Print Document

Print Friendly and PDF

16 Jun 2014

LIMA CERITA P.RAMLEE YANG AKU SANGGUP ULANG RIBUAN KALI.

Allahyarham P.Ramlee memang seniman Agong dan "no replacement".  Ada seorang ustaz di masjid besi, Putrajaya turut kaitkan P.Ramlee dengan visi agama beliau dalam cerita-cerita seperti Semerah Padi dan hudud ala P.Ramlee yang tak pernah memperlihatkan orang solat. Begitu juga Sumpah Orang Minyak yang hanya dengan scene doa. Ustaz memuji P.Ramlee yang buat kajian sebelum mengarah filem terutamanya (hukum hakam nikah kahwain) dalam Keluarga 69 dan guna Albab (bahasa Arab Wahabi) untuk "Pintu". Tetapi dalam banyak-banyak filem P.Ramlee, aku akan catitkan lima buah yang aku sanggup ulang ratusan kali kerana tidak akan jemu-jemu. Antaranya":

1.  Labu Labi: Jenaka klasik yang mempunyai jokes yang boleh aku ulang-ulang tak jemu jemu dengan kawan kawan kampung aku. Apabila bertemu (reunion) pasti akan terkeluar jokes dari cerita ini.  Antaranya apabila "Tarzan" M.Zain sedang melaung ala-Tarzan tetiba dia berdialog "hai, macam orang bang" (azan), atau ketika ingin minum M.Zain sekali lagi kata "nevermind. I ll drink alone", Gin and Tonik dan sebagainya.  Jokes dan climax terakhir bergaduh kerana berebutkan Manisah yang juga sebahagian dari mimpi Labu Labi juga teramat lucu. Kalau menonton filem ini buat pertama kali pasti terperanjat mengetahui bahawa semuanya mimpi belaka. Scene koboi dan ungkapan Nat King Cole, Jesse James dll adalah kreativiti unggul P. Ramlee ketika itu. 


2.  Dalam banyak cerita melodrama P.Ramlee aku paling suka cerita Ibu Mertuaku yang bagi aku sad tetapi happy ending. Sedeh kerana "hero" sanggup membutakan mata kerana dihina Doktor yang merampas isterinya melalui jalan licik.  Happy keranan dendam terbalas walaupun terpaksa buta sekali lagi.  Moral: aku tak perlu bantuan kamu kalau kamu mengungkit dan perasan besar serta boleh berbuat apa saja.  Scene "maki hamun" dikubur jugak menggembirkan aku kerana dendam melalui kata-kata adalah jauh berbisa dari balasan secara fizikal. Scene hisap rokok dalam bilik hotel setelah celek juga melambang cockiness (bongkak) orang seni yang mulai riak setelah celek.  Lain lain temasuk berdoa agar keluarga Chombi bahagia (solat ala P.Ramlee), stage show ke bandar bandar utama Malaya ketika itu dan jalan jalan dengan keretapi sudah dikira habis besar, watak Zaiton yang balu dan duda P.Ramlee boleh mendatangkan keghairahan sex ketika itu.  (Scen Zaiton membetulkan rambut setelah pulih dari kesedehan dan ada P.Ramlee di rumah yang pastinya membasahkan buritnya ketika itu).  Cerita ini akan aku ulang-ulang ratusan kali tanpa jemu.


3.  Lagi satu melodrama yang aku suka tonton ialah Sumpah Orang Minyak dan scene yang suka diulang ialah selepas tudung periuk didendangkan dan P.Ramlee (si Bongkok) bersyarah ala-politikus sebelum pihanraya.  Penuh dendam dan kesumat. Manusia berdendam memang bahaya.  Scene dunia bunian dengan ratu cantik Marion Willis pinjam suara arwah Normadiah sungguh menegangkan konek penonton ketika itu. Bontot dengan butt cracks yang sexy memang menonjolkan creativity P.Ramlee.  Walaupun air bahtera Nabi Noh memang mencurigakan tetapi tenyata P.Ramlee mendahului pemikiran Ancient Aliens yang ditayang melalui History Channel Astro. Tiga hari di dunia sama dengan tiga hari setelah di abduct oleh alien Penghulu Bunian. Apa pun cerita klasik yang terbalik kut - seorang merogol ramai dara/gadis (sekarang ramai merogol seorang gadis seperti di negeri ganas Kelantan baru-baru ini) tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana pengarah melayu masakini.  Syabas. (Dan kalau kesempatan tonton juga scene yang ditapis oleh para penapis filem for the sake ketika si Bongkok menendang batu nesan ayahnya...mengapa di censor...kan perangan babi).




4.  Lagi satu cerita best melodrama P.Ramlee yang aku suka ulang-ulang ialah Antara Dua Darjat lakonan mantap "orang istana" S. Kadarisman (arwah). Cerita berunsur sindiran kepada golongan feudal istana ini (mungkin ketika itu P.Ramlee sibuk mengorat mak tiri Al Marhum Sultan Azlan Shah) cerita cerita diarah dari Singapura yang tak beraja untuk melepaskan geram kepada golongan istana ketika itu.  Imagine Sultan dalam Nujum Pak Belalang bercakap Mika dan Teman - menyindir Raja Perak.  Itulah keberanian P.Ramlee.  Cerita Antara Dua Darjat ini juga memaparkan genius pemuzik Melayu (seperti Ibu Mertuaku) dalam diri heronya P.Ramlee sehinggakan sekarang amat mustahil mencari pencipta lagu yang setanding dengan Getaran Jiwa yang super classic. 

5.  Filem last yang selalu aku tonton ialah komedi Bujang Lapuk (walaupun yang lainnya dalam siri Bujang Lapok seperti Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok sama hebat aku tetap memilih Bujang Lapok yang terunggul.  Jalan cerita simple tetapi pentingnya P.Ramlee menyelitkan unsur masyarakat Melayu di Singapura ketika itu. Struktur pertentangan kelas dan unsur kesempitan kaum marhaen juga turut di tonjolkan walaupun berbau komedi. Tapi yang paling utama ialah message P.Ramlee bahawa cekup janda kaya sebagai satu escapisme bujang terlajak ketika itu.  Itulah keistimewaan P.Ramlee.


Nikmatilah cerita-cerita ini berkali-kali dan kalau ada peluang cekup janda kaya, belasah ajelah.  Duit dapat sex pun dapat.  Nikmatnya...

Tiada ulasan: