Print Document

Print Friendly and PDF

24 Ogo 2009

MASJID BESI DI PUTRAJAYA.




Dalam pilihanraya Mac 2008 lalu, parlimen Putrajaya hanya ada sekitar 6,000 pengundi sahaja. Tetapi baru-baru ini kawasan elit kakitangan dan kuli kerajaan ini di 'hadiahkan' satu lagi Masjid bernilai RM 208 juta (menurut akhbar). Mahal harganya. Kalau nak bikin surau atau madrasah di desa pastinya lebih 100 buah boleh di bina. Masjid Mizan ni lebih dikenali sebagai Masjid Besi kerana dari jauh seolah-olah di perbuat dari besi putih. Hari puasa pertama aku berkunjung ke Masjid Besi untuk sembahyang zohor. Kesian tengok imam muda hensem Al-Hafiz tercangak-cangak ketika ditanya di mana makmum perempuan hendak sembahyang. Beliau dengan nada sedeh mengatakan bahawa Jakim menempatkan dia dua bulan di pejabat sebelum di arah bertugas serta merta di Masjid yang belum siap serta berdebu. Seorang sahabat merungut anaknya yang asma terbatuk-batuk ketika berada di Masjid Besi. Mengapa la terburu-buru nak memulakan operasi ???? Nanti yang pasti tak sampai setahun samada kita lihat 'besi retak' atau jamban punah atau tempat mengambil wuduk separuh rosak binasa. Itu la resam masjid di Putrajaya. Masjid Putra yang 'sepelaung' jauhnya dari Masjid Besi pun baru-baru ini 'major renovation' dan jugak belum siap 100%. Apa pun yang penting kekusyukkan ketika bersembahyang dan tiupan angin dari Tasik Putrajaya yang sepori-sepoi meniup ke arah makmum ketika solat...macam di buai malaikat. SEMUGA ALLAH SWT MEMBERKATI MAJID BESI DI PUTRAJAYA. KITA NANTIKAN UPACARA BUKA RESMI OLEH AGONG. Yang pasti selepas ramadan akan tinggal hanya 5 atau 6 orang jemaah sahaja di kedua-dua Masjid di Putrajaya.

Tiada ulasan: