Print Document

Print Friendly and PDF

24 Jul 2009

MASJID PUTRAJAYA 1 - GELORA DUNIA KETIGA.....


Masjid Putrajaya boleh dikatakan yang tercantik di Malaysia dan mungkin tersenarai 50 yang tercantik di dunia. Wallahualam. Apa pun masjid ini memang cantik sejak aku menggunakan masjid ini di tahun 1999. Tapi selepas 10 tahun masjid ini kini sedang di ‘baik pulih’ – banyak yang rosak. Bukan ‘renovate’ tapi di ‘repair’. Pada papan kenyataan kontraktor sepatutnya dah siap hujung tahun sudah tapi masih di ‘baik pulih’ … semua rosak.

Tandas pun rosak…macam masjid Dunia Ketiga. Tadi bersembahyang jumaat kat situ. Ramai jugak orang tapi setahu aku separuh dah ‘lari’ ke masjid-masjid lain yang berdekatan – macam madrasah Presint 16, masjid hijau di Bangi, masjid Tenaga Nasional yang berhawa dingin di Bangi dan lain-lain. Ramai jugak yang ‘sembahyang zohor’ kat bilik pejabat aje. Ini golongan yang tak takut Allah SWT.  Tidor, tidor, tidor. Ataupun jenis beromen dengan bini orang di pejabat. 

Mengapa la nasib masjid yang selalunya di jemaah oleh Perdana Menteri dan beberapa kerat pemimpin negara ini menerima nasib begini? Pernah aku sembahyang di Masjid Haram dan Nabawi di Saudi, ramainya jemaah. Tetapi cuba berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid Putra…kesian, kadangkala jawatankuasa masjid (para hafiz) lebih ramai dari jemaah luar.

Begitulah nasib masjid Putra di Putrajaya. Memang cantik tapi tak berpengunjung…macamana la agaknya sepuluh Tahun dari sekarang? Aku memohon kepada Allah SWT supaya masjid ini semakin dikunjungi…tetapi Masjid “Besi” yang bakal beroperasi kira-kira 1 km dari masjid Putra ini sudah pasti menjadi ‘competitor’ kepada Masjid Putra… Masjid oh Masjid….

Tiada ulasan: