Print Document

Print Friendly and PDF

1 Okt 2012

BILA ALLAH SWT BERI KITA KECANTIKAN

Bila ALLAH SWT berikan seseorang kecantikan paras rupa, bersyukurlah. Pohon ampun dan jangan sekali takbur dengan paras rupa cantik yang dianugerahNya.

Syukur. Syukur. Syukur.

Berdoalah setiap hari agar diberiNya zuriat yang sama cantik atau hensem teramat sangat.

Jangan sekali tinggal sembahyang (solat) dan jauhi dari fitnah dunia. Besar dosa fitnah. Besar dari membunuh makhluk Allah SWT. Selepas diberi kecantikan, diberiNya kasih sayang.  Sayangilah wajah cantik yang diberikan. Sayangilah mereka yang menyayangi awak.
Cantik, bersama suara merdu juga anugerah Allah SWT. Cantik, suara merdu, bersama bijak otak juga anugerahNya.  Bersyukurlah.

Pancaindera yang boleh melihat, hidung yang boleh mencium bau-bauan harum semerbak, lidah yang mampu merasa makanan serta serba-serbi yang lazat dan meninggikan nafsu juga pemberian Allah SWT.

Hukum perlu dipatuhi.  Jangan sekali melanggar hukum.  Hidup hanya sekali. Tangan yang tidak cacat diguna untuk memegang, mengangkat, meraba, menggosok, membelai dan ribuan nikmat. Jangan sekali disalahgunakan untuk mencuri, meramas secara haram atau menjolok.  Apapun kasih sayang datang dari hati, dan ini juga anugerahNya. I LOVE YOU ALL.


















Tiada ulasan: