Aku sempat tinggal di Holiday Inn Melaka baru-baru ini. Baru di 'bina' di atas hotel lama. Memang 'fresh' dan mungkin dalam masa dua atau tiga tahun lagi hotel ini tidak di 'refurbish' akan kelihatan 'letih' (look tired) macam orang lepas seks rakus. Tetapi yang aku tertarik ialah konsep 'STAY' atau 'tinggal, duduk, menginap, bermalam' hotel ini. Begitu kreatif. Stay Relaxed pada kunci bilik. Maknanya pihak hotel menyuruh penghuni menginap dengan perasaan dan suasana tenang.
Pada kertas nota direka Stay Expressive. Suruh kita menulis dengan penuh perasaan - pastinya positif. Pada notis Jangan Ganggu atau Please Do Not Disturb dicatit Stay Rested agar yang di dalam bilik terus 'berehat'. Sementara notis untuk membersih bilik - Please Make Up My Room - pula di catit Stay Tidy - atau terus menerus bersih.
Pada wire internet pula dicatit Stay Connected atau supaya kita terus berhubung. Akhirnya sebagai langkah agar penghuni berjimat air, letrik dan lain-lain pihak yang kreatif memujuk agar kita membuat perbezaan
- make a difference. Begitulah, kuasa creativity yang diberi Allah SWT. Pihak Holiday Inn pastinya berbelanja berjuta-juta RM untuk mengupah 'copywriter' mencipta konsep STAY ini.
Cuma seperkara sahaja yang aku rasa akan lebih menarik - jika Holiday Inn menyediakan terjemahan Bahasa Melayu bagi kesemuanya ini. memanglah duit pelancongan warga asing masih utama tetapi Malaysia Tanah Melayu. Apa salahnya kalau menggunakan Bahasa Melayu kita... Stay Tidy jadi Kekal Bersih. Stay Connected ... ??? ... Terus Hubungan Jenis ??? Atau Kekal Isap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan