Print Document

Print Friendly and PDF

6 Sep 2012

COLISEUM DALAM KENANGAN, ESCAPISME PROLETARIAT



Baru-baru ini aku berjalan di hadapan panggung legenda, Coliseum di Kuala Lumpur. Memang nostalgia panggung ini walaupun lebih banyak menayangkan filem Hindi dan Tamil. Aku masih ingat menonton dua buah filem di panggung in disekitar 80an.  Pertama, Langit Tidak Selalu Cerah (1981) arahan Arwah (1989) S Sudarmaji dan kedua, Rahsia (1987) arahan Othman Hafsham.  Kedua-duanya pegarah legenda Melayu yang berbakat. Para pengarah muda yang hasad dengki, mengaku ajelah. Sudarmaji dan Othman memang hebat.

Aku tak mahulah menghurai cerita cerita ini tetapi yang aku ingat kedua-dua dilakonkan oleh primadona-primadona pelakon wanita Melayu akhir zaman, iaitu Uji Rashid si mata petai dan Noor Kumalasari juga si mata petai. Mata petai memang lambang keayuan dan kekuatan sex. Kebetulan kedua-duanya mempunyai suara merdu bak buluh perindu dan wajah cantik menawan dan mampu mem'fantasize' setiap peminat dan mampu 'menegangkan' mereka yang menatap wajah Uji dan Noor. Apa pun panggung Coliseum yang menjadi saksi dan survive rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, tetap unggul.  Bila aku lalu baru-baru ini panggung ini didiami oleh orang-orang asing gamaknya. Ada kain pelikat, tuala dan seluar dalam tersidai. Sedeh juga melihatnya.  Walaupun aku jarang menonton di panggung ini kerana tidak minat menonton di panggung, Coliseum tetap 'berjasa' sebagai ruang escapisme kaum marhaen (proletar) yang inginkan hiburan ketika kesempitan hidup di KL merunsingkan mereka.  Hanyut mereka dengan Sangam, Bobby, Kuch Kuch Hota Hai dan seribu satu kehidupan palsu kaum borjuis yang mampu mengkhayalkan.  Apapun, Coliseum jauh lebih baik dari dadah ganja/marijuana.  Terima Kasih Coliseum.  Apabila lampu di padam dan wayang bermula, maka lenyaplah seketika perasaan 'kelas' dalam masyarakat.  The Classeless Feeling Rules Okay.  

Tiada ulasan: