Print Document

Print Friendly and PDF

24 Sep 2009

KISAH SOLOK LADA DAN MELAYU BODOH BERNIAGA...


Satu lagi makanan atau dalam hal ini, lauk, kegemaran masyarakat Kelantan ialah solok lada.  (Lihat gambar di atas).  Tapi yang hendak aku ceritakan bukan makanan, tetapi kisah seorang Pak Cik menjual lauk pauk di Subang Jaya hampir sepuluh tahun lalu ketika pasar Ramadan di adakan di sana.  Depan stesen minyak Shell.  Bila diminta beli solok lada sahaja tanpa membeli nasi, Pak Cik ini tetiba melenting dan menengking herdek. Macam orang gila.  Dengan nada bengis dan kurang ajar terus menghalau aku.  Malunya aku.  Setahun berlalu, pasar ramadan tiba kembali.  Aku lihat Pak Cik yang sama kini menjual Yong Taufu.  Entah-entah tolong menjualkan untuk taukeh China dan 'berselindung' di sebalik 'halal'nya makanan yang dijual.  Aku tak beli la Yong Taufu beliau.  Yang peliknya, apalah salahnya kita membeli lauk pauk dan masak nasi di rumah ??? Inilah sungguh tidak professionalnya orang Melayu berniaga.  Kalau tak izin pun tak perlu tengking herdik.  Memadai 'tidak mengizinkan' dengan senyuman.  Mengenai pasar Ramadan ini, teringat seorang mak cik menjual karipap basi di Putrajaya.  Esokya aku tegur lah, bukan minta wang dikembalikan, reaksinya sama dengan Pak Cik yang menjual solok lada...tengking herdik dan maki hamun serta mengurut dada menafikan karipapnya basi.  Aku tegur agar pembeli lain tidak terpedaya, aku bukan mengeur karipap (cipap) dia yang sudah pasti melengas dan bebau basi ketika berniaga sejak pukul 4 petang dalam cuaca panas terik.  Ini lah sikap peniaga melayu yang tidak professional...tetapi di bunuh pun sanggup kalau di suruh mengaku jualannya tidak sempurna...

Tiada ulasan: