Print Document

Print Friendly and PDF

3 Ogo 2009

BUNGA KEBANGSAAN SEMAKIN DI MODIFY.







Teringat masa di sekolah rendah. Salah satu perkara yang diajar oleh guru ketika itu ialah lagu kebangsaan dan bunga kebangsaan. Negaraku dan bunga raya. Bunga kebangsaan Malaysia ialah Bunga Raya. Bunga yang paling senang tumbuh. Cacak aje batang, tumbuhlah pokok bunga raya jenis warna merah dan adakalanya pink. Tak semua bunga jenis lain yang dicacak atau dicucok menjadi. Tapi bunga raya memang mudah tumbuh.

Tetapi sejak aku belajar tentang bunga kebangsaan di tahun 60an (zaman pop yeh-yeh A.Romzi mencari Ada-Ada atau ganja melalui nyanyian) dulu, terbaca bahawa bunga ini juga menjadi kebangaan di Hawaii dan Fiji dan digelar Hibiscus. Nama saintifiknya? Carilah sendiri. Adalah tu dalam internet. Tetapi aku juga mula sedar bahawa ada berbagai species bunga kebangsaan (lihat gambar salah satu jenis bunga raya) dan memang ratusan jenis. Yang species lain ni agak payah nak tumbuh. Kena tau selok belok bercucok tanam bunga. Ada jenis bajanya. Ada jenis tanahnya. Malahan ada jenis air yang patut dicurah..nasib baik bukan air zam-zam.

Jadi buat mereka yang hanya tau atau dididik dengan satu species bunga kebangsaan, biarlah kekal begitu. Hanya sejenis bunga sahaja. Tak perlulah belajar atau cuba mengkaji species lain. Pening kepala aje. Bunga kebangsaan ternyata dah di modify.—semata-mata untuk tujuan commercial – mencari wang. Sepatutnya kerajaan tangkap aje mereka yang modify bunga ini di Malaysia – tahan reman atau ISA mereka puluhan tahun atau campak ke laut seperti saranan tepat seorang Ahli Parlimen agar seorang penyanyi rock Melayu yang cuba modify lagu Negaraku beberapa tahun lalu. Kononya Star Spangled Banner (lagu kebangsaan imperialis Amerika) sering di modify, sipenyanyi rock bodoh ni pun nak modify Negaraku ikut selera dia..memang celaka.

Tiada ulasan: