Print Document

Print Friendly and PDF

4 Okt 2012

KORBAN KAMBING KERANA SIHAT.

Ramai yang suka bernazar sembelih kambing jika tercapai cita-cita atau baik dari penyakit yang boleh membunuh. Kambing sekarang mahal walaupun inflasi hanya 3.2% setahun.  Baru-baru ini seorang 'kawan baik' terlepas dari jantung tersumbat di IJN.  Punya gembira terus balik kampung dan sembelih kambing seekor.  Mujurlah yang dijemput kenduri tidak ramai.  Seekor kambing yang berharga RM 600.00 pun di buat gulai. Lincin di makan para jemputan.  Itulah kehidupan dan kepercayaan. Penyakit memang seperti satu perjudian.  Macam daun terup.  Dari 52 yang dicabut sepuluh kali, peluang untuk mencabut daun yang sama sepuluh kali adalah mustahil kecuali dibantu polong terup.
Kambing atau lembu yang disembelih perlu dilapah dan yang professional akan melakukannya dengan pisau khas tajam dalam masa yang singkat.  Aku teringat ketika tinggal di nagara kafir buddha satu masa dulu, jempun imam masjid untuk membaca Bismillah dan menyembelih dua ekor lembu dan menjemput pakar melapah yang beragama buddha.  Dalam masa tidak sampai sejam dia sudah pun selesai kedua-dua ekor lembu itu.


Lalu dia meminta darah lembu diberikan kepadanya untuk dijadikan taufu. Tetapi satu lagi permintaan lawak dia ialah dia bertanya apa yang dibaca oleh imam tadi. Agar lain kali tidak perlu jemput imam tersebut kerana dia ingin meminta upah extra.  Kesian ada. Ketawa pun ada.  Kalau puak ini diberi hidayah dan memeluk Islam pastinya syurga menjadi ganjaran.
Itulah cerita kawan yang sihat dan bernazar seekor kambing.  Syukur dan hidup ini ternyata suatu perjudian....sihat dan sakit ketentuan Ilahi. Kita doakanlah agar negara ini aman damai dan tak perlu gaduh-gaduh. Amin.

Tiada ulasan: