Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Janji Manismu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Janji Manismu. Papar semua catatan

26 Ogo 2012

LAGU ITU KENANGAN..KEKAL HINGGA ABADI. (PART ONE)

Setiap manusia (kecuali yang dilahrikan pekak) pernah mendengar muzik dan lagu.  Ada yang meminati secara gila babi. Obsession.  Ada yang berbakat (anugerah Allah SWT) sehingga boleh menggubah lagu bersama lirik yang merdu dan menarik.  Ada juga yang salah guna bakat dan mencipta lagu-lagu lucah, hentam kerajaan, fitnah orang dan sebagainya.  Ada yang terlalu bongkak sehingga sanggup bertanya "Siapa Mahathir" padahal di negara asalnya pasti kecut telor dan batang hendak bertanya : "Siapa Lee Kuan Yew".

Ok. Sekarang cuba kita berikan 10 lagu sentimental paling killer dalam hidup kita.  Aku pasti, ibarat cap jari, retina mata atau DNA seseorang, tidak akan sama kesepuluh-puluh lagu berkenaan.  Kalau aku berpeluang meminta 50 orang menyenaraikan 10 buah lagu paling feelings hingga mampu melimpahkan 7 tempayan airmata sekali dengar, pasti tidak ada yang akan sama. Kalau ada pastinya individu berkenaan membela jin atau hantu raya yang sama.

Bersama ini akan aku berikan 10 buah lagu paling feelings menonggeng jubor yang pernah aku dengar dan kenangkan.  Mungkin ramai tidak setuju, atau ada senarai mereka sendiri, terpulang. Mungkin ketika lagu ini popular kamu masih dalam buah pelir bakal bapak-bapak kamu sebagai air mani. Era mungkin berlainan.  Apa pun enjoylah versi YOUTUBE 10 lagu-lagu paling aku minati (part one). (Kalau ada peluang dengarlah lagu If I Sing You a Love Song oleh Bonnie Tyler.  Kata dia dalam lagu itu, "Love Songs Last Longer Then Lovers Often Do"...tepat sekali.  Ketika bercinta - monyet, puppy, atau kekal keanak cucu, ada lagu kongsi bersama.  Mungkin yang tak ada jodoh atau suami/isteri dah arwah, lagu itu tetap kekal dan boleh download anythime).  My BEST 10 songs.


1. Rindu Bayangan oleh Carefree / Jay Jay.  Memang mengingatkan kekawan baik ketika di ITM penghujung tahun 70an.  Carefree pernah perform di Dewan Sri Budiman dan Jay Jay diminta nyanyi lagu ini dua kali.  Dia layan. Juga top dengan Joget Mak Enon ketika itu. Nostalgia ITM bersama S***** Ali.

2. Sebenarnya lagu giler menonggeng oleh Alleycats ini adalah cover version.  Original oleh kumpulan Mercys (Indonesia).  Nukilan suara lantang Charles Hutagalung.  Tajuk asal Kapankah.  Memang ketika lagu ini popular di awal 70an ianya tidaklah begitu berkumandang di RTM atau TV Malaysia.  Mungkin bahang konfrontasi tidak luput sepenuhnya ketika itu.  Apa pun lagu ini teringat aku akan LRMR.  Jodoh datang dua kali 1976 dan 2002 tetapi Allah SWT lebih mengetahui dan ada hikmahNya ... Kapankah ???  Rupanya sudah pun diupload versi Mercy's.  Jadi aku lampirkan bersama.  Bandingkanlah dan jangan pulak mula berbahas versi siapa lebih hebat.  Nanti ada yang berdemo di Jakarta.

3. Di tahun 1985 aku berkursus di INTAN Kiara. Kena tinggal di hostel. Ketika itu ekonomi Malaysia sedang boom jadi compulsory tinggal di hostel.  Ketika merudum ketika PTK pun kena berulang dari rumah.  Sial punya Pentadbir INTAN.  Lagu oleh Fredo ni memang top. Flybaits memang hebat ketika itu. Lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ini melambangkan kaum wanita yang sering mintak 'break' atas berbagai alasan. Mak Bapak tentang sebab berlainan kabilah/negeri, tetiba rasa hanya hubungan adik beradik (masa cium dan ramas tetek tak fikir demikian), tak setaraf sebab abang hanya PTD sengkek bukan CEO Petronas dll. Lagu ini aku teringat wanita Jawa Bank Islam, S****** S... yang dah ada tunang masih pada mula-mula nak test berkawan dengan aku. Itulah resamnya...bau badan wanita Jawa ketika berpeluh memang menyetimkan konek.


4. Janji Manismu oleh Aishah (hasil genius Adam Ahmad).  Lagu klasik ini mengingatkan aku rancangan popular Juara Lagu TV3. Memang top ketika itu. Siulan ramai serta kumandang kat radio 2-3 kali sehari. Ketika itu juga aku mula bekerja ke luar negeri dan mula menghayati peribahasa "Hujan Emas Negeri Orang, Keris dan Lembing di Negeri Sendiri"...Malaysia jugak best walau macamana best atau cantiknya burit-burit di tempat aku bertugas. Apa pun Budu dan Nampla sama sahaja...

 


 5. Lagu ini reminds me of putus cinta kawan karib aku yang kini seorang jutawan.  Bercinta dengan gadis UPM.  Memang cantek dan natural beauty. Kawan kampung.  S******* M.H. namanya. Kawan aku MCE terror dan belajar di England.  Tinggallah tunang di UPM ambil agriculture.  Balik bercuti rupanya disambak oleh fellow senior di UPM, seorang keturunan Jawa.  Frust nonggeng kawan aku ni dan sering teringatkan lagu ini.  Walaupun masa dah lama berlalu satu hari si jutawan bercerita menerima panggilan telefon adik si SMH, minta kut-kut ada contract. Terus dia kata tak kenal...itulah dia, kalau kahwin dengan kakaknya pasti dah kaya raya. Diganggu Kenangan oleh Black Dog Bone ini memang untuk semua.  Kita pasti diganggu kenangan silam. Yang baik atau buruk tetap menggangu seketika...


(BERSAMBUNG)

23 Ogo 2012

MEMINATI SESEORANG

Meminati atau menyayangi seseorang adalah sifat semulajadi setiap manusia.  Kalau tidak ada perasaan ini mungkin kita dicap gila atau ada perasaan dendam yang sentiasa membara dalam diri sehingga hilang fokus untuk menyintai orang lain. Ataupun perasan terlalu pandai, terlalu berpangkat tinggi, ataupun kerana frust kurang sifat semula jadi seperti dilahirkan pendek dan sebagainya.  Ada orang pernah tanya aku, siapa paling kamu minati.  Kalau di berikan top 1,000 pasti sukar berubah (atau sukar memenuhi 1,000 orang) berbanding dengan top 10 atau top 5.  Top 6 aku (seperti foto-foto sebelah dan di bawah) pasti berubah-ubah kalau ditanya tahun hadapan atau minggu hadapan.  Apa pun here goes...setuju atau tidak, ada aku kisah ??? Masing-masing ada taste masing-masing. masing-masing ada fantasy masing-masing.  Masin, masam, bacing, manis-manis tawar adalah cita rasa lidah kita.

1. Abby Abadi. Yang sibuk dengan cerita perceraian, khalwat bekas suami, hijrah masuk PAS, Gerak Khas, dan sebagainya.  Apa pun bagiku dia cantik.  Menarik walaupun 'janda'.  Contoh primadona Melayu ala-Umi Kalthum di era 50-60an dulu (untungnya arwah Roomai Noor ketika itu).  Kesian aku baca kena hentam dengan teruk oleh akhbar Utusan dalam artikel ruangan hiburan.  Apapun aku tetap minat. Cantik dan harum baunya.

2. Aishah.  Juga sibuk diperkatakan kerana ber'hijrah'.  Ngapa la nak sibuk dia berhijrah.  Malaysia kan demokrasi. Ya tak ya jugak, yang menghentam pun berdasarkan demokrasi. Tapi ada keluar Astro baru-baru ini. Dah 'neutralised' kut?  Apa pun aku minat Aishah kerana jarang penyanyi Melayu (perempuan pulak tu) adventure di luar Malaysia.  Ingat lagi Fan Club yang diwakilinya tahun 80an kemudian meletup dengan Janji Manismu Adam Ahmad.  Dan tiap hari raya pasti 'mengalir air konek' mendengar Pulanglah dendangan Aishah. You are the best...






3.  Scha. Entah mengapa aku minat sungguh pelakon ini, selain Abby yang cantik, dia pun cantik bagiku. Ada aura. Untung suaminya sekarang. Dapat mintak every night. (Yang rugi bekas suami Abby). Semuga terus berlakon. Watak baik, komedi, gangster atau pelacur, aku pasti tonton. Good luck and good health.


















4.  Walaupun aku tetap sayang Ella, tetapi aku tetap meminati dan love Shima.  Dua-dua anak didik LORD.  Legenda rocker dari Kelantan yang seiring (cuma tidak begitu disanjung) dengan Man Kidal dan Hilary Search. Shima bagiku legenda rockers wanita melayu.  Teringat lagu Setelah Aku Kau Miliki (yang dimerdukan lagi dengan suara jantan oleh Saleem Ganja kemudian) dan  Teringin.  Memang terror si Black Belt ini.  Cantik macam Abby, Scha dan Aishah.  I love you all...untung suami-suami dia.











5. Ustaz Azhar. Ini pun aku minat.  Tak pernah ada kesempatan mendengar ceramah dia secara live. Terlewat waktu kat Masjid Hijau dan Masjid Puchong (setelah di tukar venue dari PICC, Putrajaya kerana tidak sesuai dengan tema sejuta belia Najib tahun ini).  Memang dia berbakat dan boleh impromtu lawak sambil berdakwah. Motivasi dia tulen dan tidak berselindung di sebalik Islam macam Mamat seorang tu yang bukan bertaraf Ustaz tetapi sekular menyamar Ustaz Steven Covey.  Semuga tetap berkonsepkan rock Islam dan berhobikan Camera DSLR ala Yuna.

 6. (Nama Biarlah Rahsia). Cinta hingga akhir zamanku. Pandai menyanyi, menari, mengajar (mendidik), melukis, jasmani (exercise), memasak, murah hati dan lain-lain yang positif. Jodoh ditangan Allah SWT dan kalau diizinkanNya tidak akan kemana. Lagu dalam kenangan : You're My Everything dendangan Santa Esmeralda.  Telok Batik dalam kenangan. I still love you.  Untung suami awak.




(Kepada pemilik foto-foto di atas, aku minta izin.  Halalkan).