Print Document

Print Friendly and PDF

14 Sep 2012

PM MALAYSIA TETAP POPULAR...APA LAGI NAJIB?

 
Tadi aku berJumaat di Masjid Putra.  PM Najib pun ada bersama aku.  Ramai jemaah bersama beliau. Penuh masjid dan juga merupakan rekod buat Masjid Putra yang dibina era Tun Mahathir ini.

Selepas Jumaat PM dikerumuni oleh ramai jemaah.  Yang bersalam, yang mengambil gambar macam aku dan yang hanya ingin melihat.
Aku kagum dengan beberapa hal :
1.  PM Najib memang popular walaupun heboh khabar angin mengatakan sebaliknya.  Ribuan yang mengerumuni beliau, termasuk pelancong China komunis, membuktikan Najib semakin popular.  2. Malaysia aman.  Kalau di Syria, Libya dan negara-nagara Arab yang lain pasti PM atau Presiden dikawal ratusan bodyguard.  PM Najib begitu confident dengan satu atau dua orang bodyguard yang hensim ibarat Aaron Aziz.  Malaysia aman sentiasa. 3. Imam ketika berkutbah juga membincangkan Hari Malaysia 16 September.  Sungguh up to date dan genius si imam.  Mangupas dengan mendalam erti Hari Malaysia yang membuat jemaah terpukau.  Termasuk aku yang terus celik biji mata seolah-olah minum espresso 5 dose. 

Syabas PM Najib. Apa lagi? Umumkan tarikh pilihanraya dan aku pasti BN dapat majoriti super.  Maka berbaloi lah goodies yang diberikan selama ini.  Hidup Najib, Hidup BN, Hidup Masjid Putra dan 'Hidup' MP Kulim yang turut mengekori Najib tadi.  Nak minta jadi calon UMNO ke? Aku pasti 'winnable'. Kalau enggan bertanding di Kulim, jadilah calon di Putrajaya ganti Ungku Adnan yang banyak berjasa. Hidup Unta.





Tiada ulasan: