Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan

6 Ogo 2012

A TRIBUTE TO MASJID RAPAT SETIA, IPOH - (TINGGAL KENANGAN).

Ini masjid utama di Rapat Setia, Ipoh. Walaupun banyak masjid serta surau dibina selepas kawasan perumahan ini meluas di tahun 90han keatas, masjid Sultan Yusuff inilah yang wujud sejak Rapat Setia kawasan lama terlaksana. Masjid ini nostalgia dan gambar diatas 'diambil dari blog khas masjid ini.  Sungguh rajin pengendali blog ini. Semuga mendapat ganjaran postif dari Allah SWT. http://www.masjidsultanyussuf.com/ 

(Aku minta izin dari jurufoto masjid ini.  Suatu hari nanti aku akan ganti dgn gambar aku sendiri kalau ada kesempatan berkunjung ke Rapat Setia.  Aku kini dah yatim piatu).

Bagiku masjid ini penuh nostalgia.  Di tahun 70an majlis berbuka puasa (makan free) hanya diadakan empat kali sepanjang Ramadan. Pada setiap petang khamis malam jumaat.  Tak sabar menantikan saat-saat seminggu sekali itu.  Jemaah tak ramai jadi hidangan memang mencukupi.  Makanan tak le lazat mana tetapi nikmat selera makan dengan kekawan dan adik beradik memang lebih dari mengadakan seks dengan sepuluh janda. Ketika itu tak guna caterer.  Hanya dimasak oleh isteri-isteri jawatankuasa masjid.  Home cooking. Tak ada complaint. Kalau ketika itu dah ada caterer pasti banyak penipuan - sakit perut, food poisoning, makanan basi, guna air paip tak masak dan sebagainya asalkan untung dan hasil kroni masjid. Ketika itu, makanan memang dijamin bersih.  Utamanya, menyelerakan.

Yang lagi best ialah curi-curi hisap rokok selepas berbuka. Juga 'nikmat' walaupun haram.  Ketika itu fatwa 2002 belum dikeluarkan dan TV masih menyiarkan iklan rokok Du Maurier dan 'sumber inspirasi'.  Masjid ini juga banyak berubah dan warna sekarang memang 'horror'.  Mungkin selesa dimata malaikat. Dulu kuning muda yang nyaman. Tak taulah AJK mana yang mencadangkan warna tersebut. Pengecat kroni jugak gamaknya? Apapun kali terakhir aku sembahyang jumaat di masjid ini dah fully aircond.  Sesuatu yang tak terfikir akan berlaku di tahun 70an dulu. Walaupun ketika itu panas, masjid ini tetap menggiurkan bagai di taman raudah.

Pernah juga seketika aku sembahyang raya kat masjid ini dan imamnya, ketika selepas qamat mempelawa jemaah masuk saf, dengan bangga memulakan ucapan dengan nada riak  supaya para jemaah sekelian ikut KEPIMPINAN dia.  Akhirnya,di rakaat pertama terlupa tasbih terus Fatihah, surah dan rokok.  Celaka betul.  Inilah kalau diberkan Cikgu / Gurubesar pencen jadi imam. Tak bertauliah langsung. Lepas tu, boleh tersenyum bangga dalam 'guilty'.  Tak minta maaf pun anak arwah D********* ini. Besar dosa dia sebenarnya tapi dah lama aku maafkan. Waktu emak aku meninggal dalam tahun 2008 dia lah yang datang berkunjung ke rumah mengetuai tahlil arwah emak aku.  Jadi aku dah maafkan dalam diam. 

Masjid ini juga bernostalgiakan tempat kami bermain ping pong tiap-tiap weekend ketika cuti sekolah.  Riuh hebuh dan yang 'menyedihkan' ketika terkenang kini ialah bila masuk waktu sembahyang kami terus beredar.  Kalaulah dari dulu di practice berjemaah pasti menimbun pahala. 

Tetapi tidak lupa juga ketika bermain ping pong kami melihat gadis-gadis rapat Setia yang terkenal cantik lalu lalang dengan basikal chooper kegemaran ketika itu.  Mana perginya mereka ??? - mungkin dah beranak pinak, dah jadi nenek, dah menjanda dan ramai juga anak dara tua kerana terlalu memilih sebab burit perasan mahal. LRMR, S***** (Mem), A***** Cina, N*** (Sepakat Road), A*** (adik LRMR), A*****, L*** Mokhtar, M****** Mak Cik J**, Dr N*****, M****** N. Itam Pajar, adik beradik S******* 1 dan 2 (keturunan Syed ada dua keluarga) dan ramai lagi dah lupa nama. I love you all.  Jodoh memang ditangan Tuhan.  Memang tak ada jodoh dengan gadis Rapat Setia...mungkin mereka tak appreciate kehenseman PANGGIL BURONG atau aku tak pandai menggayat dan hanyut dengan ideal Marxisme-Leninisme-Maoisme 70an.  

3 Sep 2009

BERBUKA OH BERBUKA...

Berbuka puasa di Masjid Putra di Putrajaya sememangnya satu pengalaman yang menarik. Bermacam-macam style manusia yang makan free akan dapat kita tontoni. Ada yang natural, ramai yang 'kurang ajar'. Ada yang bawak anak-anak sebagai latihan atau sebagai usaha meringankan beban isteri memasak di rumah. (Malam sebagai hadiah dapat juga suami menenggek dan bermain kelintit. Kalau masih terlarat jangan buat siang hari sudah le.  jenuh berpuasa kifaran nanti).

Baru-baru ini satu pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah selipar aku kena songlap kat masjid. Pastinya bukan setan, kerana mereka semua dah ditambat. Pelik jugak, ada penyangak yang datang ke masjid, pastinya beragama Islam dan ada Emak dan Ayah. Ternyata ibu-bapa mereka (walaupun pastinya berpuasa, sembahyang dan terawih) GAGAL mengIslamkan anak-anak mereka sehingga jadi pencuri. Di Masjid pulak tu. Tempat mulia yang merupakan rumah Allah SWT.

Sedeh aku sedeh. Selipar tak le seberapa harganya tapi kesanggupan mencuri di Masjid...tak apa lah, masa kecik dulu Ustaz pernah mengajar dengan sepotong hadis, bahawa biarkanlah dan anggap lah sebagai 'derma sedekah'.


Jadi kalau ke Masjid Putra, berhati-hatilah. Tak perlu pakai kasut atau selipar yang berjenama atau mahal. Biarlah kalau ada yang menegur kita 'selekeh' ke masjid. Perlu di ingat, kita sembahyang bukan pakai selipar atau kasut. Kepada kaum wanita juga perlulah berhati-hati kerana ada juga kecurian beg-beg mereka. Janganlah bawa barang kemas dalam beg ke masjid. Biar di rumah sahaja tempatnya barang-barang tersebut. Kalau di curi pun bukannya di masjid. Tempat suci.

Pelik jugak...kat masjid pun ada pencuri...lagi pelik kegagalan ibu-bapa yang pastinya Islam mendidik anak-anak mereka supaya jangan mencuri...






29 Jul 2009

PARKING KASUT, REPAIR DASYAT DAN MASJID PUTRA

Tempat Parking kasut di Masjid Putra. Besi buruk, besi karat. Macam marang Sekeper...macam kandang Iblis.


(Sebahagian Masjid Putra - gambar atas dan sebahagian masjid Nabawi, Madinah - gambar bawah. Sama hebat architecturenya)


Masjid Putra di Putrajaya sedang repair. Massive. Pelik jugak, baru sedekad usia dah punah ranah. Masjid-masjid zaman Nabi dan Khlifah pun masih teguh tegak. Masjid kat Acheh yang terkena tsunami masih teguh tegak. Kuasa Allah SWT. Tapi masjid Putra macam Marang Sekeper kata P.Ramlee. Tapi yang menarik ialah tempat parking kasutnya yang bertaraf lima bintang. Besi karat yang dijual kati pun susah nak dapat pasaran. Tapi kalau nak bezakan masjid Putra dengan masjid dunia, memang Masjid Putra standard antarabangsa….cuba bezakan gambar sebahagian Masjid Putra dan Masjid Nabawi di Madinah…kan sama hebat? Fantastic. Tapi macamana boleh rosak lepas tak sampai sepuluh tahun, tidak ada jutaan rakyat menggunakan tiap musim haji malahan jemaah hari Jumaat aje yang ramai, dan terawih bulan puasa. Lain waktu, jawatankuasa masjid lebih ramai dari orang awam….semuga Masjid Putra bertambah popular…APA PERANAN KSN DALAM HAL INI? MENGAPA TAK PAKSA KAKITANGAN KERAJAAN BERJEMAAH SUBUH, ZOHOR DAN ASAR ???? Setakat melayan surat layang mengadu kakitangan ponteng kat Alamanda memang hebat… (Dah mantan pun dan memang tak cerdek langsung berbanding KSN sekarang yang mirip penjual Mee Goreng di Hameed Restaurant dekat dengan masjid Putra).