Print Document

Print Friendly and PDF

19 Ogo 2009

BUKU BEST


Baru-baru ini aku berkunjung ke MPH cawangan Alamanda. Terbeli buku SOAL JAWAB ISU-ISU MENCABAR DALAM ISLAM oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Best bukunya. Kalau kesempatan dan ada duit lebih tu belilah. Tak akan ruginya. Tapi aku rasa yang menulis buku ini Ustaz Ghani -- mana ada masa Menteri Besar Kelantan menulis buku -- wallahualam. Apa pun aku 'kenal' Ustaz Ghani kerana dia pernah mengajar aku di UiTM hujung 70an. Memang tegas dan pemidato unggul. Tak pernah miss kelas dia walaupun ketika itu aku tergolong Mat Rock tak tentu hala. Sayang dengan Ustaz Ghani dan sejak itu (satu semester aje) selalu mengikuti perkembangan perjalanan hidupnya sehingga dua kali tewas pilihanraya atas tiket PAS. Profile Ustaz di belakang buku ini tak la tepat. Dia bukan hanya mengajar di UM tetapi turut mendidik, berdakwah serta menyebabkan pelajar lebih sayangkan Islam di ITM (sekarang UiTM). Sehingga di 'halau' ke ITM Sabah seketika. Membaca buku ini dapatlah kita menyelami hati, pemikiran dan perjuangan Ustaz Ghani dan juga Tok Guru Nik Aziz. Hukum mengenai menipu dalam pilihanraya amat menarik, sepatutnya ada buku yang menangkis hukum hakam yang di tulis oleh Ustaz Ghani dan Tok Guru. Apa pun aku suka membaca buku ini...anda bagaimana ???

Tiada ulasan: