Di Malaysia aku pasti ramai pro-pembangkang bencikan akhbar Utusan Malaysia. Mereka mencemuh UTIUSAN MELOYA. Bagi aku pula Utusan Malaysia merupakan akhbar paling berprinsip di Malaysia (mungkin di seluruh dunia). Mengapa :
1. Polisi Utusan tidak pernah berubah. Pro-kerajaan. Pro-Melayu. Sejak dulu hingga sekarang. Kalau ada para pemimpin pembangkang mengatakan Utusan masih berkempen selepas pilihanraya ke 12 tahun 2008, aku sedikit pun tidak murka. Memang Utusan sokong kerajaan BN Dan mungkin kalau BN tumbang sekali pun, Utusan akan menjadi akhbar pembangkang. Itulah prinsip asasi Utusan Malaysia.2. Utusan juga merupakan bahan propaganda terulung di negara ini. Propaganda kerajaan dan menentukan supaya BN dan UMNO kekal memerintah. Namun begitu, mungkin ada yang berpandangan propaganda tahap melampau dan sanggup fitnah. Tetapi Utusan lakukan dengan mengorbankan langganan syarikat-syarikat iklan dan sebagainya. Ahli akademik juga memboikot Utusan dan negeri pembangkang juga berbuat demikian. Namun, itulah prinsip Utusan Malaysia. Tidak pernah berganjak walaupun adakalanya disaman dengan dasyat dan tewas.
3. Ada yang mengatakan Utusan tidak mengamalkan jurnalisme beretika. Sekali lagi aku rasa itu hak dia. Utusan mempunyai strategi tersendiri. Pernah satu ketika di tahun 1994, Utusan menyiarkan berita VIP 'merogol' gadis bawah umur di Melaka. Lingkup terus VIP itu. Adakalanya Utusan tetap 'fair' - tidak berat sebelah.
4. Ketika akhbar lain sudah pun bertukar 'tabloid' Utusan masih 'broadsheet'. Inilah prinsip terbaik dan tidak flip flop. Syabas.
5. Akhir sekali kumpulan Utusan tetap menjadi penerbit buku-buku semi sensasi yang menghiburkan dan bertaraf internasional. Syabas sekali lagi. Rujuk empat buah buku yang aku lampirkan. Kalau kesempatan cari dan belilah buku-buku ini. Di kedai akhbar para mamak pun ada. Memang menghiburkan.
6. Utusan juga melaporkan berita dengan tepat terutama sekali berita sukan. Kalau Perak tewas 6-0 dengan Kelantan, Utusan tidak pula 'menipu' dengan melaporkan sebaliknya kerana Kelantan masih di'jajah' PAS. Itulah kelebihan Utusan Malaysia. Fair and square.
Hidup Utusan bererti hidup jurnalisme stail lama (Rahim Kajai) yang jauh lebih professional serta Islamik dari jurnalisme sekarang yang mementingkan ciri-ciri moden pro-Yahudi dan Zionisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan