Print Document

Print Friendly and PDF

13 Ogo 2009

SEKOLAH AKU ANDERSON IPOH PERAK











Tak terlintas di fikiran untuk tulis tentang sekolah lama. Namun, baru-baru ini sempat menonton filem Talentime arahan arwah Yasmin. Memang best ceritanya tetapi lagi best arwah merakamkan sebahagian dari movienya di Sekolah Menengah ANDERSON Ipoh. Masih guna nama Anderson – remnants penjajah walaupun dah hampir 52 tahun merdeka. Lantaklah. Waris dan suku sakat Mat Salleh keturunan Anderson ni pun mungkin ada lagi kat UK. Mungkin ada yang menjadi penyokong Manchester United atau Arsenal. Pastinya semua tak kenal kehebatan striker Mokhtar Dahari (arwah) atau Khalid Jamlus yang boleh berdisko di padang bola ketika menjaringkan gol.

Aku habiskan pengajian keseluruhan peringkat menengah di Anderson. Tingkat satu hingga tingkat 6 atas. 7 tahun siang memanjang. Tingkat satu tahun 1969 dan ketika itu mula mengenaili erti perkauman, ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, DEB, kuota belajar untuk Bumiputera di pengajian tinggi dan sejuta lagi unsur racism pro-Melayu. Lantak la. 13 Mei memang horror walaupun pergaduhan di Ipoh tak sehebat KL. Tapi ketika itu aku hanya tahu cuti 3 hari – yahoo – yapeda pedo --. Cuti kerana perintah berkurung. Enjoy walaupun arwah mak dan ayah tungkus lumus masak lauk yang sukar diperolehi.

Anderson dah sambut 100 tahun usia tahun ini. Tapi masih nama Anderson – imperialis Inggeris yang pernah menjadi orang kuat Jabatan Pendidikan di Perak awal abad lalu. Lantaklah, yang nyata Mat Salleh ini dah mendiang dan mungkin tak bersunat. Apa pun aku masih banyak memori tentang Anderson. Nanti senang-senang cerita la….in striving shall our glory be…lagu bahasa Inggeris Sekolah Anderson yang kemudian dialih bahasa di awal 70an – juga selepas 13 Mei 69 gamaknya.

Tiada ulasan: