Print Document

Print Friendly and PDF

26 Sep 2012

ULAMAK BERKELAYAKAN, PERASAN ULAMAK

Ini pandangan peribadai aku.  Mungkin betul atau sebaliknya.  Hanya Allah SWT yang tahu dan boleh mengadilinya.  Manusia hanya boleh 'berfikir' dan meluahkan apa yang mereka fikirkan.  Betul bagi si-A mungkin salah bagi si-B.  Atau 'tidak tahu' bagi si-C.

Bagi aku, itulah resam manusia sehingga kiamat. Kalau kamu burong hitam, cara berfikir adalah sama.  Cari makan dan buat anak. Membiak. Burong asal azali tidak percaya pada manusia.  Liar. Wild.

Manusia Melayu ramai yang suka berdakwah.  Tetapi kalau nak cakap tentang Islam WAJIB ada ilmu dan berkelayakan untuk berdakwah.  Macam Ustaz dan Ustazah yang aku 'pinjam' gambar-gambar mereka.  Begitu juga yang ingin mengajar Al-Quran.  Mesti ada qualification.

Kalau tidak ada kelayakan janganlah nak cakap tentang agama. Kalau asal-usul 'pakar' motivasi, jangan sekali-kali selitkan unsur agama dan berdakwah seperti ustaz-ustazah. Motivasi ala-sekular yang memisahkan agama pun kekadang mampu memberi kebaikan.  Jangan sekali-kali bercerita tentang agama. Kutip hadis, sini, kutip ayat quran sana.  Sebut aje anti-Iblis, anti-Setan kira dah boleh jadi Ustaz-Ustazah. Ini boleh mengelirukan penonton dan pendengar. 'Menyamar' sebenarnya adalah sifat Setan.



Aku cukup benci mereka yang ketandusan modal mencampur-adukkan motivasi sekular dengan agama yang terang-terang mereka tidak layak.  Tapi macam aku tafsirkan earlier tadi. Hanya Allah SWT yang mengetahui dan dapat mengadili.  Bagi aku pulak, sekadar memberi pandangan. Tidak ada salahnya.

Aku respect Tok Guru Nik Aziz.  Satu-satunya MB yang mampu mentafsir Juz Ama secara impromptu setiap kuliah subuh.  Tanpa campur aduk politik.  Hanya kisah-kisah era Rasullulah SAW.  Hanya musuh-musuh yang dipengaruhi setan akan terasa tersindir dan ingin mencabar melalui Akta Hasutan.  Aku turut respect Ustaz Azhar Trengganu.  Frank, funny and prcise. Genius membuat orang ketawa walaupun sindirannya pedas. Ustazah Fatimah Zahra yang mempunyai 'kisah' tersendiri dalam politik Kelantan juga aku respect. Mother tounge Arab tetapi mampu berdakwah dalam bahasa Melayu.  Cuma ada satu 'babak' apabila dia disoal oleh dua orang 'penonton' wanita Melayu yang tetiba menggunakan bahasa Melayu tinggi.  Kalau ikhlas tak apa.  Kalau tujuan memalukan memang hampehla 'betina' tu.

Qariah Sharifah juga menarik dan menawan. Cantik macam penyanyi AF4 Salima dari Ipoh. Solid. Aku kagum bagaiamana markah johan musabaqahnya lebih tinggi dari johan qari.  Ramai yang dengki, terutama lelaki-jantan yang tidak sanggup melihat lelaki 'tewas' dengan kaum Hawa.
Ustaz Don memang aku kagum.  Naik mendadak kerana ada aura macam Mawi.  Harap tidak merudum turun secepat dia naik. 

Semuga mereka yang berdakwah ini diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT.  Banyak pahala mereka kalau ikhlas dan meluahkan apa yang benar serta secara berani.  janga selindung-lindung kerana ingin cari makan lalu takut kepada kebenaran.

Yang cantik macam Dr Mashitah, honestly, aku lebih 'sayang' kamu ketika jadi penceramah agama-motivasi.  Tetapi namun begitu, 'sayang' sekarang ialah kerana aku pasti kamu akan menjadi 'winnable' candidate yang bakal menambah Ulamak dalam UMNO dan BN.

Kesimpulaannya, berhati-hatilah kalau nak bercakap tetang Islam kalau audiencenya ramai. Di rumah sebagai bapa kepada anak-anak dan isteri tak apalah.  Kalau di TV atau Radio cuba nak 'menasihati' orang ramai dengan quote agama Islam, janganlah.  Nanti 'sesat' dibuatnya. Kalau latar belakang ada cerita 'negative' cuba nak membeli kereta bebas cukai ikut pinu belakang. Hentikanlah.

Jangan jadi ulamak perasan.  Biarlah setakat ulamak berkelayakan.  Perasan itu merbahaya. Cantik itu pemberian Allah SWT. Beryukurlah.



Tiada ulasan: