Print Document

Print Friendly and PDF

17 Ogo 2009

CANTIKNYA TINGKAT 4 KITA : HIDUP NAJIB
















Bangunan Pejabat Kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya memang cantik dan aku bangga kerana tak perlu ‘import’ architect asing untuk mereka bentuk bangunan berkubah hijau ini. Sehingga sekarang sudah tiga Perdana Menteri Malaysia duduk di bangunan ini. Mungkin kalau belum kiamat, 500 tahun lagi pun PM Malaysia (mungkin 500 PM kalau seorang dapat bertahan setahun, atau 25 aje kalau seorang PM memerintah 20 tahun lebih macam Tun Mahathir) ketika itu akan berpejabat di situ. Architect sopak yang membina bangunan ini memang ‘genius’ dan berwawasan…siang malam bangunan ini tersergam indah. Memang hebat. Apa pun dasar negara semuanya di terajui dari bangunan ini. Semuga tidak ada gempa bumi yang melanda dan menghancurkan bangunan ini. Insya Allah.

Tiada ulasan: