Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Dr Mashitah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Mashitah. Papar semua catatan

28 Sep 2012

ADA DUIT, ADA MASA, BELI DAN BACALAH ...

'Today is budget day'. Macam-macam 'rumours' mengenai belanjawan 2013 ini. Semuanya menarik dan semua berharap agar dapat menafaat.  Yang risau akan turut risau.  Kawan yang suka jual-beli rumah 'kecil-kecilan' semakin gelisah.  Walaupun melibatkan tiga buah rumah teres, keuntungan yang di harapkan mencecah RM 1.5 juta. Kalau budget 2013 'affordable housing' lingkuplah kawan ku ini.  Apa pun harga buku tetap ditahap yang sama.  Buku Melayu tetap sederhana, sementara buku import tetap mahal.  Kalaulah buku-buku di duty free kan pasti murah harganya.  Kalau di subsidized, lagi murah. Pasti menang BN dalam pilihanraya akan datang. Ada seorang kawan, gila gamaknya, mengharapkan 6 bulan bonus macam Petronas, harga kereta turun higga Mercedes 200 yang baru bernilai RM 70,000, petrol 50 sen seliter dan murah dari Arab Saudi dan gaji graduan bermula dengan RM 5,000. Jika berlaku samada Malaysia muflis atau semua pengundi nampak dacing. 

Kalau berkesempatan tu cari dan beli buku-buku ini. Nak buat ulasan panjang aku malaslah.  Lagipun aku belum baca semua secara teliti.  Tetapi aku yakin buku-buku ini menarik.

 1.  Walaupun Sasterawan Negara ini menjadi kontroversial kerana terlibat dalam Bersih, aku tetap admire dia. Masih hebat menulis walaupun kekadang tidak tercapai otak kita apa yang dimaksudkan dia dalam penulisannya.  Tetapi buku ini kira down to earth dan dalamkan feel Malaya era hampir dan selepas merdeka. Macam masuk time-tunnel ke zaman itu, atau macam masih lagi di Malaya zaman ini kerana tidak banyak yang diceritakan berubah realitinya.  Hidup Pak Samad dan semuga apa yang kau idamkan dimakbul Allah SWT.
2. Anwar Ridahwan juga sama hebatnya dengan Pak Samad dan seorang lagi Sasterawan Negara.  Cuma hebatnya ialah dia Yob Perak. Penyeberang Sempadan ni macam Diari harian/memoir dia dan juga sama hebat dengan Pak Samad cuma tidak kedengaran dia terlibat dalam politik tanahair (I stand corrected) tapi yang aku boleh analisa dia seorang yang 'tetap pendirian' dan 'loyal'. B.A. Masters dan Phd di Universiti Malaya dan bertugas pun hingga pencen tahun 2005 di DBP.  Syabas, Anwar harap banyak lagi novel, cerpen dan karya awak.   


 3. M. Quraish Shihab ini penulis agama Islam dari Sulawesi Selatan Indonesia dan muda dari Pak Samad. Merupakan penulis buku agama Islam yang prolifik di Indonesia.  Banyak buku dia.  Tengok link ini untuk latarbelakang lanjut.
Muhammad Quraish Shihab
 4. Untuk santai-santai dan membiarkan minda berfikir, bacalah buku ini.  Pastinya cerita-cerita penuh misteri tetapi berunsur keIslaman.  Pasti bermotifkan dakwah Islam. (Kalau kita baca buku-buku misteri Barat mengenai cerita-cerita pelik pastinya motif mereka untuk menyebar fahaman agama mereka). Buku yang bakal membuka minda kita untuk berfikir ini di nukil oleh Ustaz Dr Haji Zahazan.  Yang berwajah mamak tetapi perwatakan baik.
 5.  Tetapi kalau kamu inginkan padangan penulis Barat mengenai Arab Spring dan Islam, bacalah Rock the Casbah ni yang ditulis oleh wartawan Robin B. Wright.  Bahasa simple bukan academic yang sukar difahami. Kekadang berunsur sensasi dan kekadang berunsur lawak (Awas : mungkin untuk perli Islam).  Apapun yang penting ialah pembaca dapat mentelaah perspective Islam dan Arab Spring dari sudut Barat. Berat sebelah atau sebaliknya, biarlah pembaca adili.
6.  Cerita mengenai peninju Muhammad Ali sekali lagi dibukukan. Kali ini di edit oleh David West.  Banyak buku di tulis mengenai Muhammad Ali dan ini merupakan yang terbaru. (Februari 2012). David West mengumpulkan tulisan dan pandang ramai pakar mengenai Ali dalam buku ini.  Ada yang lucu, ada yang bersimpati dengan Ali, ada pujian, ada juga kritikan dan sebagainya.  Tidak banyak background mengenai David West, tetapi yang nyata dia merupakan pengumpul bahan-bahan yang ditulis oleh orang lain. Apa pun aku masih ingat ketika Muhammad Ali bertinju dengan Joe Bugner mempertahankan kejuaraan dia di Kuala Lumpur pada  30 Jun 1975.  Nostalgic kerana 1. pertandingan dimulakan tengah panas pukul 9.00 pagi kerana inginkan terus menerus prime time di Barat. 2. Sehingga menimbulkan skandal Bank Rakyat kemudiannya dan kejatuhan hero aku Datuk Haru Idris (Arwah) 3. membuktikan bahawa Malaysia memang boleh, membawa Muhammad Ali bertinju di Kuala Lumpur, walaupun tidak menguntungkan. 4. Lihat dikaca TV bagaimana Muhammad Ali sembhayang Jumaat berjemaah di Masjid Negara ???? apa pun dia mengiktiraf Islam sebagai agama yang dipercayainya. Beli dan bacalah buku ini.

7.  Lastly, buku Langit Terbuka yang merupakan triologi tiga buah buku oleh pendakwah / politician paling cantik di Malaysia, Dr. Mashitah Ibrahim. Dalam kesibukan dia dengan tugasan Timabalan Menteri, aku kagum sempat dia mengarang buku-buku ini. Bukan satu tetapi tiga.  Tahun sudah aku sempat ke Masjid Putra kerana kursus Perdana Haji dan dia dijemput memberi ucapan.  Masih seorang public speaker yang baik serta genius.  What if saya ialah, kalau Dr Mashitah tidak masuk politik dan masih menjadi pakar motivasi terbaik di Malaysia, aku pasti dia tetapi yang terbaik dan pastinya 'winnable' dihati rakyat/orang ramai...dari Malaysia, ke Brunei, ke Singapura dan mungkin di seluruh Indonesia.

Beli dan bacalah buku-buku diatas aku yakin (bukan jamin) kamu semua akan berpuas hati.

6 Sep 2012

SURAU (MASJID) PRESINT 16 DAN GRAFFITI NAJIB.

Dulu aku ada menulis tetang menghadiri Israk Mikraj di Surau (Masjid) Presint 16 yang atas bukit tu.  (Sila lihat post 2009). Tiga tahun kemudian Surau Ar Rahman ini banyak berbeza. Dah extend sebelah kiri dan kanan.  Untuk 'accomodate' jemaah yang meningkat pada hari Jumaat. Hari dan waktu sembahyang lain sama sahaja.  Paling baik dua saf penuh.

Surau ini masih di penuhi oleh bekas-bekas Ketua-Ketua jabatan yang ingin menghabiskan sisa kehidupan disamping kekal perasan menjadi bos-bos yang suka maki hamun dan menengking. Mujur tak ada fail untuk baling.

Baru-baru ini di bulan puasa ada insiden remeh dan kecil dimana anak jemaah kecing di karpet baru Masjid.  Imam dan Tok Siak masjid, bersabar dan tak kata apa tetapi seorang yang mengaku AJK Surau bangun dan 'berucap/tazkirah panjang' membebel hal insiden itu.  Settle diam-diam sudah lah.  Atau pun cukup sekadar peringatan mesra dan ringkas. Bebelan bersambung ketika selepas mahgrib dan ketika makan malam ramadan dan sebelum isyak dan selepas terawih.  Marah betul Mamat Superlink ini.  Apa pun kekadang setelah pencen sesetengah kita masih gian nak jadi bos.  Tapi satu unsur positif ialah gian tu berlaku di masjid.  Mungkin janggal dan kurang ajar nampaknya kalau marah-marah di bulan puasa tetapi jauh lebih baik dari gian dadah, gian burit betina atau burit steno yang pernah di kongkek dan lain-lain.
Itulah cerita Surau (Masjid) P16.  Tetapi aku syukur kepada Presidennya.  Seorang (dari Trengganu) Datuk yang low profile yang secara senyap senyap mengusahakan extension Surau ini.  Dan berhasil melalui connection beliau menyeggerakan pembinaan.  Besar ganjarannya dari mereka yang nak jadi Presiden tetapi tidak dilantik dan lebih suka rampas mike dan membebel. Ketika insiden kencing itu aku terlintas nak membiayai kos mencuci karpet yang dibebelkannya tetapi cukuplah sekadar taruh dalam tabung Surau setiapkali berjemaah.
Lagi satu, aku repect Surau ini ialah notis fatwa merokok haram yang di pamerkan berhampiran. Memang merokok haram walaupun masih ada yang merokok di kawasan masjid selepas berbuka puasa. Memang sial dan haram jadah.  Tak takut benda yang sah haram. Memang aku 'tegur' dalam hati sahaja walau macamana kecil pahalanya. Tak berani bergaduh dengan samseng-semseng yang merokok tetapi tetap sembahyang berjemaah ini.  Memang babi mereka ini.  Kalau turutkan memang sepatutnya di saman atau sekurang-kurangnya dirampas kotak-kotak rokok RM 10.00 mereka itu. Kurang ajar first class.

Tetapi yang funny di Surau ini pun ada graffiti.  NAJIB.  Yang aku tahu, Najib terfamous di Putrajaya ialah yang di Parcel A tu, Najib the PM. Mungkin penyokong PM kut? Kalau anti mesti dah lama catatan di wall buangan sampah ini di padam. Tetapi kalau menyokong why not sambungkan graffiti dengan ungkapan baik-baik.  Seperti NAJIB THE BEST atau NAJIB KEKAL DI PUTRAJAYA. 

Aku yakin dalam PRU 13 Parlimen Putrajaya dengan MP terbaik dalam sejarah Merdeka sejak 1957, Ungku Adnan akan dengan mudah mempertahankan kerusinya.  Mungkin hilang deposit calon yang berani menentang beliau. Tetapi ramai juga yang mencadangkan MP kali ini wanita - yang winnable? - letak siapa sahaja pasti menang - Dr. Mashitah ke, Shahrizat ke, semua akan menang kalau benderanya BN. Kalau Ibrahim Ali yang melompat ke UMNO pun pasti menang. Hidup UMNO. I love you Najib and Rosmah.