Print Document

Print Friendly and PDF

24 Ogo 2009

MASJID BESI DI PUTRAJAYA.




Dalam pilihanraya Mac 2008 lalu, parlimen Putrajaya hanya ada sekitar 6,000 pengundi sahaja. Tetapi baru-baru ini kawasan elit kakitangan dan kuli kerajaan ini di 'hadiahkan' satu lagi Masjid bernilai RM 208 juta (menurut akhbar). Mahal harganya. Kalau nak bikin surau atau madrasah di desa pastinya lebih 100 buah boleh di bina. Masjid Mizan ni lebih dikenali sebagai Masjid Besi kerana dari jauh seolah-olah di perbuat dari besi putih. Hari puasa pertama aku berkunjung ke Masjid Besi untuk sembahyang zohor. Kesian tengok imam muda hensem Al-Hafiz tercangak-cangak ketika ditanya di mana makmum perempuan hendak sembahyang. Beliau dengan nada sedeh mengatakan bahawa Jakim menempatkan dia dua bulan di pejabat sebelum di arah bertugas serta merta di Masjid yang belum siap serta berdebu. Seorang sahabat merungut anaknya yang asma terbatuk-batuk ketika berada di Masjid Besi. Mengapa la terburu-buru nak memulakan operasi ???? Nanti yang pasti tak sampai setahun samada kita lihat 'besi retak' atau jamban punah atau tempat mengambil wuduk separuh rosak binasa. Itu la resam masjid di Putrajaya. Masjid Putra yang 'sepelaung' jauhnya dari Masjid Besi pun baru-baru ini 'major renovation' dan jugak belum siap 100%. Apa pun yang penting kekusyukkan ketika bersembahyang dan tiupan angin dari Tasik Putrajaya yang sepori-sepoi meniup ke arah makmum ketika solat...macam di buai malaikat. SEMUGA ALLAH SWT MEMBERKATI MAJID BESI DI PUTRAJAYA. KITA NANTIKAN UPACARA BUKA RESMI OLEH AGONG. Yang pasti selepas ramadan akan tinggal hanya 5 atau 6 orang jemaah sahaja di kedua-dua Masjid di Putrajaya.

CEMPEDAK DAN NANGKA DI MPH PUTRAJAYA.




MPH di Alamanda merupakan satu-satunya kedai buku terbesar di Putrajaya. Sekurang-kurangnya pihak MPH dapat berbangga dengan menyenaraikan PUTRAJAYA sebagai cawangan MPH. Tetapi kalau di teliti, tajuk buku-buku yang di jual di cawangan ini tidak lah sehebat MPH Subang Parade atau MPH Mid Valley. Ketika MPH mula-mula di buka di Anjung sekitar 10 tahun lalu (ketika itu Alamanda belum wujud) hanya buku-buku pengurusan dan terbitan INTAN sahaja di jual. Selepas 10 tahun, seolah-olah para pembaca di Putrajaya semuanya buta kayu dan bahlol-bahlol. Memanglah kalau kita pasang telinga, ramai dari penghuni Putrajaya terdiri dari orang-orang Kelantan, dengar mereka berborak seperti berada di Kota Baru. Pihak MPH tak sepatutnya ‘menghina’ kesemua penduduk Putrajaya sebagai bodoh, bangang dan biul macam orang Kelantan. Tetapi kalau mereka menetap di sekitar Putrajaya, termasuk Bangi, Kajang, Dengkil, Puchong, Sepang atau Nilai datanglah ke MPH Putrajaya untuk keperluan buku bacaan. Dari cempedak baik nangka….dan kepada pegawai-pegawai PTD yang sememangnya kurang membaca, tak perlulah berkunjung ke MPH.  Cukup setakat makan-makan dan minum-minum...

19 Ogo 2009

BUKU BEST


Baru-baru ini aku berkunjung ke MPH cawangan Alamanda. Terbeli buku SOAL JAWAB ISU-ISU MENCABAR DALAM ISLAM oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Best bukunya. Kalau kesempatan dan ada duit lebih tu belilah. Tak akan ruginya. Tapi aku rasa yang menulis buku ini Ustaz Ghani -- mana ada masa Menteri Besar Kelantan menulis buku -- wallahualam. Apa pun aku 'kenal' Ustaz Ghani kerana dia pernah mengajar aku di UiTM hujung 70an. Memang tegas dan pemidato unggul. Tak pernah miss kelas dia walaupun ketika itu aku tergolong Mat Rock tak tentu hala. Sayang dengan Ustaz Ghani dan sejak itu (satu semester aje) selalu mengikuti perkembangan perjalanan hidupnya sehingga dua kali tewas pilihanraya atas tiket PAS. Profile Ustaz di belakang buku ini tak la tepat. Dia bukan hanya mengajar di UM tetapi turut mendidik, berdakwah serta menyebabkan pelajar lebih sayangkan Islam di ITM (sekarang UiTM). Sehingga di 'halau' ke ITM Sabah seketika. Membaca buku ini dapatlah kita menyelami hati, pemikiran dan perjuangan Ustaz Ghani dan juga Tok Guru Nik Aziz. Hukum mengenai menipu dalam pilihanraya amat menarik, sepatutnya ada buku yang menangkis hukum hakam yang di tulis oleh Ustaz Ghani dan Tok Guru. Apa pun aku suka membaca buku ini...anda bagaimana ???

BUKU BUKU LAGI - HAJI DAN UMRAH











Kalau ada yang akan menunaikan Haji atau Umrah ada baiknya menambahkan ilmu melalui buku-buku 'era baru' yang di tulis oleh beberapa penulis prolifik zaman sekarang. dengan grafik yang menarik dan harga-harga berpatutan pastinya buku-buku ini mampu dimiliki serta harus dimiliki. Kalau kedai-kedai buku yang ada menjual buku-buku agama, jangan lupa meninjau buku-buku ini. Aku yakin selepas membeli dan membaca, keinginan untuk menunaikan Haji dan Umrah akan terbuka. Dan buku-buku ini tidaklah setebal mana, boleh dibawa ketika menunaikan haji dan umrah. Di baca ketika tidak beramal ibadat. Carilah di kedai-kedai buku... Selamat menunaikan Haji dan Umrah. Semuga direstui Allah SWT.

MEMBACA BUKU - JADIKAN HOBI...






Kalau sesiapa ada duit lebih, belilah dua buku di atas yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara, arwah Usman Awang. Tulang-Tulang Berserakan memang best. Cerita perang zaman darurat. Aku baca buku ini ketika di tingkatan lima tahun 1973 - sudah 36 tahun yang lalu. Kalau baby ketika tu, sudah empat kali mengundi pilihanraya. Kalau mendaftar sebagai pengundi la. Mungkin jugak sudah berkahwin dua kali dan banyak kali bersetubuh.
Apa pun tujuan bukan untuk 'melariskan' buku-buku ini. Tak dapat upah pun dari MPH atau Amazon Books. Cuma aku admire arwah Usman Awang. Simple bahasa Melayu tetapi sungguh asyek membacanya...leftist? Lantakla, itu pemikiran yang dianuti arwah ketika itu. Zaman penuh pergolakan. Tapi yang pelik, buku yang aku beli dengan harga RM 6.00 tahun 1973 kini berharga RM 70.00 (kulit tebal). Dasyat punya inflasi....siapa dapat royalti dan honororium. Pasti waris-waris dia gamaknya ???
 
Apa pun kalau kesempatan dan ada wang lebih belilah buku-buku ini. Satu lagi, "Jiwa Hamba", merupakan koleksi sajak-sajak arwah. Best jugak walaupun sajak-sajak tersebut sudah lama di rakamkan. Ada yang lebih 50 tahun. Banyak diceritakan tantang arwah Usman Awang...kalau rajin cari lah dalam internet atau library. Pasti ada. Tak perlu aku ulang di sini. Yang aku nak cerita ialah dua kisah arwah yang mungkin tak pernah atau dah di lupakan oleh umum.
 
Pertama, kakak saya pernah bercerita bagaiamana kawan karib dia di UKM (batch-batch mula di tahun 1974 ke atas) membuat kajian mengenai kesusasteraan Melayu. Mungkin esei atau assignment wajib. Salah satu projek ialah temuduga Usman Awang. Ketika di temuduga, arwah memujuk mintak cium, sexual harassment ketika itu. Syukur dapat dielak. Begitulah perangai orang-orang seni. Tak perlulah dikupas lanjut peristiwa yang berlaku lebih 35 tahun lalu. Tapi yang nyata sahabat kakak saya tu tak ada sebab nak menipu.
 
Kedua, tahun 70an juga menyaksikan bagaimana Usman Awang dikritik hebat oleh PENA PATRIOT yang menerbitkan majalah TRUTH (ala PRAVDA Soviet Union). Akhirnya TRUTH diharamkan oleh PM Tun Razak dan Ghazali Shafie ketika itu. Memang TRUTH berbau Marxis-Leninisme dan mengeritik Usman Awang cara Marxis. Usman di tuduh menghasilkan karya 'doom and gloom' serta pro neo-colonialist. Amende? Lantaklah. Apa pun semua itu kini dalam lipatan sejarah yang sudah pun dilupakan masakini. Cuma si tuan punya TRUTH masih ada di UKM dan sedang aktif menulis artikel-artikel akademik berbau neo-Marxis. Dia pun aku admire kerana orang Trengganu jarang yang sebijak, se genius dia. Satu dalam sejuta.
 
Apapun kalau ada kesempatan milik lah buku-buku di atas atau pinjam aje kat library awam. Semuga ALLAH SWT mencucuri rahmat keatas roh Usman Awang. Kalau dia bukan bersifat 'leftist' pastinya kerajaan dah betungkus lumus memperjuangkan agar arwah memenangi Hadiah Nobel. Wallahualam. (Apology : foto-foto di atas di ambil dari website Usman Awang dan website MPH yang menjual buku-buku tersebut. Harap di halalkan).

17 Ogo 2009

TIANG LAMPU DARI ‘SYURGA’ ???





Datanglah melawat Putrajaya dan pasti akan terpegun dengan keindahan serta corak tiang lampunya. Berbagai corak dan semuanya menarik. Samada malam hari, lampu tak bernyala (fuse) tak masuk dalam perkiraan, yang utama waktu siang memang cantik gila. Tiang lampu ni pasti mahal dan apa pun mereka yang merekacipta tiang sebegini pastinya cerdik. Tapi bagaimana cantik sekali pun, ‘tiang lampu’ tetap ‘tiang lampu’…tegak dan tak ada nyawa..Ada peribahasa atau ungkapan bahasa yang mengatakan seseorang itu ‘tiang lampu ketika terpaksa ikut kawannya dating…si ‘tiang lampu’ mungkin diupah makan free atau ‘lembu tiang lampu’ yang terpaksa belanja. Apa pun kesian jugak kerana couple yang dating beromen, si tiang lampu akan hanya berair dalam seluar menahan stim…Jangan la jadi ‘tiang lampu’.

CANTIK TAPI RETAK, CANTIK TAPI BOCOR…





Sembahyang Jumaat baru-baru ini sudah pasti imam sibuk berkhutbah mengenai bulan puasa yang hampir tiba dan ayat-ayat Quran yang sama di berikan…tiap-tiap tahun pasti dengan ayat yang sama. Tapi sekitika aku menjengok ke langit masjid Putra…tu dia, bocor ke apa tu? Risau jugak.. Sebelah kiri masjid pulak macam pecah-pecah…apa pun masjid sepuluh tahun usia ni (mungkin lebih setahun dua aje) ini sedang di renovate secara besar-besaran. Kosnya pasti tinggi dan boleh membina ribuan surau di kampong-kampong. Apa pun semuga ‘rumah Allah” ini turut menjadi cantik dan indah sempurna. Amin.