Print Document

Print Friendly and PDF

5 Okt 2012

BEATLES - 50 YEARS OF 'LOVE ME DO'

LOVE ME DO - BEATLES (5 OCTOBER 1962)

LOVE, LOVE ME DO
YOU KNOW I LOVE YOU
I'LL ALWAYS BE TRUE
SO PLEASE, LOVE ME DO
WHOA, LOVE ME DO

LOVE, LOVE ME DO
YOU KNOW I LOVE YOU
I'LL ALWAYS BE TRUE
SO PLEASE, LOVE ME DO
OH, LOVE ME DO

SOMEONE TO LOVE
SOMEBODY NEW

SOMEONE TO LOVE
SOMEONE LIKE YOU
LOVE, LOVE ME DO
YOU KNOW I LOVE YOU
I'LL ALWAYS BE TRUE
SO PLEASE, LOVE ME DO
OH, LOVE ME DO
LOVE, LOVE ME DO
YOU KNOW I LOVE YOU
I'LL ALWAYS BE TRUE
SO PLEASE, LOVE ME DO
WHOA, LOVE ME DO
YEAH, LOVE ME DO
WHOA, LOVE ME DO



Aku rasa hari (5 October 2012) ini agak istimewa. Mengapa? Tarikh pilihanraya ke 13 masih rahsia dan samar-samar. Hari ini cukup 50 tahun atau setengah abad kumpulan Beatles menerbitkan album single pertama mereka LOVE ME DO.  Yang kemudian meletup-tup macam bom atom Hisroshima. Malahan lebih dasyat dari itu.  Beatles terus menjadi fenomena pop dunia.  Sehingga empat orang anak muda ini terlalu bangga sehingga pernah 'mengaku' mereka 'lebih popular dari Jesus'. Inilah sifat bukan Islam kafir, belum apa lagi sudah mengaku lebih hebat dari Nabi mereka.  Kalau ada orang Islam mengaku lebih popular dari Rasullulah aku pasti lehernya akan dipancung.

Aku ketika itu belum lagi masuk sekolah rendah.  Tetapi memang sudah mengenali kumpulan ini.  Bagi aku, Beatles : 1. lambang escapisme rakyat seluruh dunia ketika itu yang terbahagi dua akibat politik Perang Dingin.  Tetapi Beatles merangkumi dua blok - komunis dan kapitalis. Malahan John Lennon sendiri disanjung Soviet Union dan Cuba. 2. Ketika unsur China Dolls belum wujud langsung, Beatles sudah popular di Peking walaupun sekatan Mao Tse Tung tetap dasyat. 3.  Di Malaysia/Malaya ketika itu, Beatles juga merupakan kumpulan diminati seluruh kaum di Malaysia.  Melayu, China dan India menyiulkan lagu Beatles dan yang menyanyikan dengan berbagai slang Inggeris juga sering kedengaran.  Can't Buy Me Love memang kegemaran rakan-rakan China di sekolah.  4.  Wayang pertama Beatles, Hard Days Night juga menjadi box-office.  Aku terkilan jugak kerana arwah ayah yang menjanjikan untuk bawak aku menonton sehingga tamat tayangan di panggung di Ipoh tidak membawa aku menonton.  Pertama, kalau tidak silap ditayangkan di bulan Ramadan. Kedua, belum cuti sekolah dan hampir peperiksaan akhir tahun.  Hanya tahun 2011 aku mampu download filem ini ke komputer tetapi sehingga sekarang belum sempat menontonnya.  Mungkin masih 'merajujk' dengan arwah ayah yang enggan membawa aku menonton walaupun aku sedar ketika itu bulan puasa banyak pantang larang.

Beatles dengan George Harrison, Ringo Starr, Paul Mc Cartney dan John Lennon (wow, masih aku mampu hafal nama-nama itu berbanding dengan 25 Rasul) sudah tepat 50 tahun menerbitkan Love Me Do.  Lagu simple yang tidak perlu berbagai lirik seperti lagu-lagu 'bodoh' rap masakini. Lagu ini terus menjadikan Beatles kaya-raya dan menjadi legenda kumpulan musik di dunia.  Bagi aku populariti yang tidak mengenal bangsa ini sama seperti popularnya Alleycats dan Ratu Jazz, Sheila Majid di Malaysia yang digemari dan diminati Melayu, China, India, Dayak, Iban, Geragok, Kadazan, Orang Kelantan, Dusun, dan semua sukubangsa di Malaysia.

50 tahun merupakan satu jangkamasa yang lama.  banyak berlaku. Perang Dingin sudah lama berakhir. Iran di kuasai Islam selepas revolusi. 9/11 berlaku di Amerika sehingga jutaan orang Islam di bunuh di Afghanistan, Iraq dan Selatan Thailand. Tetapi lagu Beatles tetap popular.

Lagu Beatles boleh di dengar dan didownload melalui iTunes.  Tiap-tiap hari boleh menikmatinya.  Setelah setengah abad ahli kumpulan Beatles  dan waris-waris mendiang John Lennon dan mendiang George Harrison masih kaya raya makan royalti hasil rekod mereka.  Inilah takdir Allah SWT dan tidak perlu perli mereka lebih popular dari Nabi Isa A.S. untuk berjaya.   Legacy yang ditinggalkan oleh kumpulan ini ternyata masih kekal walaupun generasi yang kagum dengan ganja dan marijuana (LSD - Lucy in the Sky with Diamonds atau Strawberry Fields) sudah diganti dengan generasi pil kuda dan heroin. 

Apa pun aku sudah lama maafkan arwah ayah yang kemudiannya mengarah Yob aku membawa aku menonton cerita HELP oleh Beatles beberapa tahun kemudian.  Beatles tetap dalam kenangan dan ingatan.  Dan aku tetap Love Me Do kumpulan ini walaupun ketika itu ada ulamak mengatakan mereka ini Dajjal, Iblis dan orang Kristian menuduh mereka Anti-Christ akhir zaman.


Tiada ulasan: