh lebih besar. Kononnya gagak burong di Raja (?). memang tidak pernah di tembak oleh Majlis Bandaran. Kalau di Malaysia Majlis Bandaran sering menjalankan operasi menembak gagak. Hari ini tembak, petang nanti gagak dah pandai terbang di luar sasaran peluru. Ternyata bodoh bangsat pihak Majlis Bandaran tembak langit dan miss. Apa pun yang penting pegawai bangang dari Majlis Bandaran dapat elaun tambahan dan makan nasi bungkus free ketika menembak gagak yang kononnya bahaya ini. Gagak tak pandai rasuah, kalau tak 50 sen boleh terlepas dari tembakan.

Apa pun kedua-dua gagak dan robin memang burong yang tak pernah pupus dan kaki sex. Kalau boleh minyak konek kedua-dua burong ini diperoses dan di makan atau diurut pada kepala butoh, pasti boleh mengeras dan jangan tak kendur-kendur sampai isteri mintak fasakh dah le. Perempuan memang bahlol, laki kuat sex salah, tak kuat mereka cari kat luar untuk di hisapi…

ISRAK MIKRAJ KAT MASJID/SURAU PRESINT 16.


(Gambar-gambar Masjid or Surau or Madrasah Presint 16)


Maghrib semalam (30 Jul 2009) aku sembahyang kat Madrasah (nak katakan masjid terlalu kecil, nak katakan surau agak besar dan sedang dalam proses upgrading, maka selamat aku kata madrasah aje…apa pun semua milik Allah SWT).

Ada ceramah oleh Professor Madya UKM mengenai Tarbiyah Israk Mikraj. Professor yang mirip Menteri Besar Perak Zambry ni (rupa-rupanya orang Kelantan- macamla setiap bertaraf ulamak mestinya dari Kelantan ??? Imam madrasah pun dari Kelantan).
Professor ini memang petah bercakap tapi dalam hampir sejam setengah berceramah aku tertarik dengan cerita batu tergantung kat MasjidilAgsa. Memang kagum katanya. Dia masuk melalui Jordan di pertengahan 90an dan aku sempat bertanya selepas ceramah. Professor kata passport antarabangsa tidak dicap. Pihak Yahudi hanya memberikan sekeping kertas kecil tanda masuk dan kemudian keluar. Memanglah teringin aku nak kesana…selepas Masjid Nabawi dan Masjid Haram memang aku nak ke sana…tapi apakan daya, Yahudi berkuasa dan suasana masih bergolak. Semuga dapatlah aku ke sana nanti. Insya Allah. Dan menikmati tamar Yahudi yang menjadi makanan utama majoriti para Rasul Allah kecuali Nabi Muhammad SAW dengan tamar Ajwa yang dijual RM 150 sekilo di Alamanda. Riba orang Islam...

PANCING MANCING


Setahu aku, ada tiga jenis ketagihan selain dadah. Golf, betina dan memancing. Golf dan betina boleh merosakkan rumah tangga. Pancing ikan pun, kalau terlalu obsess, boleh mengharukan rumah tangga yang aman…perempuan semua bodoh…mereka tamak, kalau boleh nak control laki mereka sampai jadi dungu. Bagi aku mancing ikan jauh lebih murah dari golf sementara jauh lebih selamat dari ketagih burit betina.

Baru-baru ini sempat ke Bagan Lalang dan terpegun melihat seorang kaki pancing…tak le sebanyak mana yang diperolehi tapi ternyata dalam masa sejam dia habis sekotak rokok dan kepuasan yang di nikmati ketika memancing ikan pastinya lebih sedap dari bersetubuh dengan 1,000 anak dara dan janda.

Aku teringat di hujung 70an. Aku ke Langkawi dengan kawan sekampus. Opah dia orang Langkawi jati dan tinggal di Kuah. Ketika itu Kuah memang bandar kecil dan hanya sedikit kedai dan rumah nelayan sepanjang jalan utama. Tak termimpi sekarang jalan yang sama sibuk dengan kereta mewah bebas cukai serta orang asing yang jadi pelacur jual pantat. Ada band menghidangkan lagu Gary Moore dan sebagainya.

Ketika terkebil-kebil satu malam, mata tak mahu mengantuk, angin laut tak bertiup dan anting rumah papan tempat aku tidor itu agak panas, aku terdengar nelayan kat bawah berborak sebelum mereka ke laut jauh malam untuk cari rezeki. Antara cerita menarik loghat Kedah mereka ialah hantu laut dan ayat tangkap ikan. Ayat ini secara kebetulan diajar oleh arwah ayah aku (bukan nelayan tapi pandai ilmu orang asli Perak termasuk ilmu PANGGIL BURONG yang pernuh rahsia) Wamaromaita…..dan seterusnya. Itulah cerita kaum proletar/marhaen nelayan yang tidak kaya-kaya serta berpelajaran rendah hingga ke hari ini.

Jadi bila dekat Bagan Lalang aku teringat peristiwa ke Langkawi sebelum dijadikan pulau bebas cukai dan tarikan pelancong dan pelacur. Langkawi ketika itu memang ‘innocent’ dan boleh naik basikal ke Tanjung Rhu tanpa takut di langgar motokar bebas cukai yang deras-deras. Jadi kalaulah aku sempat membaca ayat tadi kepada kaki pancing ini, sudah pasti dengan penuh keyakinan akan bantuan Allah SWT pemancing ini dapat ikan lebih besar… Apa pun jadi kaki pancing lebih baik dan tidak begitu membazir dan bahaya seperti kaki golf atau kaki korek burit betina.

29 Jul 2009

PERJALANAN INI SEMAKIN JAUH….


Setiap kali kita berjalan, pastinya jauh. Tidak pernah terdengar perjalanan yang dekat…Sedih jugak mendengar berita pengarah filem, Yasmin, meninggal. Kalau dia masih ada, pastinya banyak lagi filem-filem yang akan di arahnya…pastinya sibuk giler para penapis filem yang terdiri daripada PTD-PTD pencen dan putus haid untuk menapis filem Arwah.


Allah SWT lebih berkuasa…ada hikmah sebalik semua ini. Yasmin dah ‘berjalan jauh’ meninggalkan kita dan filem-filemnya akan selalu di tayangkan di Astro – ratusan, ribuan dan jutaan kali. Al-Fatihah

PARKING KASUT, REPAIR DASYAT DAN MASJID PUTRA

Tempat Parking kasut di Masjid Putra. Besi buruk, besi karat. Macam marang Sekeper...macam kandang Iblis.


(Sebahagian Masjid Putra - gambar atas dan sebahagian masjid Nabawi, Madinah - gambar bawah. Sama hebat architecturenya)


Masjid Putra di Putrajaya sedang repair. Massive. Pelik jugak, baru sedekad usia dah punah ranah. Masjid-masjid zaman Nabi dan Khlifah pun masih teguh tegak. Masjid kat Acheh yang terkena tsunami masih teguh tegak. Kuasa Allah SWT. Tapi masjid Putra macam Marang Sekeper kata P.Ramlee. Tapi yang menarik ialah tempat parking kasutnya yang bertaraf lima bintang. Besi karat yang dijual kati pun susah nak dapat pasaran. Tapi kalau nak bezakan masjid Putra dengan masjid dunia, memang Masjid Putra standard antarabangsa….cuba bezakan gambar sebahagian Masjid Putra dan Masjid Nabawi di Madinah…kan sama hebat? Fantastic. Tapi macamana boleh rosak lepas tak sampai sepuluh tahun, tidak ada jutaan rakyat menggunakan tiap musim haji malahan jemaah hari Jumaat aje yang ramai, dan terawih bulan puasa. Lain waktu, jawatankuasa masjid lebih ramai dari orang awam….semuga Masjid Putra bertambah popular…APA PERANAN KSN DALAM HAL INI? MENGAPA TAK PAKSA KAKITANGAN KERAJAAN BERJEMAAH SUBUH, ZOHOR DAN ASAR ???? Setakat melayan surat layang mengadu kakitangan ponteng kat Alamanda memang hebat… (Dah mantan pun dan memang tak cerdek langsung berbanding KSN sekarang yang mirip penjual Mee Goreng di Hameed Restaurant dekat dengan masjid Putra).

28 Jul 2009

JALAN-JALAN CARI ANGIN...UNTUK DI MAKAN.

Gambar-gambar di kanan.  

1.Ikan Fresh Tetapi Mahal Macam Gampang...Take it or Leave it
2. Layang-Layang Ibarat Kehidupan
3. Chalet Milik Persatuan Nelayan


Kalau kamu dah tak ada kerja lain dan ada duit sikit, cuba la ke resort di Bagan Lalang dan makan angin kat sana. Semalam dua pun okay. Jangan lebih nanti jemu pulak.

Bagan Lalang masih wujud sementara ada. Nanti di telan arus pelancongan (Gold Coast) besar-besaran, habis lah ‘keindahan’ semulajadinya. Chalet ala-kadar ada dan milik Persatuan Nelayan. Wow, boleh jadi kapitalis jugak para nelayan proletariat kita. Apa pun pengendalian chalet ini tak le se professional mana…hentam aje…maklumlah…nelayan. Tak le cerdek mana.  Otak pun macam ikan dungu.  Tapi ini sajalah chalet yang ’cantik sedikit’. Ada air cond, ada jamban duduk, dan mengadap laut…tak macam hotel Seri Malaysia yang tersorok dan ‘mungkin’ tempat pasangan berkhalwat dan mengadakan seks haram. Serta hisap menghisap. Puting tetek dan batang pelir.

Berbalik kepada Bagan Lalang dan chalet milik fisherman tadi. Berhampiran dengan chalet berkenaan ada restoren makanan laut, bukan untuk mereka yang berpenyakit gout. Ada beberapa restoren yang kononnya dikendalikan oleh manager Melayu. Salah satu bernama Senandung Malam. Syukur. Halal. Tapi sentiasa kelamkabut kerana tidak begitu mahir menguruskan pelangan yang semakin bertambah tiap malam. Attitude restoren ini ‘bukan jaga kau sorang’ sentiasa dipamerkan. Lantaklah. Nak makan silakan, sabar separuh iman, dan kalau nasib baik, kita dapat sepenuh iman kerana menunggu lama untuk tempat duduk walaupun dah buat reservation mereka akan beri kepada yang datang dulu dan sanggup miss maghrib serta mungkin ‘rasuah’ para pekerja restoren. Syukur pekerja bukan dari jenis Indon…

Di samping itu, aktiviti pantai kat Bagan Lalang memang best kalau air pasang. Boleh surfing, naik bot nelayan ke laut dalam, memancing dan berenang. Inilah masanya. Sikit masa lagi semua akan jadi kawasan private Gold Coast. Hancus reserve Melayu….kalau beri pembangkang memerintah Selangor sudah pasti tergadai kawasan itu.

Bagi mereka yang gemar ikan fresh, ada pasar ikan berhampiran. Gerenti fresh ikan dan makanan lautnya. Tapi …. mahal … tak usah harapla nak dapat special price … memang kapitalis betul peraih dan nelayan sekarang. Mana pergi Marhaenisme mereka. Hahaha. Campak ke laut. Semua nak hidup mewah.  Semua berangan nak kaya raya macam Ananda Krishnan dan Robert Kuok.

Satu lagi aktiviti yang boleh di lakukan ialah main layang-layang, itu pun kalau cukup angin bertiup. Ketika bermain, ingatlah, hidup ibarat layang-layang, ditarik benang dan berharapkan angin dan tukang main…putus tali hanyut lah di bawa arus angin kencang. Allah SWT lebih mengetahui….aktiviti yang jangan sekali-kali dilakukan ialah bawak bukan muhrim untuk jadikan resort/chalet sebagai love hotel untuk bersetubuh…HARAM.  Atau sekadar merancap konek sampai pancut pekat sekali pun. HARAM.

27 Jul 2009

KUCING TAK PERNAH SETIA


Masa kecil dulu ketika membesar di Ipoh, Perak, banyak terdengar cerita kesetiaan binatang bernama ‘dog’ atau anjing. Rakan-rakan sedarjah yang kebanyakan anak polis hutan yang menetap di Ulu Kinta sering bercerita bagaimana anjing didik askar Melayu terkena jerangkap samar komunis dan mati. Anjing sanggup mati dari jerangkap ini terkena tuan-tuan mereka. Satu  pengorbanan?

Begitu juga ketika menyeberang sungai, anjing akan jalan dulu dan adakala hanyut dek arus, mati pun sanggup, asalkan tuan-tuan mereka hidup. Tapi adakah kucing setia macam anjing atau kuda? TIDAK. Kucing la binatang paling hablau. (Editor - Kecuali kucing hitam dalam hidupku.  Nanti diceritakan).  Cuba ambil kucing kesayangan orang lain, bawa ke rumah dan beri dia makanan kucing taraf borjuis yang di jual kat Parkson atau Carrefour. Terus tinggal dengan kita....

Tapi ada persamaan anjing dan kucing...masing-masing binatang, masing-masing kaki bodek, dan soal ampu-bodek ini sama lah macam manusia. Kucing, anjing dan manusia memang gemar bodek untuk survive. Terutama dua jenis manusia - kakitangan kerajaan terutama pegawai PTD yang perasan elite dan puak Kelantan yang gemar bodek secara grouping..macam sekawan anjing-anjing mencari mangsa...muka adakala hensem tapi otak yilek.

OMBAK CIPTAAN ALLAH SWT.



Selain akuarium ikan exotic, (termasuk yang jenis ikan ada nombor di dada sperti di Bangkok, Patpong), aku cukup suka tengok ombak pukul pantai. Memang boleh ‘high’ berjam-jam (tolak break waktu sembahyang yang merupakan kehendak Allah) … memang ‘khayal’ dibuatnya. Baru-baru ini sempat ke Bagan Lalang dan sempat tengok ombak pukul pantai. Indah cipataan Allah SWT dan seperti cap jari manusia, setiap ombak yang memukul pantai pasti berbeza, creativity Allah SWT. Kalau sesiapa yang belum berminat, belum berkesempatan atau belum ada ruang untuk melihat ombak pukul pantai secara lama --- cubalah. Gerenti tenang dan nikmat. Tidak ada unsur negative kecuali sehingga tertinggal waktu solat … tidak ada niat fitnah, niat menjahanamkan orang, tidak ada niat meruntuhkan kemakbulan doa-doa di Raudah, Masjid Nabawi...



24 Jul 2009

AIR PANCUT ROSAK ATAU PEMBIAK AEDES...DENGGI AT LARGE.


Kalau kita berjalan kaki ke masjid Putra dari Parcel B, pastinya melalui air pancut (fountain) ini. Air pancut macam mencarut aje bunyinya ... macam air pekat yang terpancut dari kepala konek lelaki atau burit perempuan. Dah lama tidak berfungsi tetapi ada air bertakung...tak percaya...??? Pergi la tengok sendiri... memang kalau berlaku demam denggi di Putrajaya ini la puncanya. Harap di perbaiki segera... KSN tak tau tu, kalau beliau tau mesti ada yang kena maki hamun...(Editor - Tahun 2012, KSN baru dan semua air pancut di kawasan yang sama sudah dibaik pulih.  Syabas KSN baru. Rajin dan BUKAN hangat-hangat chicken shit. KSN dulu ternyata hampeh. SBPA pun tak boleh handle. Gampang beranyut).

BENDERAKU, JALUR GEMILANG...SEDEH MACAM SIAL.




Jalan-jalan ke hadapan Masjid Putra di Putrajaya. Besarnya Jalur Gemilang dan sungguh indah kalau angin bertiup --- melambai-lambai. Tetapi biasanya panas di kawasan itu dan angin jarang bertiup atau pun selepas hujan dan basah kuyup. Bendera ini macam 'sial' dan tak cantik langsung. Petang dan senja kawasan sekitar bendera ini di penuhi para pengujung - ramai pulak tu. Alangkah baiknya kalau ketika berjemaah Maghrib pun seramai yang datang...ini bukan sahaja malap tetapi kadangkala lebih ramai jawatankuasa masjid yang hafiz dari jemaah luar...kesian. Ramai jugak 'couples dating' kat masjid. Perempuan boleh la tak sembahyang kalau uzur dan datang haid, tapi lelaki nak beri excuse apa...terpancut dan tak mandi hadas besar ??? Kalau bendera Malaysia boleh menangis, pastinya pilu bendera ni melihatkan keadaan Putrajaya yang ada lebih 6,000 pengundi berdaftar tetapi masjidnya sunyi sepi macam suasana kubur.

KAWAN KU HAMIL LAGI....


Aku dah lama kahwin. Hampir suku abad Julai ini. Tapi tidak di kurniakan cahaya mata. Takdir Allah SWT. Aku redha. Tapi kawan ku ni, Noyan, dah masuk anak keempat. Syukur dan dijangka 20 Ogos 2009 ini. Semuga semua berjalan lancar....Insya Allah.  Ternyata suami dia kaki sex dan dia pun - sudah pasti. Apapun rezeki mereka memanjang positif.

MASJID PUTRAJAYA 1 - GELORA DUNIA KETIGA.....


Masjid Putrajaya boleh dikatakan yang tercantik di Malaysia dan mungkin tersenarai 50 yang tercantik di dunia. Wallahualam. Apa pun masjid ini memang cantik sejak aku menggunakan masjid ini di tahun 1999. Tapi selepas 10 tahun masjid ini kini sedang di ‘baik pulih’ – banyak yang rosak. Bukan ‘renovate’ tapi di ‘repair’. Pada papan kenyataan kontraktor sepatutnya dah siap hujung tahun sudah tapi masih di ‘baik pulih’ … semua rosak.

Tandas pun rosak…macam masjid Dunia Ketiga. Tadi bersembahyang jumaat kat situ. Ramai jugak orang tapi setahu aku separuh dah ‘lari’ ke masjid-masjid lain yang berdekatan – macam madrasah Presint 16, masjid hijau di Bangi, masjid Tenaga Nasional yang berhawa dingin di Bangi dan lain-lain. Ramai jugak yang ‘sembahyang zohor’ kat bilik pejabat aje. Ini golongan yang tak takut Allah SWT.  Tidor, tidor, tidor. Ataupun jenis beromen dengan bini orang di pejabat. 

Mengapa la nasib masjid yang selalunya di jemaah oleh Perdana Menteri dan beberapa kerat pemimpin negara ini menerima nasib begini? Pernah aku sembahyang di Masjid Haram dan Nabawi di Saudi, ramainya jemaah. Tetapi cuba berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid Putra…kesian, kadangkala jawatankuasa masjid (para hafiz) lebih ramai dari jemaah luar.

Begitulah nasib masjid Putra di Putrajaya. Memang cantik tapi tak berpengunjung…macamana la agaknya sepuluh Tahun dari sekarang? Aku memohon kepada Allah SWT supaya masjid ini semakin dikunjungi…tetapi Masjid “Besi” yang bakal beroperasi kira-kira 1 km dari masjid Putra ini sudah pasti menjadi ‘competitor’ kepada Masjid Putra… Masjid oh Masjid….

PERMULAAN SATU PERJALANAN PANJANG...



Hi semua. Mengapa PANGGIL BURONG? Tidak ada seorang pun manusia biasa yang mampu membaca fikiran serta hati manusia lain. Ini urusan Allah SWT. Jadi biarlah ‘rahsia’ mengapa blog pertama aku ini di beri nama PANGGIL BURONG. Gambar profil pun merpati kat Masjid Haram di Mekah. Apa pun blog ini merupakan luahan fikiran, hati, nurani dan pendirian aku selama hampir 53 tahun (dah hampir 56 tahun - editor)bernafas di bumi Allah ini. Hentam ajelah.

Semuga aku berjaya ‘meluahkan’ ratusan, ribuan atau jutaan fikiran serta apa yang terbuku di hati aku selama ini. Sekali lagi, hentam sajalah. Kalau ada yang terserempak dengan blog ni, komen ajelah. Mungkin ada cetus rasa yang tidak menyenangkan. Anggaplah sebagai cetusan ‘kebebasan’…

Kerana tak ada tempat di dunia ini yang kita benar-benar bebas… percayalah…dalam hutan? Nak kena baham binatang buas. Di tengah pulau tanpa penghuni? Bebas untuk merasa ‘kesunyian”. Atas kepala lembu pun tak bebas...(dipetik dari kata-kata ustaz aku disekolah rendah sekitar 60an).

Burong merupakan sejenis binatang yang tidak merbahaya ‘harmless’…cuba letak sisa makanan seperti nasi atau roti kat belakang rumah. Burong pasti datang. Cuba tiba-tiba dua atau tiga hari makanan tidak disediakan, burong pun terbang jauh. Mengapa? Burong adalah binatang, tak ada peri’kemanusiaan’. Tak ada ‘hati-perut’ dan tak akan berterima kasih. Jinak-jinak merpati. Memang tepat. Nampak aje jinak, tapi nak tangkap memang payah…walapun ketika itu 'merpati' sedang menahan buritnya berair. Stim.

Apa pun tidak ada manusia (seperti membaca minda) ada ilmu Panggil Burong. Kecuali pandai pasang perangkap. Dengan itu, berakhirlah catatan 24 Julai 2009. Semuga blog PANGGIL BURONG dapat bertahan 51 tahun lagi. Mengapa 51? Mengapa tidak 100 atau 5 tahun? Sekali lagi, itu rahsia aku atau "kwamlap" dalam bahasa Siam…wasalam.