Print Document

Print Friendly and PDF

24 Ogo 2009

CEMPEDAK DAN NANGKA DI MPH PUTRAJAYA.




MPH di Alamanda merupakan satu-satunya kedai buku terbesar di Putrajaya. Sekurang-kurangnya pihak MPH dapat berbangga dengan menyenaraikan PUTRAJAYA sebagai cawangan MPH. Tetapi kalau di teliti, tajuk buku-buku yang di jual di cawangan ini tidak lah sehebat MPH Subang Parade atau MPH Mid Valley. Ketika MPH mula-mula di buka di Anjung sekitar 10 tahun lalu (ketika itu Alamanda belum wujud) hanya buku-buku pengurusan dan terbitan INTAN sahaja di jual. Selepas 10 tahun, seolah-olah para pembaca di Putrajaya semuanya buta kayu dan bahlol-bahlol. Memanglah kalau kita pasang telinga, ramai dari penghuni Putrajaya terdiri dari orang-orang Kelantan, dengar mereka berborak seperti berada di Kota Baru. Pihak MPH tak sepatutnya ‘menghina’ kesemua penduduk Putrajaya sebagai bodoh, bangang dan biul macam orang Kelantan. Tetapi kalau mereka menetap di sekitar Putrajaya, termasuk Bangi, Kajang, Dengkil, Puchong, Sepang atau Nilai datanglah ke MPH Putrajaya untuk keperluan buku bacaan. Dari cempedak baik nangka….dan kepada pegawai-pegawai PTD yang sememangnya kurang membaca, tak perlulah berkunjung ke MPH.  Cukup setakat makan-makan dan minum-minum...

Tiada ulasan: