Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Masjid Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid Putra. Papar semua catatan

14 Sep 2012

PM MALAYSIA TETAP POPULAR...APA LAGI NAJIB?

 
Tadi aku berJumaat di Masjid Putra.  PM Najib pun ada bersama aku.  Ramai jemaah bersama beliau. Penuh masjid dan juga merupakan rekod buat Masjid Putra yang dibina era Tun Mahathir ini.

Selepas Jumaat PM dikerumuni oleh ramai jemaah.  Yang bersalam, yang mengambil gambar macam aku dan yang hanya ingin melihat.
Aku kagum dengan beberapa hal :
1.  PM Najib memang popular walaupun heboh khabar angin mengatakan sebaliknya.  Ribuan yang mengerumuni beliau, termasuk pelancong China komunis, membuktikan Najib semakin popular.  2. Malaysia aman.  Kalau di Syria, Libya dan negara-nagara Arab yang lain pasti PM atau Presiden dikawal ratusan bodyguard.  PM Najib begitu confident dengan satu atau dua orang bodyguard yang hensim ibarat Aaron Aziz.  Malaysia aman sentiasa. 3. Imam ketika berkutbah juga membincangkan Hari Malaysia 16 September.  Sungguh up to date dan genius si imam.  Mangupas dengan mendalam erti Hari Malaysia yang membuat jemaah terpukau.  Termasuk aku yang terus celik biji mata seolah-olah minum espresso 5 dose. 

Syabas PM Najib. Apa lagi? Umumkan tarikh pilihanraya dan aku pasti BN dapat majoriti super.  Maka berbaloi lah goodies yang diberikan selama ini.  Hidup Najib, Hidup BN, Hidup Masjid Putra dan 'Hidup' MP Kulim yang turut mengekori Najib tadi.  Nak minta jadi calon UMNO ke? Aku pasti 'winnable'. Kalau enggan bertanding di Kulim, jadilah calon di Putrajaya ganti Ungku Adnan yang banyak berjasa. Hidup Unta.





13 Ogo 2012

5 S MASJID PUTRA




Syukur. Masjid Putra di Putrajaya mengamalkan konsep 5S.  Dalam website Masjid terindah di dunia ini ada diberitakan mengenai Bengkel 5S yang dikendalikan oleh Ustaz Zamzuri (ILIM) - siapa mamat ni? - pada Januari 2012.

Amendenya 5S ni? Kearah Pengsijilan Amalan. Macam ISO la tu. (Gamaknya?) Mana originalnya.  Modify dari ISO. (Macam motivator Melayu yang berselindung disebalik Islam tanpa tauliah Ulamak menciplak dari Steven Coveydalam ceramahnya.) Melayu mana pernah ada originality. Ceduk sini, ceduk sana. Claim milik sendiri. Kalau ada menentang guna bomoh atau upah samseng balun pengeritik. Cuba think out of the box sekali-sekala.

Ikut pemidang di luar masjid 5S stands for Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Tak perlulah aku tafsirkan apa maknanya kelima-lima S ni. Mesti positif maksudnya. Kalau tengok sudut positif semua boleh faham atau guna lojik. Tapi kalau nak negatif dan fikiran kurang sihat - Sisih = sisih mereka yang mengeritik pengedalian petadbiran masjid. Susun = susun database mengenai 'penentang-penentang' ini dan guna "Ulamak" upahan menghentam mereka serta mengeluarkan tafsir-tafsir (fatwa-fatwa)untuk kepentingan mereka. Sapu = sapu bersih duit tabung masjid dan guna kroni untuk kontrak menyediakan masakan bulan puasa dan lain-lain.  Yang bukan sahaja kurang lazat tetapi boleh sakit perut. Seragam = seragamkan semua yang dilakukan untuk kepentingan sendiri dan jangan sekali terkeluar dari Barisan clique yang sedia ada. Kalau tidak dilantik meroyanlah macam yang berlaku di Surau Presint 16 apabila soorang Dato Ketua Superlink (nak bezakan power dia dengan rumah-rumah semi-detached dan bunglow yang didiami oleh kakitangan kerajaan) dan akhir sekali, sentiasa amal= obviouslah, sentiasa amalkan keempat-empat S di atas tanpa unsur belot.

Betul ke 5S effective? Wallahualam.  Apa yang mereka lupa ialah S for SAMPAH yang berSEPAH SENTIASA SAHAJA SELERAK di SEKITAR Masjid.   

17 Ogo 2009

CANTIK TAPI RETAK, CANTIK TAPI BOCOR…





Sembahyang Jumaat baru-baru ini sudah pasti imam sibuk berkhutbah mengenai bulan puasa yang hampir tiba dan ayat-ayat Quran yang sama di berikan…tiap-tiap tahun pasti dengan ayat yang sama. Tapi sekitika aku menjengok ke langit masjid Putra…tu dia, bocor ke apa tu? Risau jugak.. Sebelah kiri masjid pulak macam pecah-pecah…apa pun masjid sepuluh tahun usia ni (mungkin lebih setahun dua aje) ini sedang di renovate secara besar-besaran. Kosnya pasti tinggi dan boleh membina ribuan surau di kampong-kampong. Apa pun semuga ‘rumah Allah” ini turut menjadi cantik dan indah sempurna. Amin.