Print Document

Print Friendly and PDF

11 Sep 2009

MASJID BOS BOS KERAJAAN

Baru-baru ini masjid di presint 16 mengadakan majlis berbuka puasa. Ramai yang datang dan imam terus memberitahu bahawa tidak ada top up kalau nasi minyak yang dihidangkan kehabisan. Tetapi kuasa Allah SWT lebih unggul. Nasi cukup-cukup dan boleh tambah pula. Satu yang unik mengnai masjid presint 16 ini ialah seolah-olah di 'tuan punya' oleh bos-bos gomen. Mereka akan hanya bersalam dengan puak-puak dan suku-sakat mereka sahaja. Lainnya orang luar. Malahan ketika menunggu giliran untuk nasi dan lauk pun mereka boleh potong queue. Maklumlah, masjid ini 'milik mereka'. Setahu aku tiap masjid milik Allah SWT. Tapi tak apa lah. Apa pun majlis berbuka hari itu berjalan lancar dan berkat sabar makmum yang beriman, dapat juga makan dengan kenyang serta melihat dengan penuh sabar segelintir makmum yang anggap masjid ini milik tok nenek mereka...Wallah hualam. Dalam mengejar pahala, janganlah sampai mendekatkan diri dengan dosa-dosa atau syirik kecil.  Masjid presint 16 tak pernah bersalah.  yang bersalah ialah Jawatkuasa Masjid yang perasan 'beriman'.

Tiada ulasan: